Hukum Cerai Melalui WhatsApp & Apa Yang Isteri Boleh Tuntut Dari Suami Di Mahkamah Syariah

Share

Siapalah yang mahukan sebuah perpisahan, lagi-lagi jika rumahtangga dibina sudah bertahun-tahun lamanya. Kalau boleh mahu perkahwinan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Namun jika sudah ditakdirkan Tuhan jodoh kita tidak berpanjangan, tiada apa boleh dilakukan.

Dan dalam dunia digital hari ini, ada juga yang berpisah hanya dengan menghantar lafaz cerai melalui pesanan ringkas atau WhatsApp. Jadi apakah hukumnya dan adakah lafaz cerai berkenaan sah.

Cerai melalui pesanan WhatsApp.

Bagi menjawan persoalan ini, Pendakwah, Ustazah Shadiya Abbas menjelaskan apa hukum menceraikan isteri hanya melalui sistem pesanan WhatsApp ini.

Menurut Ustazah Shadiya, bercerai melalui pesanan WhatsApp ini terdapat keraguan pada lafaz cerai berkenaan.

“Jadi lafaz ini tidak boleh diterima oleh isteri sebagai lafaz cerai yang sah melainkan lafaz ini didengarkan  oleh pihak qadi yang berada di pejabat qadi di mana-mana pejabat agama Islam negeri.

“Lafaz berkenaan mesti disahkan oleh pihak qadi. Dan biasanya lafaz seperti ini selain didengari oleh pihak qadi, akan disahkan sama ada jatuh talak atau tidak.

“Sebab kadang-kadang boleh berlaku lafaz syubhah kerana boleh jadi lafaz berkenaan dibuat oleh lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedar.

“Atau kemungkina lafaz berkenaan bukan ditaip oleh lelaki berkenaan. Dan kena sahkan dan pengesahan lafaz cerai ini adalah melalui pihak mahkamah. Ini adalah jalan terbaik,” ujarnya.

Ustazah Shadiya Abbas

Tambah Ustazah Shadiya lagi, pihak mahkamah juga berhak menyatakan lafaz cerai melalui WhatsApp ini tidak sah berdasarkan kepada keraguan yang timbul.

“Dan dalam situasi ini, apa yang boleh si isteri tuntut adalah tuntut suami minta maaf kerana lafaz dibuat di luar mahkamah dan melalui pesanan WhatsApp sahaja.

“Sekiranya lafaz ini sah, suami dikenakan akan denda oleh pihak mahkamah kerana membuat lafaz di luar mahkamah.

“Dan sekirah sah lafaz ini oleh mahkamah pihak isteri pula boleh menuntut harta sepencarian selama bersama suami terhadap  harta-harta yang dihimpunkan sepanjang perkahwinan berlaku. Juga boleh tuntut hadanah serta nafkah iddah sepanjang dalam iddah bercerai,” jelasnya lagi.

Foto Kredit: Sinar Harian

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman