
Ada keadaan kita solat dalam keadaan laju, nak cepat atau pun kita melihat rakan solat dalam kadar yang laju. Kita baru rakaat kedua, dia dah selesai.
Timbul kemusykilan adakah sah solat laju sebegini. Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah beliau. Ujar beliau solat laju atau lambat tidak menjadi masalah asalkan cukup syarat dan rukun solat.
“Solat laju dan perlahan tiada masalah asalkan cukup syarat dan rukun. Diantara rukun solat adalah membaca al fatihah dengan sempurna. Kalau laju dan tak habis atau tak sempurna bacaan al-Fatihah maka tak sah.
“Kedua adalah syarat, antara sebab solat laju jadi tak sah adalah kerana tinggal to’makninah atau tidak berhenti seketika untuk setiap rukun solat.”
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i, Rasulullah s.a.w melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Allah s.w.t. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud”. (Riwayat Thabrani)

Solat yang dikerjakan secara cepat atau lambat pada dasarnya sah. Namun perlu diingatkan agar segala rukun dan syarat sah solat cukup serta tidak tertinggal.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Subhanallah, Cinta Till Jannah Bersemadi Di Madinah. Rezeki Suami Isteri Ini Meninggal Dunia Ketika Kerjakan Umrah!

Isi Kandungan
ToggleSetiap jodoh, rezeki dan ajal maut kita terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui di mana dan bila kita akan bertemu Sang Pencipta. Kalau boleh memang mahu bersama pasangan sehidup semati hingga ke jannah.
Namun begitu, ramai antara kita berhajat kalau boleh mahu meninggal dan di kebumikan bersama para syuhada di Madinah.
Ini juga menjadi impian bagi setiap jemaah yang mengerjakan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci.
Seperti yang berlaku bagi pasangan warga tua, Ismail Latiff, 66 tahun dan isterinya Rohani Dollah, 60 tahun apabila kedua-duanya meninggal dunia ketika bersama-sama mengerjakan umrah.

Menurut laporan Harian Metro, suami pasangan ini meninggal dunia terlebih dahulu pada jam 11 pagi waktu tempatan Isnin lalu, manakala selang sehari kemudian isterinya pula menyusul pada jam 2 petang kelmarin ketika bersiap untuk pulang ke tanah air.
Sementara itu menurut anak pasangan yang diibarat merpati dua sejoli, Nor Shuhada Ismail, 38, berkata, berita pemergian ibu bapa mereka itu disampaikan oleh sepupunya, Noranito Taib, 50, yang turut sama-sama menunaikan umrah.
Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan berita itu, namun reda dengan pemergian kedua-dua ibu bapa kerana meninggal selepas menunaikan umrah dan di tempat suci idaman umat Islam di seluruh dunia.

“Ayah dan mak sangat rapat kerana mereka sering bersama-sama pergi ke mana-mana sahaja termasuk di dapur rumah. Mungkin keakraban mereka itu menyebabkan arwah ma (emak) terlalu sedih sehingga darahnya naik dan meninggal dunia semalam.
“Sebelum itu, arwah ayah meninggal dunia Isnin lalu di hotel kerana demam selama lima hari. Ayah tiada sebarang penyakit dan sihat sebelum berangkat ke Makkah.
“Arwah mak hanya ada penyakit darah tinggi sahaja dan mungkin dia risau nak meninggalkan ayah jauh di Makkah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tunjung, Kota Bharu, hari ini.

Nor Shuhada yang juga anak ketiga daripada 10 beradik berkata, kedua-dua ibu bapanya itu gembira kerana dapat menunaikan umrah bersama-sama buat pertama kali.

Katanya, sebelum berangkat ke Makkah, ibunya berpesan kepada anak-anak supaya menjaga diri dan rumah dengan baik.
“Manakala setiap kali WhatsApp, ayah berpesan supaya kami 10 beradik duduk dengan baik sepanjang ketiadaan mereka dan menjaga rumah dengan elok. Rupanya itu amanat ayah yang terakhir buat kami.
“Mak juga sempat mengucapkan selamat tinggal kepada jemaah masjid seolah-olah dia tidak akan kembali selepas ini. Kami adik beradik sedih dengan kehilangan ibu bapa, tetapi kami gembira kerana mereka meninggal dunia di Makkah,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya mereka menyambut kepulangan ayah dan ibunya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, namun yang pulang hanya barang-barang mereka.
Artikel Berkaitan: Impian Wanita Ini Meninggal Di Baqi’ Terlaksana
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Mahu Suami & Orang Tua Terus Tanggung Dosa, Pelakon Ieda Moin Kini Berhijab. Minta Doakan Kekal Istiqamah!

