Ramai memikirkan kalau punya banyak duit, mereka akan bersedekah khususnya untuk pembangunan Islam. Namun istilah sedekah ini tidak hanya ketika kita banyak duit tapi melayani suami di bilik tidur adalah satu ibadah sedekah.
Hal ini dikisahkan ketika para sahabat yang tidak kaya betapa beruntungnya mereka yang memiliki harta benda yang banyak dan kemudian mampu bersedekah.
Suatu hari, beberapa sahabat berkata kepada Nabi Muhammad SAW bahawa orang-orang yang kaya atau memiliki kelebihan harta yang sama seperti mereka iaitu melakukan solat dan berpuasa tapi mereka sangat beruntung kerana memiliki banyak pahala kerana bersedekah sedangkan mereka tidak punya apa kecuali hanya mampu melakukan amal ibadah sahaja
.
Hal pertanyaan sahabat dijawab oleh Nabi Muhammad SAW bahawa setiap kebaikan adalah sedekah. Ertinya, sedekah tidak hanya pada harta benda tapi kata Nabi, bertasbih, takbir, bertahmid dan bertahlil juga adalah sedekah.
Dari Abu Dzar, beberapa orang dari sahabat (Rasulullah) berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah pergi dengan membawa banyak pahala. Mereka solat seperti kami shalat, mereka puasa seperti kami puasa dan mereka mendapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kalian sesuatu yang dapat kalian sedekahkan. Sesungguhnya pada setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah dan setiap tahlil adalah sedekah. Menyuruh melakukan amal makruf adalah sedekah, mencegah dari melakukan perkara mungkar adalah sedekah, dan salah seorang dari kalian bercampur (berjima) dengan isteri juga adalah sedekah.”
Para sahabat Rasulullah bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah jika salah seorang dari kami mendatangi syahwatnya (berhubungan badan dengan isterinya) maka mendapat pahala?
Nabi Muhammad SAW menjawab: “Apa pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, bukankah dia mendapatkan dosa. Maka demikian pula jika dia melampiaskan syahwatnya pada yang halal, maka dia memperoleh pahala.” (HR. Muslim).
Hadith ini menjelaskan bahawa banyak cara untuk berbuat kebaikan. Bahkan mendatangi isteri juga adalah sedekah paling mudah diperoleh. Ingatlah, bila seseorang tidak mampu melakukan suatu kebaikan, maka dia boleh melakukan kebaikan lainnya. Allah SWT menyeru agar manusia berlumba-lumba berbuat kebaikan