Love Lock atau turut disebut Love Padlock adalah mangga yang ditulis nama pasangan, kemudian diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti jambatan, pagar, monumen atau tempat yang dikatakan menjadi simbol cinta. Kebiasaanya ditulis nama pasangan sebagai harapan cinta mereka akan kekal.
Dalam menjawab persoalan ini, marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita bacakan di dalam solat lima waktu setiap hari. Selain membacanya, marilah kita memahami inti patinya:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah: 5)
Imam Ibn Kathir menerangkan bahawa lafaz “iyyaka” diletakkan di permulaan ayat dan diulang penggunaanya untuk menekankan bahawa hanya kepada Allah SWT kami menyembah, hanya kepada Allah kami bertawakkal menyerahkan segala urusan, dan tidak akan sesekali kami bertawakkal melainkan kepada Allah SWT.
Maka, jelaslah dalam kehidupan kita seharian, kita diajar untuk sentiasa memohon segalanya kepada Allah SWT dan bertawakkal dalam setiap urusan. Selain itu, terdapat begitu banyak dalil daripada al-Quran yang menunjukkan rahmat Allah SWT kepada hambanya yang memohon doa daripadanya, antaranya:
Maksudnya: (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. (Surah al-Nisa’: 32)
Maksudnya: (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini, mengatakan bahawa ayat ini turun selepas Rasulullah SAW berdoa kepada Allah untuk membantu tentera Islam ketika peperangan badar. Keresahan Rasulullah SAW tampak apabila Baginda melihat bilangan tentera musyrik berjumlah seribu orang, sementara tentera Islam hanya 315 orang sahaja. Selesai doa Baginda, lalu diturunkan ayat ini.
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Jelaslah berdasarkan ayat-ayat di atas, bahawa Allah SWT Maha kaya, lagi Maha luas rahmatnya. Tidak ada yang lebih layak untuk diminta pertolongan, rezeki atau memohon untuk diselamatkan melainkan daripada Allah SWT. Hal ini sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA:
Maksudnya: Apabila kamu meminta, maka minta kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripada Allah. Riwayat al-Tarmizi (2516)
Ads
Selain itu, dalam membahaskan persoalan ini, perlu untuk kita berhati-hati agar tidak menjadi orang yang melakukan perbuatan khurafat.
Sesungguhnya, Allah SWT Maha berkuasa dalam menentukan segalanya. Tidak ada yang mampu menjamin kebahagiaan atau dapat lari daripada kesengsaraan melainkan semuanya dengan kehedendak Allah SWT.
Maksudnya: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Yunus: 107)
Umat Islam juga hendaklah menjauhi semua amalan khurafat, yang menyatakan apabila meletakkan kunci di pagar atau tempat-tempat tertentu akan mengekalkan perhubungan dan cinta. Ini jelas seperti mana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A,
Maksudnya: “Al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.” Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)
Istilah tatayyur atau tiyarah berasal daripada perkataan al-tayr (الطير) iaitu bermakna burung. Dalam kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah, apabila mereka akan mengadakan perjalanan, mereka akan terlebih dahulu melepaskan burung. Sekiranya burung itu terbang ke kanan, maka ia dikenali sebagai sa’ih, mereka akan gembira dan perjalanan dibolehkan. Sebaliknya, jika ke kiri barih, ia bermakna sial dan mereka akan bersedih kerana ia memberi petanda musibah akan menimpa lantas mereka akan menangguhkan pemergian. (Lihat Miftah Dar al-Sa’adah, m. 584-585)
Begitulah juga, apabila seseorang meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas sesuatu yang sebenarnya tidak mampu memberi apa-apa jaminan untuk kebahagiaan.
KESIMPULANNYA
Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat bahawa Love Lock apabila diletakkan untuk tujuan mengharapkan jodoh, atau minta dikekalkan jodoh dengan mengunci mangga, adalah haram. Ini kerana kami berpendapat konsepnya hampir sama dengan al-Tiyarah yang mengharap dan meletakkan kepercayaan ke atas sesuatu perkara yang hakikatnya tidak dapat memberi manfaat. Selain itu, sudah jelas daripada dalil-dalil di atas bahawa untuk meminta sesuatu hanyalah kepada Allah SWT.
Semoga Allah memberi kita taufiq untuk memahami dan mempratikkan syariat Islam. Aamiin.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Bila orang minta tolong, jangan kata tak boleh atau menyusahkan.’ Usaha gembirakan hati orang, insyallah pahala ganjarannya. Tak percayalah lakukanlah, pasti ada berkat dan hikmah di setiap perbuatan baik yang kita lakukan.
Kadang-kadang timbul kurang senang bila ada orang minta bantuan kita apatah lagi diminta melakukan perkara-perkara yang kita tak suka dan membebankan. Tapi percayalah bila kita ikhlas membantu, Allah akan permudahkan.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Roslan ini.
Rasanya baru sahaja bersua muka dengan Penceramah Bebas ini untuk bertanya mengenai hukum Fiqah.
Malah selepas itu ada juga berhubungan melalui WhatsApp juga untuk tujuan sama.
Segala pertanyaan dijawab dengan baik dan tepat. Permintaan tidak pernah dihampakan begitu saja.
Siapa sangka itulah antara kenangan tidak dapat dilupakan kerana empunya diri Ustazah Shadiya telah meninggal dunia bertemu PenciptaNya awal pagi tadi di rumahnya.
Ternyata kehilangan beliau sangat dirasai semua. Melalui laman Instagram Fedtri Yahya ada muat naik perkongsian tentang pemergian Ustazah Shadiya yang memang dikenalinya sebelum ini.
Menurut Fedtri berita yang begitu duka apabila perginya sebutir bintang dalam dunia dakwah.
“Al Fatihah. Berita yang begitu duka. Perginya sebutir bintang dalam dunia dakwah… Ustazah Shadiya Abbas telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
“Semoga legasi ilmu yang ditinggalkan menjadi kebahagiaan yang tak terhingga damainya untuk dia di alam sana.
“Masih tak percaya dengan berita ini Orang yang sangat baik dan berilmu. Tenanglah di sana kekanda @shadiyaabbas
Dalam posting selepas itu, Fedtri turut muat naik perkongsian kisah di mana sebelum itu Ustazah Shadiya ada terlibat dengan satu kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya.
Dalam situasi itu, arwah yang lemah ketik itu masih tetap meminta agar auratnya terpelihara sekalipun tahu ketika itu saat darurat dan ada mudharat. Waktu itu Allah makbulkan doanya apabila auratnya sentiasa terpelihara.
“Imbasan peristiwa: Ketika kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya… Ustazah Shadiya yang lemah tidak meminta apa-apa kecuali satu –
“Auratnya terpelihara, sekalipun dia tahu ada darurat dan ada mudarat. Allah makbulkan doanya…
“Kini dia telah pergi buat selamanya. Dugaan athma. Anak-anak masih kecil. Semoga segala ilmunya membuka mata hati dan marilah nanti kita bantu anak-anaknya setelah segala urusan penting selesai. ..
“Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi buat Ustaz @mkazman
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FEDTRI YAHYA & USTAZAH SHADIYA ABBAS
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ruginya jika berada dalam bulan Ramadan ini tetapi tidak diisi dengan perkara bermanfaat.
Inilah peluang untuk kita mengumpul pahala berganda dengan melakukan pelbagai amalan ibadah.
Antara amalan lain yang boleh kita buat dalam bulan Ramadan ini yang paling mudah adalah berwuduk.
“Jangan sia-siakan Ramadan ini dengan tengok movie atau layan Korea Drama. Lebih baik kita fokuskan pada bulan Ramadan yang Allah anugerahkan.
“Jangan sia-saiakan dan antara amalan yang paling mudah adalah ambil wuduuk.
“Kalau ada masa free-free, dah tak boleh makan minum minum, biasa kita cuci tangan. Tetapi apa kata kita ambil air air sembahyang.
“Masuk dan arulah sambung buat kerja kita. Sesungguhnya Allah ampunkan dosa dan angkat darjat seseorang itu.
“Selain itu banyakkan berjalan kaki masjid, kalau ada surau di office kalau ada tempat solat jemaah, boleh join untuk sama-sama melakukan amalan berkenaan,” ujar Pendakwah Selebriti, PU Riz dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan & Azan Live.
KASHOORGA: Jangan lupa ikuti secara Eksklusif Ramadan Kashoorga Tazkirah & Azan LIVE di platform Digital Facebook setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...