Hukum Mandi Wajib Selepas Subuh Semasa Bulan Ramadan

Share

Bulan Ramadan ialah bulan kita mengumpul pahala. Namun dalam pada kita sibuk-sibuk dengan amal ibadah sering juga timbul sehinggakan boleh menimbulkan kekeliruan. Antara topik yang sering menjadi persoalan dan sering diajukan adalah hukum-hakam yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami dan isteri.

SOALAN:

Salam ustaz. Salam Ramadan dan selamat berpuasa. Saya ada soalan nak bertanya kepada ustaz. Apakah hukum kita melewat-lewatkan mandi wajib (mandi selepas azan subuh untuk tunaikan solat subuh) selepas bersama dengan isteri pada malam hari bulan Ramadan? Adakah sah puasanya kerana kita mandi wajib selepas azan subuh? Mohon penjelasan daripada ustaz. Terima kasih.

JAWAPAN:

Melewat-lewatkan mandi janabah selepas bersama isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu.

Justeru, sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar dan dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:

أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى اللّه عليه وسلم -كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ, ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa.

Hadis Muttafaqun ‘alaih

Jelaslah daripada hadis di atas bahawa sahlah puasanya dan tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas subuh. Ini pendapat majoriti ulama.

Rujuk al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab (6/307-308)

Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan

VIDEO KASHOORGA:

Published by
wan erni