Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang ini diperjelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49).
Namun sebelum membina alam rumahtangga, sudah pasti ibu bapa berperanan menasihati pasangan termasuk memberi pendapat mengenai calon yang akan berpacaran dengan anak mereka.
Ini termasuklah bertemu orang alim untuk meminta pendapat sebelum sesuatu hubungan diputuskan sesuai atau tidak kerana tiada ibu bapa yang mahu melihat anak merana dalam perkahwinan.
Bolehkah meminta nasihat dari alim ulama berdasarkan gambar, tarikh lahir, nama ibu bapa dan sebagainya dan apakah hukumnya. Mufti Negeri Sembilan memberikan penjelasan berkaitan isu ini.
Soalan:-
Saya ingin mendapatkan pencerahan berkaitan firasat. Saya dan pasangan ingin mendirikan rumah tangga, namun telah mendapat tentangn keras dari ibu pasangan, ibunya adalah pengikut tarikat dan menurutnya, beliau telah berjanji taat dan akur dengan nasihat guru mursyid beliau dan antara nasihat guru ialah tidak membenarkan kami berkahwin.
Ads
Menurut guru, berdasarkan firasat beliau dan melalui gambar, nama saya, nama kedua ibu bapa & tarikh lahir, kami dipercayai tidak bersesuaian dan akan membawa kepada penceraian jika kami masih meneruskan hajat kami.
Saya seorang muslim, menutup aurat, berkerjaya, dari keluarga yang baik dan sepanjang proses berkenalan, kami percaya yang kami melengkapi antara satu sama lain. Sedangkan agama sudah menggariskan panduan dalam memilih jodoh akan tetapi mengapa masih wujud golongan yang masih meminta minta firasat dari orang yang dianggap “mursyid’ dan menyukarkan lagi urusan mendirikan masjid untuk kami.
Saya berharap Dr/Ustaz dapat membantu saya mendapatkan jawapan bagi kekeliruan saya ini. Saya yakin firasat dari orang orang alim itu wujud, tapi perlukah ia sampai ke tahap menghalang sebuah pernikahan? Saya juga mohon nasihat dari Dr jika kami masih mahu mendirikan rumah tangga. Bagaimana kami perlu menghadapi ketaksuban si ibu kepada guru & bagaimana kami boleh menjelaskan kepada guru beliau agar guru membenarkan kami meneruskan hajat kami.
Jawapan:-
Ads
Di dalam Islam, setiap perkataan adalah boleh diterima dan boleh juga diterima melainkan Sabda Baginda SAW. Imam Malik bin Anas (mazhab Maliki/guru imam As-Syafie) pernah mengatakan
“Tiap-tiap orang boleh diambil perkataannya dan ditolak melainkan perkataan yang mempunyai kubur ini (sambil beliau menunjuk ke arah makam Nabi SAW).”
Di dalam Islam, sunnah memilih wanita adalah berdasarkan Sabda Nabi SAW Rasulullah SAW bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat faktor iaitu agama keturunan, harta dan kecantikannya. Pilihlah wanita yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang rugi” (HR Bukhari dan Muslim).
Seseorang guru mursyid mestilah menurut Sunnah Rasulullah dalam mengeluarkan pendapat atau pandangan lebih-lebih lagi apabila melibatkan masa depan seseorang iaitu perkahwinan.
Ads
Firasat orang beriman disebut al-Mutawasimin seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis. Firman Allah SWT :-
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لاءَايَٰتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. Surah al-Hijr ayat 75
Abū al-Fidāʾ Ismāʿ īl ibn ʿ Umar ibn Kathīr (1303-1373) dalam kitabnya Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓ īm menyebutkan bahawa makna al-Mutawasimīn sebagaimana yang dinukilkan daripada Mujāhid ialah al-mutafarrisīn (orang-orang yang memiliki firasat).
Sebahagian penduduk Madinah pula memahami makna al-Mutawasimīn dengan al-Muta’ammilīn (orang yang memperhatikan). Daripada Anas ibn Mālik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda (Ibn Kathīr 2002, 4: 543):
“اتقوا فراسة المؤمن؛ فإنه ينظر بنور الله”، ثم قرأ: {إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ}
Maksudnya:-
Sesungguhnya Allah SWT itu memiliki hamba-hamba yang mengetahui manusia melalui firasat. Hamba-hamba yang dimaksudkan di sini ialah orang soleh yang mana di dalam hatinya tidak pernah kosong dari mengingati Allah SWT dan terhindar dari perkara-perkara yang boleh menjerumuskan ke arah kemaksiatan kepada Tuhannya.
Oleh itu sebarang saranan atau firasat dari org mu’min mestilah menepati syarat yang utama iaitu ia seorang yang bertaqwa dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hujan merupakan sebahagian dari rahmat Allah S.W.T yang diturunkan kepada para hamba-Nya. Terdapat beberapa petunjuk dari Rasulullah S.A.W yang diajarkan kepada umat baginda apabila turunnya hujan.
Antaranya seperti yang diriwayatkan oleh Umm Al-Mu’minin ‘Aisyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W apabila hujan turun baginda membaca :
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia sebagai hujan yang bermanfaat. Riwayat Al-Nasa’ie (1523)
Manakala apabila hujan telah selesai turun, kita disunatkan untuk membaca :
مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
Maksudnya : Kami telah diturunkan hujan dengan kelebihan dan rahmat dari Allah.
Bagaimana pula dengan doa tolak hujan?
Meski hujan adalah rahmat daripada Allah, namun sekiranya ia turun dengan lebat hingga memudaratkan maka kita dibolehkan untuk berdoa menolak hujan.
Ini mengambil kira jika hujan tersebut turun dalam keadaan lebat serta berterusan dalam tempoh masa yang panjang. Yang membawa kepada implikasi rosaknya tumbuh-tumbuhan dan tanaman, jalanan menjadi banjir, serta membawa kesulitan atau kemudharatan kepada orang ramai.
Bagaimanapun, upacara tolak hujan seperti dengan cara melakukan ritual tertentu antaranya dengan memacakkan penyapu dan menghalakan ia ke langit, atau mencampakkan pakaian pengantin ke atas atap, dan selainnya, maka kesemuanya ini adalah amalan khurafat yang HARAM hukumnya lagi bercanggahan dengan ajaran Islam. Justeru, perkara tersebut hendaklah dijauhi.
Selepas menziarahi kematian sering kali orang tua akan berpesan supaya kita mandi dan membersihkan diri. Salah satu sebabnya supaya tidak terkena badi mayat yang boleh membuatkan seseorang itu sakit atau pun teringat-ingat akan si mati.
Meskipun masih dipercayai hingga sekarang tapi dalam Islam adakah wujud ‘badi mayat’ ini. Soalan yang sama turut dikemukakan oleh seorang netizen yang kemudiannya mendapat pencerahan dari Mufti Selangor.
Saya terbaca hadis riwayat Imam Ahmad, bersanad dari Abu Hurairah r.a. tentang galakan mandi selepas memandikan jenazah. Hadis ini dinyatakan status sebagai hasan. Soalan saya, adakah ini menjadi dalil kepada kepercayaan badi mayat? Adakah badi mayat wujud? Jika tidak, adakah badi mayat dikira sebagai khurafat, dan apa dalil yang menentangnya? Sekian terima kasih, wallahu’alam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hadis tersebut tiada kaitannya dengan kepercayaan badi mayat. Ianya hanya anjuran Nabi SAW untuk membersihkan tubuh badan setelah menguruskan jenazah.
Hukum mandi tersebut adalah sunat. Ada pun badi mayat adalah kepercayaan karut masyarakat Melayu dahulu kala. Namun telah dikikis sedikit demi sedikit dengan datangnya agama Islam yang membawa manusia daripada jahil kepada manusia yang berilmu.
Walaupun al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang khurafat, namun sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT, mestilah percaya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi nikmat mahupun bala.
Berdasarkan kepada firman Allah SWT; Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. (at-Taubah : 51)
‘Suami liat nak solat.’ Isteri kena tegur walaupun kena maki, jangan putus asa, malah semakin kerap tegur hingga suami berubah dan terbuka hati.
Sememangnya setiap dari kita mengidamkan pasangan yang alim serta menjaga amal, ibadat terutamanya bab solat kerana solat itu adalah tiang agama. Jika solat pun tidak, bagaimana ibadat-ibadat yang lain, pasti diambil ringan juga. Masyallah, minta dijauhkan.
Ikuti perkongsian Ustaz NoorHafiz menerusi video TikToknya, semoga perkongsian ini dapat memberi sinar kepada mereka yang berdepan konflik begini.
Ramai yang mengadu keluarga yang mereka sayangi tidak mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Ada di kalangan mereka yang menyatakan isteri mereka tidak mendirikan solat. Malah ada di kalangan mereka yang mengatakan anak-anak mereka tidak solat.
Isteri Kena Tegur
Tak ketinggalan, ada juga di kalangan mereka yang menyedihkan apabila suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga tidak melaksanakan solat yang sepatutnya. Sepatutnya suami yakni ketua keluara membimbin g keluarga.
Namun sebaliknya pula yang berlaku, isteri dan anak-anak solat tapi ketua keluarga mereka yang tak mendirikan solat. Apa yang perlu kita lakukan, sekiranya kita berada di tempat atau posisi keadaan ini.
Walaupun Kena Maki
Pertama, kita jangan putus asa, sentiasalah kita menyeru ahli keluarga tersebut untuk mendirikan solat. Ajaklah mereka walaupun mereka tak solat, sentiasa ajak mereka secara berhikmah.
Manakala yang kedua, jangan kita putus asa untuk mendoakan kepada mereka. Moga-moga dengan asbab kita lakukan dua perkara ini, satu hari nanti, mereka akan dapat bersama-sama kita mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Dalam masa yang sama, saya turut mendoakan yang berada dalam situasi atau masalah ini, moga-moga Allah SWT memberi hidayah kepada ahli keluarga kita dan dapatlah kita bersama-sama mendirikan solat dan seterusnya kita dan mereka bahagia, gembira bukan saja di dunia tapi di akhirat sana juga.
Ternyata masalah ini turut di hadapi oleh beberapa warganet, mereka meluahkan rasa apabila usaha mereka menegur suami atau pasangan untuk mendirikan solat masih belum menunjukkan hasil. Ini luahan mereka
Closed
Betul….rasa sedih. Nak tegur, tapi kena maki.
Noni
Saya sudah putus asa, katanya hati belum terbuka..
Azlina6218
Berdoa agar semua ahli keluarga mendirikan solat dan tidak meninggalkan solat.
Emalia83
Saya pun tak berputus asa ustaz… Menegur anak dan suami, tapi memang rasa sedih kalau cakap kita pun anak tak dengar.
Kashoorga Semoga mereka yang berdepan dengan situasi ini terus bersabar dan tak putus asa menasihati pasangan dan anak-anak.
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...