Hikmah Di Sebalik Wabak Covid-19! Selain Anuar Zain, Ini Barisan Ramai Artis Yang Berubah Ke Arah Kebaikan

Share

Tidak dinafikan wabak Covid-19 yang melanda dunia hari ini ada hikmah yang tersembunyi. Melihat kepada kes kematian yang tinggi, adakalanya mencecah lebih 300 orang dalam sehari meletakkan nyawa manusia itu sangat “rapuh”. Bila-bila saja boleh dicabut.

Syukur alhamdulillah bagi mereka yang menerima hidayah dari Allah, memilih jalan ke arah kebaikan selain menyebarkan dakwah dalam kalangan rakan-rakan. Dalam industri hiburan tanahair juga, Nabil antara personaliti yang memilih untuk menukar corak kehidupannya dan seluruh ahli keluarganya selepas mengikuti jemaah tabligh. Begitu juga pelakon Amar Asyraf Zailuddin,Datuk Nash, Aliff Aziz, penyanyi rap Mk K Clique, Shahrul Ridzwan dan ramai lagi.

Malah tidak terkeculi penyanyi diminati ramai terutama di kalangan para wanita iaitu Anuar Zain yang turut menyertai jemaah tabligh dan dilihat sedang menuang air teh tarik kepada para jemaah di sebuah masjid di Selangor. Bahkan dalam video yang tular itu, kelihatan Nabil Ahmad yang meminta penyanyi itu menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini.

Bukan setakat menyertai jemaah tabligh, dilihat ramai lagi barisan pelakon dan penyanyi popular tanahair yang bersama-sama dengan Ustaz Ebit Lew dalam memberikan sumbangan makanan kepada penduduk gelandangan  tanpa mengira latar belakang. Mungkin sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini ketika dalam industri.

Di perkongsian Ustaz Ebit Lew, dapat dilihat ramai artis popular seperti  pelakon Zul Ariffin yang bersama-samanya memberi gelandangan makan baru-baru ini. Begitu juga barisan selebriti lain seperti Suffian Suhaimi, Zahiril Adam, Harris Anuar, Khai Bahar, Syafik Farhain, gaming idola anak muda iaitu Soloz dan Daddy Hood, Syafiq Kyle dan ramai lagi.

Zul Ariffin turut memberi makanan kepada gelandangan di KL baru-baru ini.
Harris Alif dan Harris Anuar bersama Ustaz Ebit Lew.
Harris Anuar, pelakon muda banyak bawa kawan bersama dalam misi membantu ummah. Suffian Suhaimi penyanyi terkenal pun sama-sama dalam usaha ini. Zahiril Adzim pelakon cerita juvana. Syukur idola anak muda kini bersama dalam kerja khidmat masyarakat dan kerja umat.

Terharu berjumpa 2 anak muda yang baik dan jutawan masa muda. Masa depan negara. Anak muda semua kenal mereka dalam dunia gaming. Idola anak-anak kita dan negara. Soloz dan Daddy Hood.
Terharu rasa dapat berkongsi dalam fikir iman dan akhirat. Niat nak hidupkan kebaikan dan kasih sayang dalam umat serta misi kemanusiaan. Baik sangat dan lemah lembut dalam pertuturan. 3 penyanyi terkenal dan baik. Sufian Suhaimi, Khai Bahar dan Syafiq Farhain.
Baik jer Syafiq Kyle..katanya dah lama nak jumpa ustaz. Nak belajar dan sama-sama buat kerja kebaikan ini. Syukur Allah temukan.
Alhamdulillah bersama Atu Zero 3beradik bersama misi kasih sayang kerana Allah. Ramai pakcik makcik semua kenal. Happy diaorang. Mesra dan sangat rendah diri. Siap berkongsi nasihat dengan anak muda. Terharu melihat usaha anak muda semua.

Kesemuanya sedang berubah ke arah kebaikan dan membantu umat Islam lain dan ternyata di sebalik wabak Covid-19 ini, ada hikmah yang tersembunyi. Berdoalah agar kita juga menerima hidayah sebegini dan andai sebelum ini sudah istiqomah teruskan perjalanan yang baik ini. Di akhirat Allah tidak kenal kita sebagai orang popular di dunia tapi kita dinilai berdasarkan rahmat Allah dan amalan kebaikan kita lakukan semasa hidup.

Bacalah doa ini agar diri kita diberikan hidayah sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 213 yang bermaksud “Allah memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki-Nya kepada jalan yang lurus”.

Ini doa memohon hidayah Allah

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ

“Berilah kami petunjuk kepada jalan yang lurus.” (al-Fatihah: 6)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon selalu dari-Mu hidayah, takwa, sikap ‘iffah, dan kekayaan.” (HR. Muslim no. 4898)

Di sebalik hidayah, kita juga harus terus beristiqomah dengan jalan pilihan itu. Bacalah doa memohon istiqomah Allah.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً   ۚ  اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (Ali Imran: 8)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan kalbu, tetapkanlah kalbuku di atas agama-Mu.” (HR. at-Tirmidzi no. 2140)

Sumber gambar:-FB Ebit Liew

 

Published by
Almaswa Che Ros