
Dapat tawaran haji tapi dalam keadaan kekurangan wang duit dan bercadang untuk membuat pinjaman peribadi di institusi kewangan. Ini kerana agak sayang untuk dilepas memandangkan tawaran haji ini bukan mudah untuk diperoleh.
Dalam hal ini adalah dibolehkan? Persoalan ini dijawab oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Merujuk kepada persoalan ini, hukum melaksanakan ibadah haji melalui pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan adalah dibolehkan dan diharuskan. Namun begitu, pelaksanaan ibadah haji dengan cara ini mestilah mematuhi beberapa syarat atau dhawabit yang telah ditetapkan sepertimana berikut:
Pertama: Pinjaman kewangan yang dilakukan itu tidak mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana hukum riba telah jelas dinyatakan haram di dalam al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: “Dan Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275)
Kedua: Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang di dalam tanggungannya untuk melunaskan hutang dan perbelanjaan dalam mengerjakan ibadah haji. Justeru, barangsiapa yang tidak mempunyai lebihan wang daripada pendapatannya atau pendapatannya hanya cukup-cukup untuk kehidupan sehariannya maka kewajipan untuk melaksanakan ibadah haji tergugur daripadanya sekalipun dia mengambil pinjaman daripada institusi kewangan.
Ketiga: Pinjaman yang dilakukan itu dibuat di atas dasar menyegerakan perintah Allah SWT di dalam melaksanakan rukun Islam semata-mata. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَرَادَ الْحَجَّ فَلْيَتَعَجَّلْ فَإِنَّهُ قَدْ يَمْرَضُ الْمَرِيضُ وَتَضِلُّ الضَّالَّةُ وَتَعْرِضُ الْحَاجَةُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin menunaikan ibadah haji maka bersegeralah untuk menunaikannya kerana tidak diketahui bila masa sakit itu menyerang seseorang atau kenderaannya hilang ataupun datang keperluannya yang lain.” Riwayat Ibn Majah (2883)

Kemampuan syarat wajib haji
Kemampuan merupakan salah satu syarat wajib yang harus dipenuhi bagi sesiapa yang ingin menunaikan ibadah haji. Oleh itu, bagi sesiapa yang tidak berkemampuan maka gugurlah kefardhuan haji ke atasnya disebabkan kekurangannya.
https://www.kashoorga.com/ciri-ciri-haji-mardud-haji-yang-ditolak/Namun begitu, bagi mereka yang mampu untuk membuat pinjaman maka diharuskan baginya untuk melaksanakan ibadah haji. Walau bagaimanapun cara ini hanya dibolehkan bagi mereka yang yakin mampu untuk mambayar semula pinjaman yang telah dibuatnya sekembalinya dari Tanah Suci.
Bacar artikel: Ciri-Ciri Haji Mardud, Haji Yang Ditolak
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI