Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk memerangi COVID-19.
Dalam pengumuman sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan PERMAI ditunjangi tiga matlamat iaitu memerangi COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh tentang hukum menerima suntikan vaksin yang mungkin menjadi kebimbangan bagi masyarakat, sama ada mahu mengambil suntikan tersebut atau tidak.
Katanya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengenai pengambilan suntikan ini, Jawatankuasa Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan. Menentukan kemashalatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam persektif syarak.
Dengan ini seramai 27 juta rakyat akan menerima suntikan vaksin ini seawal bulan Mac 2021 selepas vaksin tiba di ibu negara pada penghujung Februari nanti.
Sementara itu dalam satu laporan Berita Harian pada 3 Disember lalu, Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu dan sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR).
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini, meminta seluruh rakyat, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin.
"Selaras pendirian kerajaan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib bagi golongan bersasar.
Ads
"Ketetapan ini juga sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja. Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin," katanya.
Ketetapan itu juga, katanya, selaras pendirian kerajaan seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Disember lalu yang berusaha untuk meningkatkan pembelian vaksin COVID-19 agar boleh menampung keperluan imunisasi sehingga 70 peratus rakyat kita.
Perdana Menteri juga, katanya, memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Zulkifli menegaskan, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.
Ads
"Kaedah pencegahan melalui vaksinisasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari 1988 hingga 2013," katanya.
Enam keputusan itu, katanya, adalah Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) pada 1988; Imunisasi Hepatitis B (1988); Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio (1989).
Selain itu, Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis pada 2002 dan dipinda keputusannya pada 2014, Vaksin Human Papilloma Virus (2010) dan Vaksin Meningitis Menveo (2013).
"Di peringkat antarabangsa, institusi fatwa dunia memfatwakan harus penggunaan vaksin, antaranya institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif menerusi Hai'ah Kibar 'Ulama al-Azhar dan Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib.
"Selain itu, Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang dipengerusikan Syeikh Abdullah Ben Bayyah dan Majma' Fuqaha' al-Shari'ah di Amerika Syarikat yang dianggotai Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaily," katanya.
Ads
Justeru, beliau menegaskan, dalam isu pengambilan vaksin COVID-19, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk membuat keputusan yang paling mendatangkan faedah atau maslahah kepada seluruhan rakyat.
"Keputusan itu setelah menimbangtara faktor yang pelbagai dan mendapatkan pandangan pihak berkepakaran serta berautoriti," katanya.
Malaysia sebelum ini memeterai perjanjian dengan fasiliti COVAX dan Pfizer untuk memperoleh vaksin COVID-19 dan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca juga untuk tujuan sama.
Hujung bulan lalu, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim dilaporkan berkata, keutamaan vaksinisasi COVID-19 di Malaysia adalah petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan anggota keselamatan, selain golongan berisiko seperti warga emas.
Katanya lagi, kerajaan menyasarkan 70 peratus rakyat Malaysia akan menerima vaksin percuma seawal suku pertama tahun depan.
Beliau juga dipetik berkata, sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat perlu diberi vaksin bagi mencapai imuniti kelompok, yang bermaksud baki 30 peratus rakyat turut terlindung jika 70 peratus rakyat mempunyai perlindungan vaksin COVID-19.
Jumlah 30 peratus yang tidak akan diberi vaksin, kata Ahmad Amzad, adalah kanak-kanak, remaja berusia 18 tahun ke bawah dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun yang tidak sesuai menerima vaksin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Terdapat pelbagai cabang untuk kita memperoleh rezeki berganda. Salah satunya adalah dengan menyempurnakan solat Dhuha.
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat.
Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:
1. Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.
Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
2. Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).
Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.
Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
Doa orang yang teraniaya
Doa selepas solat 5 waktu
Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
Doa waktu solat dhuha
Doa diwaktu berjemaah
Doa seorang ibu
Doa ketika sedang sujud
Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah.
Ramai yang bimbang dengan penularan wabak virus COVID-19. Malah ada yang menganggap ini adalah salah satu tanda hari kiamat.
Adakah benar ini adalah salah satu pentanda yang Allah beri pada kita bahawa hari pembalasan itu sudah sampai waktunya.
Biarpun masih menjadi tanda tanya, namun sebagai umat Islam kita digalakkan untuk ambil tahu kerana salah satu tanda hari kiamat itu adalah tersebarnya wabak penyakit berjangkit.
Adakah Wabak Covid 19 Merupakan Tanda Hari Qiamat?
Jawaban Covid 19 berkemungkinan adalah antara tanda2 Qiamat kerana sememangnya ada ramalan Nabi saw bahawa antara tanda2 akhir zaman adalah tersebarnya wabak penyakit yg bejangkit.
“Tidak zahir dosa kekejian sesebuah kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan akan merebak ke atas mereka penyakit taun & kemelaratan. Ia sama sekali belum pernah menimpa generasi terdahulu dari mereka” – hr Ibnu Majah.
Perkataan ‘taun’ di dalam Bahasa Arab merujuk kepada apa-apa wabak penyakit yang merebak dengan pantas
Adapun adakah Covid 19 merupakan tanda kiamat akan berlaku kita katakan wallahu a’lam.
Kiamat pastikan akan berlaku, sooner or later cuma bila ia sebenarnya akan berlaku tiada siapa yg mengetahui melainkan hanya Allah swt.
Namun terserah kepada masing2, jika kita tidak yakin bahawa Covid 19 adalah tanda akan berlakunya kiamat, kita boleh terus dengan sikap endah tak endah kita, teruskan sikap malas2an, boleh teruskan banyak tidur kita, boleh teruskan dengan kelalaian kita dan boleh teruskan dengan perbuatan dosa dan mungkar kita.
Gambar sekadar hiasan.
Teruskan dengan Club Dondang Sayang kita!
Jika kita yakin berkemungkinan Covid 19 adalah tanda kiamat akan menjelang maka segera perbanyak Istighfar, bertaubat, kuatkan Iman kita, tambah amalan2 solih kita dan tinggalkan perbuatan2 mungkar dan dosa.
Kerana memang benar dan tersangatlah benar hanya Iman dan Amal dapat menyelamatkan kita dari segala bencana Akhir Zaman.
Kiamat hanya akan terjadi pada manusia yang paling jelek. Mereka lebih jelek dibandingkan orang jahiliyah. Setiap doa yang mereka panjatkan, pasti Allah tolak doanya. (HR. Muslim dan Ibnu Hibban ).
To Be or Not To Be……. To believe or not to believe…… It is your choice
As for me, I don’t want to take chances Be prepared is much much better than not prepared.
Gambar sekadar hiasan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Soalan: Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi k4fir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa.
Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT.
Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan. Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa muda-muda dulu
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai waktu Allah, qadha waktu kita
Dari ‘Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah
Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Subuh
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Zuhur
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Asar
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dos4-dos4nya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...