Perceraian atau talak adalah pembubaran hubungan suami-isteri daripada ikatan pernikahan atau perkahwinan yang sah mengikut syariat. Islam membenarkan perceraian apabila tidak ada lagi persefahaman antara suami isteri dan bahagia sudah hilang.
Lebih memilukan jika talak ‘dilafazkan’ melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp atau media sosial.
Berikut ulasan yang dipetik dari Mufti Wilayah Persekutuan.
Talak akan jatuh jika dilafazkan oleh suami kepada isteri sama ada secara sarih (jelas), sekalipun tanpa niat dan juga secara kinayah (samar-samar) jika disertakan dengan niat. Tiada pengecualian di dalam syarak jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, bergaduh mahupun bergurau-senda.
Ini berdasarkan sebuah hadis:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.” [Riwayat Abu Daud (2194), al-Tirmidzi (1184) dan Ibnu Majah (2039)]
Lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu sarih (jelas) dan kinayah (samar-samar). Bagi lafaz sarih ada tiga perkataan yang jika disebutkan jatuhlah talak, perkataan tersebut ialah cerai, pisah dan lepas.
Kata Imam al-Baijuri:
“Talak yang sarih tidak memerlukan kepada niat. Iaitu niat jatuhnya talak. Kerana tidak dihtimal kepada selain daripada talak.” [Lihat: Hasyiah al-Baijuri ‘ala Syarh Ibn al-Qasim ‘ala Matan Abu Syuja’, 2/263]
Ads
Manakala lafaz kinayah adalah lafaz yang samar-samar. Sama ada jatuh atau tidak talak adalah bergantung kepada niat si suami. Kata Ibnu al-Qasim al-Ghazzi:
“Kinayah ialah setiap lafaz yang membawa makna talak ataupun selain daripada itu. Dan ianya memerlukan kepada niat. Jika berniat untuk menceraikan ketika melafazkan lafaz kinayah maka jatuhlah talak. Jika tidak, talak tidak jatuh.” [Lihat: Syarh Ibnu al-Qasim ‘ala Matan Abi Syuja, 2/264]
Lafaz cerai melalui whatsapp termasuk di dalam bahagian kinayah bukannya sarih. Ini bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59, talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.
Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak.
Ads
Tambahan pula, dar al-Ifta’ al-Misriyyah menyatakan hal yang sama iaitu talak yang diucapkan melalui pesanan ringkas (sms) atau sebagainya termasuk di dalam talak secara kinayah. Talak seperti ini tidak akan berlaku melainkan apabila si suami memang berniat untuk menceraikan isterinya.
Ini kerana, pesanan ringkas ini termasuk di dalam khabar (berita) yang boleh jadi ia benar dan boleh jadi ia dusta. Apabila berlaku perkara seperti ini, si suami akan ditanya akan niatnya. Jika dia memang berniat untuk menceraikan isterinya, maka ia dikira (jatuh talak tersebut). Jika sebaliknya, maka ia tidak akan dikira.
Walau bagaimanapun talak tidak jatuh atau berlaku jika suami tidak berniat menceraikan isteri ketika mengirimkan pesanan tersebut. Setiap pasangan yang diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas ini perlu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah berdekatan dengan rumahnya di negeri yang didiami apabila berhadapan dengan situasi sebegini.
Kepada sang suami, kenanglah saat-saat manis dan episod indah bersama isteri supaya jika berlaku perceraian ia dilakukan secara baik dan gentleman sebagaimana saat indah anda menyunting gadis tersebut untuk memperisterikannya dulu.
Sumber kredit:
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh diamalkan untuk murahkan rezeki suami. Antaranya dengan menggembirakan hati para isteri. Jika selama ini hanya membaca secara teori, cuba suami isteri praktikkan pula di dalam kehidupan rumahtangga.
Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.
“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.
“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.
“Tak pernah ustaz,” jawabnya.
“Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.
BEREBUT MAKAN BERSUAP
“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah. Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.
“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala.
“Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.
“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.
Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.
Ramai wanita yang bergelar isteri berasa takut untuk berpisah dengan suami kononnya bimbang akan kehilangan hak penjagaan anak-anak. Sebenarnya sangkaan ini meleset sama sekali. Seorang ibu masih berhak untuk hak penjagaan anak-anak.
Ini perkongsian daripada perunding keluarga Islam, Mohamad. Peguam Syarie di Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates.
Dalam banyak perjumpaan untuk sesi consultation yang saya handle, satu perkara yang sering menjadi dilema pada wanita yang selalu saya jumpa adalah memilih antara rumahtangga dan anak.
Kebanyakan wanita yang diuji dengan masalah rumah tangga terpaksa memilih antara meneruskan rumahtangga, berpisah. bukan setakat itu sahaja wanita atau ibu terpaksa juga memikirkan tentang penjagaan anak.
Mengapa jadi begitu? Honestly wanita kebanyakan akan stuck untuk memilih antara rumahtangga dan anak. Wanita yang diuji dengan rumahtangga yang goyah bimbang untuk membuat permohonan untuk bercerai kerana takut dan bimbang akan kehilangan penjagaan anak.
Ramai wanita yang rela hidup tidak aman dalam rumahtangga walaupun dianiaya, dipukul, dicaci kerana takut jika bercerai akan hilang hak jagaan anak-anak.
Banyak tak alami dilema sebegini?
“Nak teruskan perkahwinan, hati tidak ada lagi rasa sayang, tubuh badan pula sakit akibat dipukul.”
“Nak mohon berpisah/bercerai, sayang pula pada anak-anak. Takut jika bercerai tak dapat nak jaga anak atau hilang hak jagaan anak sebab memfailkan perceraian.”
Tahukah anda dilema ini adalah berpunca dari salah faham dan salah maklumat. Ketakutan dan kebimbangan yang dihadapi wanita adalah terhadap sesuatu yang tidak betul.
Saya kongsikan ayat ini supaya anda semua dapat faham dan hadamkan:
“Tidak pernah ada undang-undang yang mengatakan jika seorang wanita memohon cerai maka hak untuk mendapat jagaan anak akan hilang”
Banyak sesi consultation yang saya buat, membetulkan semula apa yang menjadi salah faham akan perkara ini. Setelah diterangkan dan dijelaskan barulah ramai yang lega. Hilang serabut dan ketakutan yang membuat mereka tekanan sebelum ini.
Timbullah soalan sebegini:
Jadi apa statement yang kata ibu yang mohon cerai tidak dapat hak jagaan anak adalah tidak betul la? Ye tidak betul.
Dari mana datangnya statement macam tu? Saya sendiri tak pasti. Mungkin rekaan yang bertujuan untuk menakut-nakutkan.
Sebetulnya bukan sebab bercerai hak jagaan akan hilang tetapi ada beberapa sebab lain yang jelas dinyatakan dalam undang-undang. Apa-apa pun nasihat saya, ambil tahu hak anda, ambil tahu info dan maklumat yang tepat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Umum mengetahui bahawa Catriona Ross mempunyai seorang anak autisme. Namun ketika pergi bercuti bersama suami dan dua lagi anaknya ke Paris, ramai peminatnya bertanya tentang di mana anak keduanya, Jammal Raess Ross-Iddin. Namun ada juga yang salah menilai kononnya Catriona sengaja tidak membawa Jammal bercuti bersama-sama.
Ikuti coretan Catriona dilaman Instagramnya tentang mengapa dia tidak membawa bersama Jammal Raess ketika bercuti ke Paris.
When I was away on family vacation, i terima quite a few question asking where Jammal Raess. I tahu soalan mana genuine dan soalan mana yang jenis judgemental. Me being me. I was proffesional in answering and i didnt let any negative vibes kill my spirit.
Arwah ibu i ajar, we cant control what people think or say tapi we can control how we react pada sesuatu situasi…
Just to let some of you know(this is part of Autism Awareness aswell) many autism children tidak suka dengan plane rides. Membosankan dan menyekat kebebasan mereka. Iye la, seatbelted and ada rules yang mesti diikuti. Jangan flights yang berbelas jam, yang 3-6 jam pun some tak dapat survive…
JAMMAL SUKA ROAD TRIPS
Ada ramai juga yang tak suka road trips or car rides but Jammal loves road trips. Kalau naik kereta, 4,5 jam pun suka apa lagi i will make a few pit stops kat petrol stations. Nak lari-lari kejap ke, nak pilih aiskrim atau sweets boleh sangat. Kalau dalam flight, pilot mana nak stop kat airport mana-mana kalau i cakap Jammal dah bosan and nak get some fresh air? Haaaa faham iye setakat tu….Alhamdulillah syukur…faham jugak….
Setiap jes autism berbeza…Maka tidak boleh dibandingkan dengan cucu kepada sepupu mak saudara you yang boleh naik flight lama-lamas ebab case dia dan Jammal berbeza. Jangan bandingkan dengan kawan kepada kawan ofis kepada kawan yang jual kerepek pada you yang fly pergi USA jugak…
LEBIH KENAL JAMMAL RAESS
Jammal loves outdoors and loves his own activities and i juga sentiasa dapatkan pandangan specialist jadi kalau pakar cakap roadtrips are best for him, biarlah my husband and i his parents yang decide apa yang terbaik sebab kami lebih kenal anak kami ye…You yang melihat boleh menghakimi sejauh mana you nak, its ok by me. It doesnt bug me at all…
Jammal dalam jagaan orang yang kami pervayai yang mana Jammal sayangi. We enjoy calls and we sent pictures to him everyday. Mengetahui tentang perkataan Autism tidak cukup jika perihal atau karektor seorang anak Autism tidak dibaca so Iqra.’ Read. Baca. Learn.
If you genuinely care tentang Jammal Raess, kirimkan doa and love for us.
Berikut antara komen-komen yang memberikan kata-kata semangat kepada Catriona
Kesimpulannya sebelum kita menghakimi orang lain terhadap sesuatu perkara maka lebih baik selami dahulu tentang situasi yang dihadapi oleh orang tersebut. Jangan hanya pandai membuat tafsiran sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Sumber kredit: @Catriona Brian Ross
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ubah suai meter elektrik untuk kurangkan bil, apa hukumnya? Bil elektrik yang semakin tinggi memang terasa membebankan. Disebabkan itu ramai yang mengambil menjimatkan penggunaan...