Tidak dinafikan penularan wabak COVID-19 yang bukan saja melanda negara tetapi di seluruh dunia hingga memberi impak yang sangat besar.
Tanpa kita sedari ada hikmah musibah diturunkan oleh Tuhan dalam menguji iman setiap hambaNya.
Seperti perkongsian seorang gadis ini yan baru pulang dari Eropah salah satu benua yang terjejas teruk dan diisytihar sebagai zon merah bagi wabak yang membawa maut ini.
Perkongsian gadis ini, Nur’Rashima Murat, 27 tahun yang telah muat naik nota-nota niat serta surah dan bacaan lain di media sosial memberi maksud tesendiri.
Dia yang sudah 26 tahun tidak pernah solat mula terdetik untuk melakukan suruhan wajib ini semasa hubungannya bersama tunang mengalami masalah dan terputus pada Mac tahun lalu.
Menurutnya, dia mengakui sepanjang hidup 26 tahun tidak pernah sekali pun bersolat atau mengaji. Bukan ibu bapanya tidak mengajar tetapi diri sendiri yang belum mahu belajar Rukun islam kelima ini
“Sebenarnya foto nota-nota di sejadah adalah diambil adalah sekitar April 2019, tetapi baru ada keberanian untuk berkongsi kepada umum.
“Saya akui Pertama kali solat memang mengalami kesulitan, lebih-lebih lagi untuk menunaikan solat sebanyak lima kali sehari.
“Mula-mula itu agak susah juga, terkial-terkial. Saya cuma solat Isyak dan Subuh. Saya belajar pada waktu malam sebab semua orang dah tidur.
“Saya rasa malu nak solat dengan nota-nota itu, rasa tak yakin. Saya masih solat tapi tak ambil inisiatif untuk hafal setiap bacaan,” ujarnya yang menetap di Choa Chu Kang, Singapura.
Ternyata kepulangan ke Singapura selepas bercuti di Eropah pada awal bulan lalu yang memerlukan dia menjalani kuarantin di rumah bagi mengelak penularan COVID-19.
Jadi sepanjang tempoh dua minggu itu, dia telah mengambil peluang untuk belajar solat secara serius.
“Saya banyak tinggal solat dan inilah waktu untuk perbaiki solat saya. Saya hanya duduk rumah semasa kuarantin dan nekad untuk belajar solat betul-betul.
“Saya rasa jika tidak kerana wabak COVID ini dan self quarantine, saya tetap malas dan tak nak belajar solat betul-betul. Ia memang telah membuka mata saya.
“Alhamdulillah sekarang saya dapat solat dengan tenang. Saya tak pakai nota-nota itu lagi sebab dah hafal. Surprisingly, saya hanya mengambil masa sehari untuk hafal semuanya,” tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga dari lima beradik dan berjaya menjalani kuarantin selama dua minggu tanpa alami sebarang gejala dan sihat sepenuhnya.
Malah dia juga turut gembira apabila dapat mempengaruhi kawan yang juga sebelum ini tidak pernah solat lima waktu, tetapi berjaya melakukan amlan ini didepan matanya sendiri.
Diakhir bicara, Shima berkata perkongsian ini sebagai ikhtibar untuk memberi kesedaran bahawa setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan tidak malu membaikinya.
“Saya tak nak mereka malu untuk belajar solat walaupun usia sudah meningkat. Belajar solat dengan cara atau susah macam mana sekalipun kerana saya percaya suatu hari nanti semua usaha ini berbaloi. Insya-Allah dosa kita diampunkan olehNya,” katanya lagi kepada Mstar.
ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah COVID-19, Kini Giliran Shiera Pula Berhijab