Perkembangan teknologi melahirkan ramai guru make-up atau tutor online yang mengajar cara-cara nak bersolek.
Tentunya dalam keghairahan itu, ada perkara yang melibatkan hukum agama kita terlepas pandang. Niat untuk beri ilmu bertukar menjadi dosa pula, boleh jadi haru. Kita baca persoalan hukum tutorial solekan wajah di media sosial oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini.
SOALAN
Saya mempunyai kemusykilan dan tercari-cari jawapan. Saya merupakan perniaga produk kosmetik dan alat kosmetik. Persoalannya, bolehkah saya berniaga secara langsung atas talian (online) dengan mempamerkan tutorial penjagaan wajah wanita mahupun solekan wajah wanita, lebih-lebih lagi perniagaan pada musim wabak Covid-19.
Adakah dikira mendedahkan aurat walaupun muka sahaja dan bertudung. Apakah tatacara yang boleh dicontohi perniaga kosmetik seperti saya? ataupun lebih baik saya tinggalkan perniagaan tersebut. Diharap Tuan dan ahli pasukan dapat membantu. Terima kasih
JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat
Realiti terkini, peniaga produk kosmetik dan alat solek menggunakan rangkaian media sosial sebagai wasilah untuk mempromosikan produk mereka.
Peniaga kosmetik mempamerkan video tutorial solekan mahupun tutorial penjagaan wajah secara langsung bagi tatapan umum pada ruangan Faceook Live mahupun Instagram Live dengan tujuan memasarkan produk mereka.
Persoalanya, bolehkah mempamerkan model wajah wanita bagi tatapan umum walaupun bertudung? Pada asasnya wajah wanita bukan aurat kerana termasuk anggota zahir yang boleh didedahkan namun solekan pada wajah -wanita hanya pada kadar yang tidak melampaui batas agar terhindar daripada fitnah. Hal tersebut berdasarkan dalil yang ditetapkan syarak seperti berikut:
Ads
Firman Allah SWT وَقُللِّلْمُؤْمِنَاتِيَغْضُضْنَمِنْأَبْصَارِهِنَّوَيَحْفَظْنَفُرُوجَهُنَّوَلَايُبْدِينَزِينَتَهُنَّإِلَّامَاظَهَرَمِنْهَا Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memeliharakehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Surah al-Nur: (31)
Ayat tersebut menerangkan kewajipan kaum wanita menyembunyikan perhiasannya melainkan apa yang zahir. Maksud perhiasan merujuk kepada dua jenis iaitu pakaian yang menutup tubuh badan dan alat perhiasan.
(Lihat: Tafsir al-Kabir (23/363). Sementara, makna ayat “kecuali apa yang zahir” ialah muka dan dua tapak tangan (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azim (6/42). Oleh itu, batasan aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
Sayyid Qutb dalam mentafsirkan ayat tersebut menyatakan: “Hiasan kecantikan adalah halal bagi wanita kerana menepati fitrah semulajadi mereka. Islam tidak menentang keinginan fitrah wanita namun perlu dikawal dengan garis panduan (dawabit) yang ditetapkan”(Lihat Tafsir fi Zilal al-Quran (4/2512).
Wanita tidak dibenarkan tabarruj iaitu berlebih-lebihan dalam berhias untuk mempamerkan perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki.
Ads
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: وَقَرْنَفِيبُيُوتِكُنَّوَلَاتَبَرَّجْنَتَبَرُّجَالْجَاهِلِيَّةِالْأُولَى Maksudnya:“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.”Surah al-Ahzab (33)
Sehubungan itu, cara mempromosikan produk kosmetik dengan mempamerkan tutorial wanita yang disolek secara berlebihan adalah bertentangan syarak selain dibimbangi boleh menimbulkan fitnah kerana tertumpu kepada kecantikan wajahnya.
Bahkan, kaum wanita perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah dan menutup pintu yang membawa kerosakan (sadd al-zara’i).
Ini berdasarkan kaedah berikut: اتَّقُوامَواضِعِالتُّهَمِ Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.
Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA,مَنْسَلَكَمَسَالِكَالتُّهَمِاتُّهِمَ Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah. Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang.
Ads
Syor dan Cadangan
Pelbagai jenis produk kosmetik yang dijual di pasaran yang merangkumi produk penjagaan kulit skincare mahupun produk kosmetik untuk solekan wajah. Penggunaan produk kosmetik bagi menzahirkan impresi lebih sihat selain bertujuan melengkapkan penampilan zahir yang boleh diklasifikasikan sebagai tahsiniyyah (pelengkap)
Namun pengggunaan produk kosmetik tidak boleh keterlaluan sehingga boleh menarik perhatian ajnabi.
Lantaran itu, kami akan mengesyorkan beberapa tatacara mempromosikan produk kosmetik seperti berikut:
Wujudkan Pautan Telegram
Kami mencadangkan agar para peniaga produk kosmetik solekan wajah “make-up” untuk menyediakan pautan kumpulan telegram (group telegram) yang khusus disertai oleh kaum wanita sahaja sekaligus mempamerkan tutorial “make-up” wajah daripada model wanita.
Hal ini kerana produk kosmetik solekan sememangnya khusus digunakan oleh kaum wanita untuk tujuan perhiasan diri. Usaha mempromosikan produk kosmetik dengan mempamerkan tutorial solekan melalui mekanisme yang lebih tertutup adalah lebih selamat dan terhindar daripada fitnah.
Tutorial Solekan Sederhana
Kami turut mengesyorkan agar para peniaga memberi contoh tutorial solekan sederhana ‘minimalis’ kepada pelanggan seperti pengunaan pemerah bibir (gincu) pada kadar yang tidak menyerlah hanya untuk menghilangkan pucat pada bibir.
Sementara, tatarias wajah hanya untuk menutupi pucat pada wajah agar kelihatan semulajadi tanpa mengubah bentuk asalnya.
Hal ini kerana wanita hanya berhak berhias secara berlebihan dihadapan suaminya. Walaubagaimanapun, video tutorial solekan wanita tidak boleh disebarluaskan ke rangkaian media sosial.
Tutorial Terbuka Untuk Lelaki
Adapun, tutorial penjagaan kulit wajah (skincare) daripada kalangan model lelaki boleh dipromosikan secara terbuka pada ruangan Facebook Live, Instagram Live mahupun rangkaian media sosial yang lain.
Hal ini kerana produk kosmetik penjagaan kulit (skincare) seperti produk krim wajah, pelembab, serum, pembersih muka dan masker boleh digunakan oleh jantina lelaki dan perempuan.
Gunakan Testimoni
Peniaga juga boleh mempromosikan produk penjagaan wajah secara atas talian dengan menerangkan khasiat produk mereka serta bukti testimoni melalui pengakuan pengguna.
Bahan Halal Dan Tidak Memudaratkan
Seterusnya, para peniaga kosmetik juga perlu memastikan produk yang dipasarkan daripada bahan yang halal dan tidak memudaratkan.
Penutup
Setelah meneliti hujah yang dikemukakan, kami simpulkan bahawa harus menjual dan mempromosikan produk kosmetik sekiranya tidak terdapat unsur yang bertentangan dengan syarak seperti mempamerkan solekan model wanita secara berlebih-lebihan.
Hal ini kerana keinginan memenuhi fitrah manusia untuk tampil cantik dan menawan terutamanya golongan wanita mestilah berpandukan piawaian yang ditetapkan oleh syarak.
Tambahan pula, tujuan penggunaan produk kosmetik hanya sekadar menutupi pucat pada wajah selain tampil berkeyakinan dan lebih ceria agar disenangi ketika berinteraksi kepada sesiapa sahaja.
Akhir kalam, semoga kita dapat menjalankan kehidupan mengikut neraca syariah yang sebenar. Amin
Ada sebahagian orang, tidurnya lena saban malam. Tapi ada juga yang berasa takut terutama selepas menonton filem-filem seram. Kadang rasa takut juga boleh jadi kerana tinggal keseorangan di rumah.
Bagi yang alami masalah tidur kerana sering bermimpi buruk atau terbayang-bayang ada lembaga seram di sisi, kita dianjurkan membaca doa ini sebelum masuk tidur.
Doa Mencegah Rasa Takut Saat Mahu Tidur
Menurut Imam Ja’far Shadiq, seseorang yang merasa ketakutan saat hendak tidur hendaknya ia membaca doa ini sebelum tidur:
La ilah illallah wahdahu la syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumitu wahua hayyun la yamuutu biyadihil khoir wahua ‘ala kulli syayin qodir
Ertinya: Tiada Tuhan yang pantas disembah kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan segala puji. Dzat yang menghidupkan dan mematikan makhluk. Sedangkan Dia Dzat Yang Maha Hidup, tidak akan mati selamanya. Berada dalam kekuasaa-Nya segala kebajikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Doa Sebelum Mahu Tidur
Tidur ibarat mati kecil. Untuk meminta perlindungan Allah SWT saat tidur, bacalah doa ini agar kita mampu membuka mata keesokan harinya.
بِسْمِكَ االلّٰهُمَّ اَحْيَا وَبِاسْمِكَ اَمُوْتُ
Bismika Allaahumma ahya wa bismika amuut.
Ertinya: Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut nama-Mu aku mati.
Amalan Sebelum Tidur yang Diajarkan Rasulullah
Rasulullah ada mengajarkan beberapa amalan surah pendek untuk kita baca sebelum tidur seperti surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan an-Naas. Bahkan Rasulullah sendiri mengamalkannya sebelum melelapkan mata. Untuk melengkapkannya, bacalah ayat Kursi sebelum menutup mata.
Dari Aisyah radhiallahu anhu berkata: “Rasulullah SAW apabila hendak berangkat ke tempat tidurnya setiap malam, baginda mengambil kedua belah telapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan surat al-Ikhlas, al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian Baginda mengusap dengan tercapai kedua tangannya. Dimulai dari atas kepala , muka serta bahagian belakangnya sebanyak tiga kali.” (HR. Muslim).
Dengan melakukan amalan ini, kita semua akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT selama waktu tidur.
Doa Sesudah Bangun Tidur
Bangun pagi dan masih mampu menghirup udara adalah nikmat terbesar. Bahkan kita dianjurkan untuk bersyukur di atas peluang diberi itu. Justeru itu, inilah doa diajar baca atas nikmat diberi itu.
“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur” [artinya: Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan]. (HR. Bukhari no. 6325).
Jadi bacalah doa ini sebelum dan sesudah bangun tidur atas menzahirkan rasa syukur kita kerana masih berpeluang bernafas lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menutup aurat memang menjadi kewajipan seorang wanita yang sudah akil baligh. Namun dewasa ini kita lihat memahai tudung itu sudah seperti berfesyen.
Ada yang merasa sudah cukup dengan hanya menutup rambut dengan sehelai tudung tetapi masaih melakukan beberapa perkara yang turut menjadi kesalahan.
Mereka ini menutup aurat bukan sekadar memenuhi tuntutan Allah tetapi lebih kepada niat untuk berfesyen.
Tanpa sedar apa yang dilakukan itu tidak menepati syariat Islam. Ini antara kesalahan wanita berhijab yang sering abaikan tentang penjagaan aurat.
1. Bertudung tapi ada rambut terkeluar
Memang dikatakan bertudung tetapi menayangkan jambul atau hujung tambut. Tahukah anda hanya dengan sehelai rambut dilihat lelaki, satu dosa yang akan kita dapat. Jadi dapatkan kiranya kita membuat perkiraan jika menampakkan rambut terutama pada gambar yang dimuat turun di laman sosial facebook. Bayangkan berapa pula mata lelaki yang memandangnya.
2. Tudung singkat, nipis hingga menampakkan leher tengkuk & dada
ini dikatakan trend apabila ramai hijabi kini gemar memakai hijab singkat. Asalkan rambut tidak kelihatan tetapi cara ini menampakkan sebaagian leher, tengkuk dan juga dada. Lebih teruk jika ada memuji penampian begini cantik tetapi perlu diingat pemakaian tudung itu mestilah menutup dada.
3. Berpakaian hingga menampakkan susuk badan
Ada juga yang berpakaian tetapi menggayakan baju yang menampakkan tubuh badan. Penampilan seperti ini sama seperti tidak memakai tudung. Berpakaian ketat hingga menampakkan sebahagian lurah dada atau bentuk peha dan betis.
4. Bertudung tetapi nampak lengan
Ada juga yang mengenakan tudung tetapi mengenakan baju t-shirt pendek hingga menampakkan lengan. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat kerana lelaki boleh melihat lengan yang terdedah. Kalau mahu mengenakan t-shirt sebegini elokkan dipakai dengan jaket atau kardigan.
5. Nampak kaki
Jangan tak tahu kaki kita juga adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stoking tetapi wajib menutup kaki. Seperti mana solat, perlu menutup kaki, lengan, rambut dan tubuh kerana ia adalah aurat.
6. Sanggul bonggol seperti unta
Ada pula sesetengah yang memakai fesyen tudung bonggol unta dan ada mengatakan ia adalah haram. Hati-hati dengan cara pemakaian tudung sebegini kerana boleh undang hukum haram.
Kesimpulannya menjaga batasan aurat itu menjadi lebih mudah sekiranya tahu batasan hukum yang perlu dipatuhi dan mengikut segala syariat Allah SWT. Sekiranya diikuti pelbagai ganjaran dan pahala yang akan diperoleh.
Jangan sampai apa dilakukan mendapat kemurkaan Allah. Jadi berhati-hati dengan apa yang dilakukan dan cuba perbaiki kesilapan.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Berkaitan Hukum Berkenaan:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”(Hadis Riwayat Muslim, no.1162)
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata Al-Sarkhasi: –
“Adapun tahun pertama, maka dosa-dosanya akan diampuni. Para ulamak berbeza pendapat mengenai makna penghapusan dosa pada tahun sesudahnya (tahun depan).
Sebahagian mereka mengatakan, maknanya adalah bila seseorang melakukan maksiat pada tahun itu, Allah S.W.T akan menjadikan puasa pada Hari Arafah yang dilakukan pada tahun lalu itu sebagai penghapus dosanya, sebagaimana ia juga menjadi penghapus dosa pada tahun sebelumnya. Sebahagian ulamak lain mengatakan bahawa maknanya ialah Allah S.W.T menjaganya daripada melakukan dosa pada tahun hadapannya” [Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/381].
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, hari Arafah juga adalah hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Daripada Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:-