Perkembangan teknologi digital hari ini membuka ruang lebih luas untuk kita menambah ilmu. Ini termasuklah belajar membaca al-Quran menerusi internet atau aplikasi khas yang dicipta.

Sejauh manakah dibolehkan kita belajar membacanya melalui internet? Apakah hukumnya? Kita dapatkan penjelasan ustaz Azhar Idrus dalam hal ini. Ramai juga yang belajar tanpa guru sebenar.

Artikel berkaitan: 5 Panduan Wajib Tahu Sebelum Beli Al-Quran

Artikel berkaitan: Bolehkah Baca Al-Quran Dengan Suara Kuat?

SOALAN :

Adakah kalau kita hendak belajar baca al-Quran mesti talaqi dengan guru?
Adakah boleh kalau belajar baca quran melalui internet?

Hukum Belajar Baca Quran Melalui Internet Atau Aplikasi Khas

 

IKLAN

JAWAPAN :

Belajar membaca al-Quran sangatlah dituntut oleh agama kerana orang yang belajar akan dapat membacanya dan mencapai ganjaran yang disediakan bagi orang-orang yang membacanya sebagaimana dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi

Sekali pun di zaman sekarang ada kemudahan belajar daripada internet dan yang seumpamanya namun begitu pembelajaran yang terbaik ialah dengan bertalaqi dengan guru kerana murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan dan diperbetulkan mana yang kurang dan mana yang salah.

Guru yang mengajar  pada zaman sekarang sangatlah ramai dan mudah didapati oleh kerana itu sebaiknya jangan hanya memadai belajar dari internet walau pun tidak diapat dinafikan melalui internet juga dapat diperolehi ilmu-ilmu tentang membaca Quran.

Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :

IKLAN

“Pusat belajar al-Quran sudah banyak di negeri kita sekarang Alhamdulillah dan seperti itu juga orang-orang yang mengajar akan al-Quran. Maka apabila pergi seseorang kepada salah seorang qari nescaya memungkinkan dia insyaAllah belajar akan al-Quran lalu dapatlah dia mengenal bagaimana membaca al-Quran dengan bacaan yang sahih dan dapat mengenali bagaimana cara menghafal al-Quran bagi yang mahu menghafalnya di dalam hati”

Dan perkara yang pentingnya ialah kitab Allah ini memerlukan belajar secara talaqi ertinya mendengar dari bacaan segala qari supaya mengenal ia akan lafaz yang sahih bagi setiap kalimah.

Dan barang siapa yang sukar baginya yang demikian itu bolehlah dia belajar dengan mushaf sambil mendengar kepada rakaman bacaan para qari membaca ayat al-Quran yang sempurna dengan suara mereka.

Dan sungguhnya Allah telah memudahkan bacaan dari dulu sampai sekarang sebagai menyempurnakan janji-Nya di dalam al-Quran sekira-kira berfirman Allah:

IKLAN

“Dan sungguhnya Kami telah mudahkan akan al-Quran itu bagi ingatan maka adakah yang mengambil iktibar?” Surah al-Qamar : Ayat 17

KESIMPULAN

Belajar membaca kitab Allah yang paling baik ialah dengan cara bertalaqi dengan guru kerana murid dapat mendengar bacaan guru dan murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan oleh guru adakah bacaan murid itu sahih atau sebaliknya.

Ada pun belajar dengan internet atau dari rakaman maka murid hanya boleh mendengar bacaan guru tetapi guru tidak boleh mengesahkan bacaan murid sama ada sahih atau sebaliknya.

Bagi mereka yang belum lagi ada kemudahan belajar dengan guru maka elok dia belajar dulu mendengar bacaan-bacaan yang sahih yang diperdengarkan di dalam internet atau yang seumpamanya dan apabila bertemu dengan guru hendaklah dia baca segala bacaan yang telah dia pelajari melalui internet atau rakamannya dahulu supaya diperbetulkan jika ada salah silapnya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI