Hikmah Mengingati Kematian, Sengaja Bina Rumah Mewah Berjuta Ringgit Depan Kubur

Share

Hikmah mengingati kematian, sengaja bina rumah mewah berjuta ringgit depan kubur. Lain orang, lain caranya mengingati mati.

Malah jangan tak tahu, mengingati kematian adalah sebuah ibadah. Kematian adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh semua makhluk yang hidup tanpa terkecuali.

Bahkan saban hari, kita akan dikejutkan dengan pelbagai berita kematian yang tidak kita sangkakan. Tanpa kita sedar, sebenarnya kematian semakin hari, semakin menghampiri kita.

Artikel Berkaitan:

‘Sebesar Mana Pun Rumah, Akhirnya Rumah Abadi Kita Adalah Liang Lahad.’  Kematian Pemutus Kelazatan Dunia

Hikmah Mengingati Kematian

Sebuah rumah mewah berharga 5 bilion rupiah (RM1.5 juta) di Kuningan, wilayah Jawa Barat, Indonesia, menjadi perhatian ramai kerana dibina di hadapan sebuah tanah perkuburan, lapor laman berita Detik hari ini.

Banglo yang sudah 50 peratus siap itu dimiliki oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Agus.

Menurut Agus, dia sengaja membina rumah di hadapan kubur kerana mahu mengingatkan diri sendiri serta tetamu yang berkunjung mengenai mati yang pasti akan dialami oleh setiap makhluk bernyawa.

Sengaja Bina Rumah

“Tujuan saya memilih lokasi ini (kubur) adalah untuk mengingatkan kepada kematian. Walau semewah mana pun kita, pada akhirnya, kita pasti akan kembali ke sana,” ujarnya.

Tambah Agus, dia memandang kemewahan dunia sebagai perkara biasa kerana walau sekaya mana pun seseorang, hartanya tidak boleh dibawa ke liang lahad.

“Ketika mati, jasad kita akan diangkat menggunakan keranda, dan bukannya kereta berharga ratusan juta rupiah,” katanya.

Mewah Berjuta Ringgit Depan Kubur

Tambah Agus, dia menyedari rumahnya itu sering menjadi perhatian ramai kebelakangan ini apabila banyak pencipta kandungan serta kru stesen televisyen pergi ke situ untuk merakam video kediamannya.

Meskipun terkejut pada awalnya, dia tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang luar biasa. – AGENSI

Faedah Mengingati Mati:

1. Mengingat kematian adalah sebahagian dari ibadah.

Mengingati kematian merupakan amal soleh yang akan diganjari pahala oleh Allah Swt. Hal ini kerana, dengan mengingati kematian,, kita akan menjadi orang yang senantiasa bertaubat dan menyesali kesalahan-kesalahan yang kita lakukan.

2- Mengingat kematian menjauhkan kita daripada melakukan kezaliman

Orang yang banyak mengingat kematian akan jauh dari perbuatan manzalimi orang lain, Karena ia mengetahui bahawa apa yang ia lakukan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Allah Ta’ala berfirman,

أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ

“Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan.” (Surah Al-Muthoffifin: 4).

3- Mengingat kematian menjadikan seseorang semakin mempersiapkan diri untuk berjumpa dengan Allah. Sekurang-kurangnya dengan mengingati mati menyebabkan kita sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu perkara yang menjererumuskan kea rah maksiat.

Baca Di Sini:

‘Antara Nikmat & Ujian Berat.’ Kematian Dicemburui, Ibu Wanita Ini Meninggal Selepas Tunai Umrah

Kashoorga: Mengingati mati bukanlah bermakna kita meminta lekas mati atau meninggalkan segala urusan dan tanggungjawabnya di dunia. Sebaliknya, mengingati kematian mendorong kita menetapkan matlamat yang jelas dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sumber: Kosmo Online, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat