Dalam fiqh Islam terdapat satu bab yang dinamakan ( نَظَرُ الرَّجُل إِلَى الْمَرْأَةِ عَنْ طَرِيقِ الْمَاءِ وَالْمِرْآةِ ) iaitu hukum seseorang lelaki melihat wanita melalui pantulan dalam atau cermin.
Dalam bab ini Imam Ar-Ramli ketika mensyarahkan pendapat Imam Nawawi dalam Al-Minhaj menyebut: diharamkan seorang lelaki yang baligh daripada melihat aurat wanita ajnabi yang merdeka tapi tidak haram jika aurat itu sekadar imej, gambar atau pantulan (mithal).
Maka tidak diharamkan melihat aurat melalui cermin sebagaimana yang difatwakan oleh sekumpulan ulama’ kerana ia tidak dikira melihat aurat secara langsung / terus. Namun, keharusan ini terpakai selagimana ia tidak menimbulkan fitnah. (Nihayatul Muhtaj, 6/187. Juga disebut oleh Syeikh Abu Bakr ad-Dimyathi dalam I’anatu at-Thalibin, 3/301. Rujuk juga Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyah, 40/353-354 )
Dalam hal ini, gambar samada yang bercetak atau dalam bentuk digital boleh diqiyaskan hukumnya kepada gambaran suatu objek yang terpantul pada cermin atau air. Maka hukum melihat kepada gambar yang tidak menutup aurat adalah harus jika ada keperluan dan tidak mendatangkan fitnah seperti menimbulkan syahwat. Maka memuat naik gambar tidak menutup aurat di media sosial atau dalam bentuk cetakan adalah harus jika ada keperluan dan tidak mendatangkan fitnah.
Ini turut disokong oleh qa’idah fiqhiyyah iaitu:
Ads
إِذا ضَاقَ الْأَمر اتَّسَع
Maksudnya: Sesuatu perkara itu apabila ia menjadi sempit, maka ia diperluaskan.
الْحَاجة تنزل منزلَة الضَّرُورَة
Ads
Maksudnya: Sesuatu hajat atau keperluan itu diraikan setakat yang diperlukan.
Dalam hal ini, mengharamkan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat serta melihatnya secara mutlak akan menyebabkan kesusahan dan kesempitan apabila ada keperluan seperti wartawan yang ingin melaporkan lawatan pemimpin wanita non-Muslim ke Malaysia, laporan program keilmuan yang melibatkan wanita tidak bertudung dan sebagainya.
Dalam hal-hal tertentu, terdapat keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti yang disebutkan di atas, maka keperluan tersebut perlu diraikan sekadar yang diperlukan.
Ads
Hukum asal memuat naik gambar sendiri yang mendedahkan aurat untuk tatapan umum di media sosial adalah HARAM kerana ia akan menyebabkan auratnya turut dilihat oleh bukan mahramnya. Walau bagaimanapun hukum seseorang memuat naik gambar wanita Muslimah yang memang tidak menutup aurat secara sempurna dalam kehidupan seharian atau wanita non-Muslim adalah HARUS jika atas keperluan tertentu yang bukan bertujuan ingin mendedahkan auratnya. Termasuk dalam keharusan ini bagi para wartawan akhbar yang melaporkan berita namun termasuk di dalamnya gambar-gambar yang tidak menutup aurat.
Contoh keperluan yang perlu diraikan ialah memuat naik gambar-gambar rasmi melibatkan urusan kerajaan, syarikat perniagaan atau gambar kenang-kenangan sewaktu program keilmuan. Disyaratkan juga gambar itu masih lagi bersifat sopan dan menepati neraca ketatasusilaan, tidak terlalu mendedahkan dan menghairahkan. Malah adalah lebih baik jika bahagian- bahagian tersebut dikaburkan bagi mengelakkan ia dilihat.
Selain itu sikap warak dan berhati-hati hendaklah diutamakan. Apabila dibimbangi dengan kadar ghalabah az-zhangambar yang dimuatnaik tersebut mampu menimbulkan fitnah, maka ia diharamkan berdasarkan kaedah Sadd Zari’ah, iaitu mencegah perkara-perkara harus yang boleh membawa kepada yang haram.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kaum wanita sememangnya cukup istimewa. Islam memandang wanita memiliki banyak keistimewaan. Di dalam Al-Quran telah banyak memberitahukan kepada kita semua tentang kedudukan wanita. Bahkan dalam satu Surah di dalam Al-Quran mengandungi nama wanita iaitu Surah An-Nisa.
Rasulullah SAW ketika ditanya siapa orang yang paling berhak untuk dihormati dan didahulukan, beliau menjawab “ibumu! ibumu! ibumu! kemudian ayahmu“. Subhanallah, begitu mulianya seorang wanita di dalam pandangan Islam.
Seperti catatan Firdaus Mokhtar tentang pesanan buat kamu hawa agar mereka tidak terlepas pandang.
Pagi ini ada pesan untuk kaum Hawa. Iya, buat semua yang bergelar perempuan.
1. Perempuan yang tidak bertudung bukanlah jahat. Ada juga yang bertudung tapi perangai ya ampun ngeri. Namun begitu Rasulullah dah pesan kalau tak bertudung akan di seksa di akhirat nanti.
2. Perempuan jika ada simpan perasaan ke lelaki tak solat, elok nasihatkan dia utamakan solat dulu. Kalau tidak mahu juga, kau carilah lain. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke syurga. Kalau diri sendiri pun tak mampu nak bawa, apatah lagi diri orang lain ye dak?
3. Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
4. Seorang yang solehah itu punya sifat malu yang sangat tinggi. Maka dia tidak akan memalukan diri sendiri. Tik tok untuk challenge itu ini tanda sifat malu telah lebur.
5. Perempuan yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga. Maka usaha itu kita hargailah.
6. Isteri yang solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Di rumah terutamanya dia sangat berhias. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri di syurga nanti.
7. Isteri yang bersalaman dengan suaminya akan berguguranlah dosanya. Maka selalulah bersalaman dengan suami ya. Santunilah suami elok-elok.
8. Yang ini kena selalu hati-hati. Isteri yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga. Allahu. Maka usah minta yang bukan-bukan.
Begitulah. Moga baik-baik saja.
Sumber kredit: FB: Firdaus Mokhtar,
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Al-Quran bukan hanya sekadar sebuah kitab suci, tetapi juga petunjuk hidup manusia dalam kehidupan ini. Di dalamnya terdapat hikmah-hikmah yang sangat luar biasa untuk solusi permasalahan kita.
Kehebatan Al-Quran juga mampu memberikan kebaikan bagi mereka yang rutin membacanya. Luar biasanya, orang yang berusaha membaca Al-Quran mendapat dua kebaikan, iaitu pahala membaca dan pahala usahanya dalam membaca Al-Quran.
Al-Quran merangkumi semua aspek kehidupan. Ikuti perkongsian Azlia Ajid hikmah membaca Al-Quran dengan memahami sekali maksudnya.
Sungguh saya rasa umpama Allah menjawab dengan jelas doa saya. Sungguh saya rasa sebak sekali. Umur 32 tahun ini banyak sekali perkara yang meruntun jiwa saya. Ya Allah. Syukur. Banyak rahmat dan rezekiMu yang tidak disangka hadir.
Ini bukan kali pertama saya mendapat jawapan tepat tentang persoalan-persoalan saya mengenai kehidupan dalam Al-Quran.
Banyak kali sangat ia berlaku dan saya yakin memang bukan kebetulan. Saya sedar dengan jelas mengapa amat digalakkan mengaji dan membaca terjemahan sebaiknya setiap hari.
TEMUI JAWAPAN
Saya dah rasa banyak nikmat dan kekuatan luar biasa hadir bila mendapat jawapan begini. Ada ketika saat saya sedih, buntu, terjemahan Al-Quran yang saya baca seolah memujuk saya. Ia umpama Allah memberi ketenangan pada saya melalui ayat suciNya. Subhanallah.
Antara yang paling dekat situasi seperti ini berlaku ialah minggu ini. Tempoh hari, sesudah saya selesai bacaan saya pada muka surat 283 dan 284 , Surah Al-Isra’, saya membaca terjemahan.
Alangkah syahdunya hati saya membaca Ayat 18 hingga 21 surah tersebut di mana ia menyentuh tentang hambaNya yang memilih mengejar dunia atau mengejar akhirat dan mendapat kebaikan dunia sebagai bonus.
Selalunya saya hanya membacanya di dalam buku mahupun mendengar ceramah dan kata-kata hikmah. Tapi ini, saat saya benar-benar nak berusaha mengejar akhirat, ayat ini saya temui. Ayat ini saya baca.
Ia di dalam Al-Quran dan ia jelas dan nyata. Jadi apa lagi petunjuk yang saya cari? Kejarlah akhirat dulu wahai diri yang kerdil, dunia akan datang padamu. Allahuakbar.
KOMPAS KEHIDUPAN
Ya, sahabat. Yakinlah. Segala jawapan persoalan kehidupan ini ada dalam Al-Quran. Salah satu kompas hidup ini adalah Al-Quran.
Bacalah biar satu muka sehari. Mulakanlah hari ini. Kalian akan rasakan nikmat dunia luar biasa mula hadir dalam hidup. Kalian akan rasai ketenangan paling agung kalian pernah rasa. Kalian akan jumpa kunci kebahagiaan kalian. Kalian akan mula lihat rezeki mengalir sederas air terjun Niagara.
Umat Islam yang ingin mengucapkan “Merry Christmas” kepada mereka yang beragama Kristian seringkali menimbulkan polemik dan salah faham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri.
Berikut pencerahan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan.
Melihat kepada situasi semasa di Malaysia, kami berpendapat ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah diharuskan. Ini kerana,
Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maidah: 8)
Hak minoriti bukan Muslim. Ini kerana hak-hak golongan minoriti yang bukan Muslim juga perlu diraikan lebih-lebih lagi apabila mereka mengambil hak kewarganegaraan (muwatanah). Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fi Fiqh al-Awlawiyyat ada menekankan tentang keperluan meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh minoriti bukan Muslim.
Perlu membezakan antara penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Syeikh Abdullah bin Mahfudh Ibn Bayyah menyatakan bahawa perlu ada perbezaan antara memahami istilah penyerupaan (tasyabbuh) dan persamaan (musyabahah). Menurut beliau, bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Ia menjadi haram jika menyamai mereka dengan niat (tashabbuh) bukannya semata-mata dengan wujudnya persamaan (musyabahah
Oleh itu kesimpulannya umat Islam dibenarkan untuk mengucapkan ‘Merry Christmas.’ Perkara ini dibenarkan kerana ia disifatkan ungkapan tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka.
“Umat Islam boleh mengucapkan kepada orang Kristian (Merry Christmas), dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya. Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan. Hiduplah dengan harmoni bersama orang-orang beragama lain,” katanya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau memetik Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang menyimpulkan bahawa mengirim salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada orang bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...