Tidak dinafikan wabak Covid-19 yang melanda dunia hari ini ada hikmah yang tersembunyi. Melihat kepada kes kematian yang tinggi, adakalanya mencecah lebih 300 orang dalam sehari meletakkan nyawa manusia itu sangat “rapuh”. Bila-bila saja boleh dicabut.
Syukur alhamdulillah bagi mereka yang menerima hidayah dari Allah, memilih jalan ke arah kebaikan selain menyebarkan dakwah dalam kalangan rakan-rakan. Dalam industri hiburan tanahair juga, Nabil antara personaliti yang memilih untuk menukar corak kehidupannya dan seluruh ahli keluarganya selepas mengikuti jemaah tabligh. Begitu juga pelakon Amar Asyraf Zailuddin,Datuk Nash, Aliff Aziz, penyanyi rap Mk K Clique, Shahrul Ridzwan dan ramai lagi.
Malah tidak terkeculi penyanyi diminati ramai terutama di kalangan para wanita iaitu Anuar Zain yang turut menyertai jemaah tabligh dan dilihat sedang menuang air teh tarik kepada para jemaah di sebuah masjid di Selangor. Bahkan dalam video yang tular itu, kelihatan Nabil Ahmad yang meminta penyanyi itu menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini.
Bukan setakat menyertai jemaah tabligh, dilihat ramai lagi barisan pelakon dan penyanyi popular tanahair yang bersama-sama dengan Ustaz Ebit Lew dalam memberikan sumbangan makanan kepada penduduk gelandangan tanpa mengira latar belakang. Mungkin sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini ketika dalam industri.
Di perkongsian Ustaz Ebit Lew, dapat dilihat ramai artis popular seperti pelakon Zul Ariffin yang bersama-samanya memberi gelandangan makan baru-baru ini. Begitu juga barisan selebriti lain seperti Suffian Suhaimi, Zahiril Adam, Harris Anuar, Khai Bahar, Syafik Farhain, gaming idola anak muda iaitu Soloz dan Daddy Hood, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Zul Ariffin turut memberi makanan kepada gelandangan di KL baru-baru ini.Harris Alif dan Harris Anuar bersama Ustaz Ebit Lew.Harris Anuar, pelakon muda banyak bawa kawan bersama dalam misi membantu ummah. Suffian Suhaimi penyanyi terkenal pun sama-sama dalam usaha ini. Zahiril Adzim pelakon cerita juvana. Syukur idola anak muda kini bersama dalam kerja khidmat masyarakat dan kerja umat.
Ads
Terharu berjumpa 2 anak muda yang baik dan jutawan masa muda. Masa depan negara. Anak muda semua kenal mereka dalam dunia gaming. Idola anak-anak kita dan negara. Soloz dan Daddy Hood.Terharu rasa dapat berkongsi dalam fikir iman dan akhirat. Niat nak hidupkan kebaikan dan kasih sayang dalam umat serta misi kemanusiaan. Baik sangat dan lemah lembut dalam pertuturan. 3 penyanyi terkenal dan baik. Sufian Suhaimi, Khai Bahar dan Syafiq Farhain.Baik jer Syafiq Kyle..katanya dah lama nak jumpa ustaz. Nak belajar dan sama-sama buat kerja kebaikan ini. Syukur Allah temukan.Alhamdulillah bersama Atu Zero 3beradik bersama misi kasih sayang kerana Allah. Ramai pakcik makcik semua kenal. Happy diaorang. Mesra dan sangat rendah diri. Siap berkongsi nasihat dengan anak muda. Terharu melihat usaha anak muda semua.
Kesemuanya sedang berubah ke arah kebaikan dan membantu umat Islam lain dan ternyata di sebalik wabak Covid-19 ini, ada hikmah yang tersembunyi. Berdoalah agar kita juga menerima hidayah sebegini dan andai sebelum ini sudah istiqomah teruskan perjalanan yang baik ini. Di akhirat Allah tidak kenal kita sebagai orang popular di dunia tapi kita dinilai berdasarkan rahmat Allah dan amalan kebaikan kita lakukan semasa hidup.
Bacalah doa ini agar diri kita diberikan hidayah sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 213 yang bermaksud “Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki-Nya kepada jalan yang lurus”.
Ini doa memohon hidayah Allah
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
“Berilah kami petunjuk kepada jalan yang lurus.” (al-Fatihah: 6)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Ads
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon selalu dari-Mu hidayah, takwa, sikap ‘iffah, dan kekayaan.” (HR. Muslim no. 4898)
Di sebalik hidayah, kita juga harus terus beristiqomah dengan jalan pilihan itu. Bacalah doa memohon istiqomah Allah.
“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (Ali Imran: 8)
Surah At-Taubah merupakan surah ke sembilan dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyyah yang terdiri dari 129 ayat. At-Taubah bermaksud pengampunan.
Dinamakan demikian kerana kata At-Tuabah berulang kali disebut dalam surah ini.
Surat At Taubah memiliki banyak keutamaan. Dalam kitab al-Khashaish al-Kafiyah dijelaskan, mereka yang mengamalkan dua ayat terakhir dalam surah A-Taubah selepas solat fardu sebanyak tujuh kali akan mendapat keutamaaan dunia dan akhirat dalam kehidupannya.
Ertinya:- “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.(QS.At-Taubah :128-129).
Di samping mengamalkan dua ayat tersebut di atas, ada juga riwayat dari Nabi yang secara khusus menyebutkan potongan ayat dari ayat terakhir, iaitu:-
“Allahlah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Allah (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Rabb yang menguasai Arash yang agung.” Dikatakan juga, siapa yang mengamalkan dua surah terakhir ini akan mendapat lima keutamaan dalam kehidupannya.
Pertamanya, Allah akan memberikannya kekuatan zahir dan batin (dunia dan akhirat).
Keduanya, Allah akan memberi kemuliaan di mata masyarakat. Ketiganya, Allah akan memberikan kelapangan rezeki.
Keempat, Allah akan memberi kekebasan bagi orang yang di penjara (namun surah ini hrus dibaca setiap waktu solat fardu sebanyak 40 kali) dan terakhir Allah akan memberi jalan keluar bagi orang yang mempunyai hutang dan kesulitan membayarnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tular ketika ini mengenai cara Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew yang disalah erti dalam memberi sumbangan kepadaa golongan memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ada antara netizen yang mempertikai caranya bersedekah menunjuk-nunjuk dengan memuat naik video untuk dipertontonkan kepada orang ramai di media sosial.
Namun begitu PU Azman dalam satu postingnya meminta agar netizen sentiasa bersangka baik di atas perkongsian sumbangan yang dilakukan Ebit Lew berkenaan.
Foto: Facebook Ebit Lew
Menurut Pu Azman, apabila seseorang itu memperlihatkan sedekah, perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan bersangka baik dan jangan buruk sangka.
Tambahnya lagi, perbuatan berkongsi amalan bak ini adalah bertujuan mendildik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).
Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.
Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai.
Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.
Cik Man-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap insan di dunia ini dilahirkan dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza. Ada yang sempurna dan ada juga yang kurang sempurna seperti cacat penglihatan, bisu atau tiada kedua belah kaki dan tangan.
Walaupun dilahirkan kurang sempurna, namun tidak membataskan seseorang itu untuk beribadah kepada Allah. Malah ada yang menunaikan urusan ibadah ini lebih sempurna berbanding manusia normal.
Seperti perkongsian seorang lelaki kurang upaya, Muhammad Asyid Abu Bakar, 27 tahun yang cacat penglihata sejak lahir lahi tetapi berjaya mengecapi kejayaan paling manis apabila menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Bapa kepada seorang anak ini dikatakan sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah lagi.
Dia yang dahulunya sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah dan diajar membaca kitab suci ini oleh seorang guru yang celik penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille.
Malah, dia juga merupakan bekas pelajar Madrasah An-Noor For The Blind, yang terletak di Afrika Selatan.
Muhammad Asyid Abu Bakar menyambung pengajian ke tempat itu selepas tamat pengajian di madrasah tempatan.
Manakala perbelanjaan sepanjang pengajiannya di Afrika Selatan itu, telah di tanggung sepenuhnya oleh madrasah tempatan berkenaan.
Setalah 5 tahun pengajian, akhirnya Muhammad Asyid Abu Bakar berjaya menghafal kesemua surah yang ada dalam kitab suci Al-Quran ini.
Dia juga sering diundang untuk menjadi imam terutamanya pada bulan Ramadan, dan pada masa yang sama menjadi pengajar untuk anak-anak tahfiz.
Muhammad Asyid Abu Bakar juga menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah Mahaad Tahfiz di Ipoh khas untuk pelajar buta yang berminat.
Diharapkan hasratnya ini akan tercapai suatu hari nanti dengan bantuan dan juga sokongan orang ramai.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...