Pelbagai usaha mencari jodoh dilakukan oleh mereka yang masih belum temui pasangan hidup. Salah satu usaha yang agak popular kini ialah ‘mempromosi’ diri di laman web mencari jodoh.

Kemajuan teknologi hari ini memungkinkan proses mencari jodoh lebih mudah. Tidak salah mencuba asalkan kita tahu apa limitasi yang perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan fitnah kelak.

Bagaimanapun, ada baiknya kita dapatkan ulasan lanjut pihak Mufti Wilayah Persekutuan dalam hal ini.

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin tahu apakah hukum jika kita memuat naik gambar di page mencari jodoh. Kebiasaannya, gambar yang dimuat naik tersebut ada unsur tabarruj yang boleh timbulkan fitnah.

Jawapan

Jodoh dan Perkahwinan

Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan, bertujuan saling berkenalan antara satu sama lain. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.

Hukum Muat Naik Gambar Di Portal Cari Jodoh

Hukum Melihat Ajnabi
Pada asalnya hukum seseorang itu melihat perempuan atau lelaki yang ajnabi (bukan Mahram) adalah diharamkan dengan tanpa tujuan dan keperluan. Ini seperti mana firman Allah SWT:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ﴿٣٠ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.

IKLAN

Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. (Surah al-Nur: 30-31)

Artikel berkaitan:Allah Beri Jodoh Yang Kita & Perlu&, Bukan Yang Kita &Mahu. Hanya Dia Tahu Mana Yang Terbaik!

Artikel berkaitan:Suka Atau Tidak Pengantin Baharu Akan Lalui 7 Fasa Perkahwinan Penuh Pancaroba Ini

Dr. Wahbah Zuhaili dalam tafsirnya menyatakan bahawa menjaga pandangan dan kemaluan merupakan satu kehormatan dan kemuliaan. Firman Allah SWT menjelaskan hukum melihat dan menutup aurat. Ianya bertujuan untuk menutup pintu kerosakan dan mencegah daripada terjadinya sesuatu perkara yang haram.

IKLAN

Namun di dalam hal yang lain, dibenarkan untuk melihat kepada ajnabi sekiranya bertujuan untuk meminanginya. Ini seperti mana yang diceritakan daripada Abu Humayd al-Sa’idi RA, Sabda Nabi SAW:

إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ مِنْهَا، إِذَا كَانَ إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَيْهَا لِخِطْبَتِهِ، وَإِنْ كَانَتْ لاَ تَعْلَمُ
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seorang perempuan, tidaklah salah melihatnya dahulu, jika tujuan melihat itu untuk meminang walaupun tidak diketahui oleh perempuan.” Riwayat Ahmad (5/424)

Dan perkara ini digalakkan di dalam Islam namun terdapat batasan dan had pandangan yang ditetapkan syara’. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa tidak diharuskan seseorang yang ingin bertunang melihat pasangannya melainkan pada muka dan kedua tapak tangannya.

Ini kerana kedua-dunya itu adalah perhiasan wanita yang dibolehkan syara’ untuk melihatnya. Bahkan dibolehkan berulang kali melihat pasangan yang hendak ditunanginya sekiranya untuk memastikan keadaan dan situasinya agar tidak menyesal selepas menikahinya.

Hukum Muat Naik Gambar Di Portal Cari Jodoh

IKLAN
Tabarruj (Berlebihan dalam berhias)

Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’ dalam pembahagian hukum berkenaan tabarrjuj apa yang digariskan di dalam al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah menyatakan:

Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja”.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa penggunaan laman sesawang mencari jodoh pada asalnya adalah diharuskan. Ini berdasarkan kaedah feqah:
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Maksudnya: Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamnya. Oleh itu, tujuan pembinaan laman sesawang itu diharuskan sekiranya matlamatnya adalah untuk kebaikan dan haram hukumnya sekiranya bertujuan untuk kemaksiatan.

Maka hal berkenaan laman sesawang mencari jodoh, hukum asalnya adalah diharuskan, namun sekiranya penggunaannya atau pembinaannya bertujuan untuk kemaksiatan dan melakukan perkara yang diharamkan, maka hukumnnya adalah diharamkan.

Begitu juga haram hukumnya, sekiranya memuat naik gambar tabarruj dan menonjolkan perhiasan yang berlebihan sehingga menimbulkan syahwat dan fitnah kepada yang melihatnya.

Sebaiknya pihak admin laman sesawang menetapkan garis panduan yang sepatutnya seperti gambar yang menutup aurat, menjaga privasi pengguna, menjaga batas syariat pergaulan di antara berlainan jantina dan sebagainya.

Semoga dengan pencerahan dan penjelasan ini memberikan kita ilmu dan kefahaman yang jelas tentang agama dan permasalahannya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI