Penyakit salah satu daripada ujian Allah SWT yang sangat berat ke atas hamba-Nya. Tiada seorang pun manusia waras akan gembira dengan penyakit yang menimpa mereka. Walaupun begitu, perkara ini bukanlah hak mutlak seorang hamba untuk menolak ujian atau musibah kerana ia fitrah kehidupan yang tidak boleh dielakkan.
Atas dasar itu, Islam telah memberi ganjaran yang lumayan bagi mereka yang ditimpa musibah seperti penyakit atau sebagainya. Umat Islam seharusnya meletakkan dalam pemikiran mereka bahawa musibah yang menimpa masih lagi ringan berbanding ujian yang tempuhi nabi dan rasul sebelum ini.
Maka benarlah sabda Nabi SAW: “Golongan yang paling kuat ditimpa musibah ialah golongan Nabi AS, seterusnya golongan-golongan yang seumpamanya..
Bagi Ustaz Ebit Lew tatkala diuji dengan masalah pendengaran telinga di sebelah kanannya, dia reda. Ujar Ustaz Ebit Lew seperti dalam catatan di Instagram miliknya, ujian itu sebagai tanda Allah sayang kepada seseorang hambanya. Ikuti catatan Ustaz Ebit Lew.
Dengan rendah hati pohon doa semua yer..Allah uji dan beri sesuatu kerana dia sayang. Telinga sebelah kanan saya dah tak dengar apa-apa. Mula-mula tahu rasa sebak sangat. Bila Dr kata mungkin sebab saraf setelah diperiksa.. Rasa nak menangis sebab masa nak peluk orang masa ceramah tiba-tiba rasa kurang stabil. Dan bila ceramah saya dah tak boleh agak suara saya kuat ke perlahan. Tapi syukur kerana saya cuma rasa cakap pada hati saya sendiri..syukur ada sebelah lagi boleh dengar.. Ujian kerana kasih sayang Allah. Dah lama dia beri pelbagai nikmat. Bila hilang nikmat ni terasa sayu sangat.
Di sebalik ujian ada rahmat Allah. Itulah saya harapkan keampunan Allah atas segala dosa. Rupanya hilang satu nikmat ini saya semakin peka pada sekeliling. Saya belajar melihat semuanya dengan mata dan belajar merasainya.. Buat semua sahabat pohon doakan saya yer. Dengan rendah diri saya minta maaf pada semua yer semua kesalahan dan dosa saya..saya cuma insan yang lemah dan berdosa. Saya doakan semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat..-ebitlew
Allahuakbar..ujian hari ini. Telinga kanan tak dengar tapi rasa pening macam gempa bumi dari pagi tadi.. 2hari beri mengendalikan motivasi kepada kementerian kesihatan tapi dapat beri ceramah sehari jer..hari ini rasa macam gempa bumi kepala. Rasa bergegar jer..makin kuat pagi tadi..terus ke hospital…dah 4hari telinga kanan tak dengar
Teringat saudara kita dinegara jiran..Saya doakan Allah bantu dan beri kekuatan pada saudara negara jiran kita yang ditimpa tsunami.Palu Sulawesi 2 pekan macam hilang..Allahuakbar.bantulah dan berilah kekuatan pada semua ahli keluarga yang tinggal. Yang telah pergi sayangi dan ampunilah mereka semua. Mereka semua saudara kami ya Allah…sayangi dan ampunilah kami semua..sebak sangat rasa.. Pohon doa semua yer..ujian kerana Allah sayang..Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Saya pohon maaf kepada ceramah hari ini dan esok..mungkin 3hari di hospital untuk rawatan susulan..InsyaAllah sempat bersama program 3hari 2malam beri training 120 staf kementerian belia sukan latihan bawa mereka ke kg asli menyantuni,membantu dan berkongsi.. Ceramah beberapa hari saya tak boleh agak suara kuat ke perlahan kerana telinga kanan dah tak dengar..Terasa benar nikmat telinga ini..Allahuakbar…terima kaseh Allah nikmat selama 34 tahun ini. Syukur padaMu ya Allah. Terima kaseh ya Allah..syukur segalanya-ebitlew
Segala apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada kesenangan ataupun kesusahan, semuanya ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Allah akan menguji manusia dengan kesusahan dan kesenangan, kesihatan dan sakit/penyakit, kekayaan dan kemiskinan, ketaatan dan kederhakaan, halal dan haram, petunjuk dan kesesatan, kesusahan dan kemudahan. Semuanya adalah ujian Allah kepada hambanya.
Hikmah disebalik musibah sakit dan penyakit adalah:
1. Allah tengah menguji manusia agar lebih bersabar dalam menghadapi ujian berupa sakit dan penyakit.
2. Sebagai kifarah dosa dan kesalahan yang dilakukan manusia pada masa yang lalu.
3. Dilipat gandakan kebaikan dalam hidup manusia yang ditimpa sakit & penyakit. Kerana hakikatnya Allah ingin menambah kebaikan kepada hambanya dengan diberi ujian sakit dan penyakit.
4. Untuk mengangkat darjat manusia di sisi Allah SWT. Kerana sakit dan penyakit tersebut bertujuan untuk memberi ujian kepada hambanya agar mendapat darjat yang lebih mulia di sisi Allah SWT.
5. Untuk menyedarkan dan menginsafkan manusia di atas kesilapan jalan yang di lakukan pada masa lalunya.
6. Untuk mengingatkan manusia di atas nikmat Allah SWT yang diperolehnya dalam hidup. Yang terkadang kita kurang mensyukurinya semasa kita sihat dan kuat lagi.
7. Membersihkan dan mensucikan hati dan jiwa manusia dari berbagai penyakit rohani. Seperti penyakit sombong, ujub, dan lain sebagainya.
8. Sebagai tanda ingatan terhadap sesama manusia yang sama ditimpa sakit & penyakit. Kerana manusia selalunya akan sedar jika sakit & penyakit tersebut sudah menimpa dirinya.
9. Untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah SWT. Dengan memberi sakit dan penyakit kepada manusia di dunia, kerana jika Allah sudah menimpakan sesuatu di dunia. Harapannya tidak akan ditimpakan di akhirat.
Walau apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar Ustaz Ebit Lew kembali pulih dan dipermudahkan segala urusannya agar dia terus mampu berdakwah.