Tahun ini seluruh umat islam di seluruh dunia menyambut Syawal dalam situasi berbeza.
Dan kali ini sambutannya agak berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana diraikan secara sederhana disebabkan pandemik COVID-19.
Dan seperti kebiasaanya umat Islam memulakan Syawal dengan menunaikan solat Aidilfitri di kediaman masing-masing.
Tetapi di Jerman situasinya agak berbeza apabila masyarakat Muslim yang berada di sana mahu menunaikan solat Aidilfitri tetapi dalam masa sama mengamalkan penjarakkan sosial.
Oleh kerana tiada kapasiti keluasan masjid yan boleh memuatkan ramai orang untuk dilakukan penjarakan sosial ini jadi mereka telah bertanya kepada pengurusan Gedung Ikea bagi membenarkan mereka menggunakan ruang parking
yang luas untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.Ternyata perkognsian ini di laman sosial Twitter mendapat respon baik daripada warganet.