Tiba musim raya, tidur di homestay atau hotel akan terus menjadi isu ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara. Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang.
“Beraya di kampung memang seronok tapi jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik sehingga berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur memang akan mudah terpalit dosa jika tak teliti sebaiknya.
“Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar,”demikian perkongsian Ustazah Asma’ Harun tentang situasi musim raya
Wahai ibu bapa selidik dulu, wahai anak jangan melulu
Ujarnya lagi semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
“Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah isteri dan anak-anak,”terang lagi.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim : 6)
Elak timbul salah faham
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham fahami dulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Ads
Pesanan buat anak-anak
Jangan jadi seperti tetamu di rumah ibu ayah sendiri, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, pampers anak pula tinggal dalam tandas harap orang uruskan, kasihan ibu ayah dan adik beradik yang memang di kampung.
Sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’:23)
Ads
Syeikh al-Maraghi berkata, Allah SWT benar-benar mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri mendengarnya.
Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa.
Seseorang yang sempat bersama atau berbakti kepada kedua ibubapanya merupakan orang yang sangat bertuah dan beruntung. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” (HR Muslim, hadis sahih)
Hukum berwuduk sebelum solat adalah wajib atau jika dalam darurat kita dibolehkan bertayamum.Secara ringkasnya, wuduk bermaksud kebaikan dan kebersihan.
Dalam rutin harian berwuduk, kita menggunakan air mutlak iaitu air suci lagi menyucikan. Sebelum air terkena pada wajah, kita perlu lafazkan niat berwuduk sebagai syarat utama sah wuduk.
Betapa besarnya keutamaan wuduk, kita dibolehkan mengambil keberkatan berwuduk dengan membaca niat-niat istimewa yang dilafazkan dalam hati tatkala kita ingin membasahi setiap anggota yang wajib terkena air wuduk.
Nak tahu apakah lafaz niat-niat itu? Kita mulakan dengan pengetahuan asas iaitu cara mengambil wuduk yang betul.
Cara Ambil Wuduk Yang Betul Dan Digalakkan:
Mengadap Kiblat
Membaca Basmallah
Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan sebanyak tiga kali dengan menyelati setiap jari sambil berdoa
Lafaz niat:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebahagiaan dan keberkatan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sebarang kemalangan dan kebinasaan’
Berkumur-kumur sebanyak tiga kali sambil berdoa di dalam hati
Lafaz niat: “Ya Allah, bantulah aku dalam usaha membaca kitabMu dan banyak berzikir mengingatiMu. Kukuhkanlah aku dengan kata-kata yang kukuh di dunia dan di akhirat”
Istinsyaq : Iaitu membersihkan lubang hidung dengan cara menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya
Perbuatan ini dilakukan sebanyak tiga kali sambil berdoa: Lafaz niat: “Ya Allah, ciumkanlah aku dengan bauan syurga dan Engkau redha kepadaku”
Ketika mengeluarkan air berdoa pula dengan doa ini: Lafaz niat: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada menghidu bauan neraka dan seburuk-buruk tempat tinggal”
Membasuh muka sebanyak tiga kali dengan menggunakan kedua-dua belah tangan
Basuhan dimulakan pada bahagian dahi dan turun perlahan-lahan ke anak telinga, hidung dan dagu.
Lafaz niat WUDUK sebelum air mengenai muka (lafaz niat ini adalah WAJIB): “Sahaja aku mengambil wuduk fardu atasku kerana Allah Taala”
Apabila air mengenai muka, mulakan berniat dalam hati dan membaca doa:
Lafaz niat: “Ya Allah, putihkan mukaku dengan nurMu pada hari putihnya muka para waliMu dan jangan hitamkan mukaku sepertimana Engkau gelapkan muka musuh-musuhMu”
Membasuh kedua-dua tangan hingga melebihi had siku sebanyak tiga kali
Mulakan dengan tangan kanan, dari jari hingga ke siku sambil berdoa: Lafaz niat: “Ya Allah, berilah catatan amalan dari sebelah kananku dan hisablah aku dengan mudah”
Perkara yang sama dilakukan pada tangan kiri sambil berdoa. Lafaz niat: “Ya Allah aku berlindung kepadaMu supaya janganlah Engkau berikan catatan amalanku dari sebelah kiriku atau dari sebelah belakangku”
Menyapu sebahagian ubun-ubun atau keseluruhan kepala sambil berdoa:
Lafaz niat: “Ya Allah lindungi daku dengan rahmatMu dan limpahi daku keberkatanMu. Dan masukkan daku di bawah naungan ArasyMu pada hari tiada perlindungan kecuali perlindunganMu sahaja. Ya Allah, haramkan rambutku dan kulitku daripada api neraka”
Membasuh kedua-dua telinga luar dan dalam sebanyak tiga kali
Cara membasuh dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang telinga dan ibu jari diletakkan di belakang telinga, kemudian ditolak ke atas. Doa yang elok dibaca ketika ini: “Ya Allah, jadikan aku daripada kalangan orang yang mendengar peringatan lalu mengikutinya. Ya Allah dengarkanlah kepadaku seruan syurga bersama-sama orang yang baik”
Membasuh kaki hingga ke buku lali atau lebih, sebanyak tiga kali
Basuhan dimulakan dengan kaki kanan sambil menyelati jari-jari kaki.
Lafaz niat: “Ya Allah, tetaplah dua kakiku di atas Titian Mustaqim pada hari tergelincir kaki-kaki lalu jatuh ke dalam neraka”
Lafaz niat: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada tergelincir kakiku di atas Titian Mustaqim ke dalam neraka pada hari tergelincir kaki orang munafik”
Membaca doa selepas wuduk
Selepas selesai mengambil wudhu, disunatkan untuk membaca doa berikut:
Asy-hadu alla ilaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa-asy-hadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahummaj’aini minat tauwabin waj’aini minal mutatahhirin waj’alni min ‘ibadikas-solihin.
Maksudnya: Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.
Walaubagaimapun, andai kita tidak membaca doa di atas, wuduk tetap sah.
Adakah perlu membasuh tuala wanita sebelumnya membuangnya kerana ada terdengar yang mana jika tidak dibasuh sebelum membuangnya jin akan makan darah haid yang ada pada tuala tersebut. Adakah terdapat sebarang hadis atau athar yang berkaitan?
Sebenarnya tiada sebarang hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat daripa kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar.
Kata beliau:
Maksudnya : “Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri.
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya : “Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu.”
Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya
Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin. Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor dan najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas.
Rasulullah berdoa :
Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.”
Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.”
Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Walau bagaimanapun dicadangkan beberapa perkara berikut:
*Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh, asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
*Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan
Sumber: JAKIM Cawangan Sabah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...