Ternyata perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu meninggal impak sangat mendalam bagi sesetengah orang.
Ramai yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Salah seorang yang terkesan dengan impak PKP ini adalah pelakon Ieda Moin.
Berlaku beberapa peristiwa sepanjang tempoh itu seperti kehilangan sahabat baiknya, penyanyi Maya Matahari serta ulang tahun kelahiran suami tercinta, Ieda akhirnya mengambil keputusan untuk berhijab.
Pemilik sebenar nama Siti Haida Abdul Moin memberitahu niatnya sudan lama untuk memakail tudung.
“Sudah lama saya menyimpan hasrat bertudung. Jika diikutkan, tahun lalu, saya mahu berhijab, namun tuntutan kerja dan komitmen diperbaharui membuatkan niat itu tertunda.
“Namun, tarikh 18 Mac lalu menggerakkan hati saya. Banyak insiden terjadi seperti penularan COVID-19 dan pemergian arwah Maya yang membuatkan saya tersentak,” katanya kepada BH Online.
Ieda yang mula bertudung sejak bulan lalu, mengaku sebelum membuat keputusan menyarung hijab, dia sering tidak selesa ketika memilih persalinan untuk keluar rumah.
“Serba-serbi tak selesa ketika memandang cermin. Orang tua saya pernah rasa pelik ketika saya berkunjung ke rumah mereka untuk berbuka puasa, Ramadan lalu.
“Saya tutup kepala dengan kain dengan alasan tidak mahu mandi dan membasahkan rambut.
“Namun, ketika meraikan hari jadi saya dan anak, Mei lalu, saya terus nekad untuk bertudung,” katanya.
Mengenai rezeki selepas berhijab, Ieda tidak sedikitpun risau.
“Sebelum PKP, saya ada bertanya pengurus produksi, apakah timbul masalah jika dia bertudung. Jawapan diterima tiada masalah kerana mereka percaya bakat saya,” katanya.

Ieda berkata, berkat doa ibu dan teman baiknya, Noorkhiriah, dia akhirnya bertudung.
“Saya nekad bertudung kerana sayangkan suami dan orang tua. Saya tak mahu mereka tanggung dosa diri ini jika tidak menutup aurat.
“Insya-Allah perlahan-lahan saya akan cuba istiqamah,” katanya.
Artikel Berkaitan: “Saya Masih Orang Yang Sama. Cuma Cuba Jadi Lebih Lemah Lembut” -Hikmah COVID-19, Kini Giliran Shiera Pula Berhijab
Kredit Foto: Instagram Ieda Moin
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kontroversi Cinta & Agama! Ini 5 Kes Pernah Gegarkan Negara

Kontroversi satu video mengenai mudahnya murtad dengan hanya menabur cinta dibuat seorang lelaki berbangsa India telah mencetuskan kontroversi sejak semalam. Ia bukan saja mendapat komen dari orang ramai tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang menyatakan pihaknya memandang serius isu ini. Jelas beliau, Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan akidah umat Islam di negara ini. Malah beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat hal ini lebih mendalam. Ekoran kenyataan disifatkan kontroversi ini, pihak polis Johor turut menyerbu rumah pasangan ini tetapi malangnya mereka tiada di rumah berkenaan.
Di saluran Youtube pula pasangan suami isteri di mana isterinya berasal dari Indonesia menyatakan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran kontroversi ini.
Di sebalik perkataan murtad, isu begini pernah menjadi kontroversi di negara kita. KASHOORGA senaraikan lima kes murtad yang pernah menjadi bualan masyarakat untuk pengetahuan kita semua.
- Lina Joy :-
Ini antara kes yang menjadi bualan hangat masyarakat. Nama asal Lina Joy ialah Azlina Johari. Berbangsa Melayu, keturunan Jawa. Lina Joy pernah memohon menukar nama kepada Azlina Lelani pada 1997 kerana mendakwa sudah memeluk agama Kristian namun mahkamah menolaknya. Dia membuat permohonan sekali lagi pada 1999 kerana menurutnya dia beragama Kristian.
Walau dilahirkan sebagai muslim di mana ibu bapanya adalah muslim tapi Lina Joy berkata dia tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir. Dia menukar agama pada tahun 1990 dan ada sijil baptis. Bahkan pasangannya juga seorang India.
- Hartina Haji Kamaruddin:-
Perjuangan bapa ini menyelamatkan akidah anaknya yang datang ke ibu kota untuk mencari pekerjaan berakhir dengan kontroversi apabila bapa ini terpaksa merengkok di dalam lokap selepas menetak teman lelaki anaknya dengan parang di tengkuk selepas anaknya balik ke kampung di Perak dengan tanda merah di dahi selain mendakwa sudah beragama Hindu.
Akibat kejadian itu, Haji Kamarudin, seorang penjual satay serta anak lelakinya yang masih bersekolah ditahan 14 hari. Tidak hanya ditahan tapi dirinya turut dibelasah oleh kawan-kawan kepada teman lelaki anaknya itu hingga berlumuran darah. Lebih malang dirinya disaman RM3 juta oleh anaknya sendiri. Bahkan Hartina turut menukar nama kepada Nivasni Rajeswari kerana cinta.
- Aisyah Bokhari :-
Tentu sebahagian generasi lama mengingati nama Aisyah Bokhari. Kes murtad ini terjadi pada tahun 1997.Dari seorang gadis dibesarkan dalam didikan agama, akhirnya Aisyah atau nama manjanya Intan menelefon ayahnya memaklumkan dia sudah menukar agama kepada Kristian.
Bapanya seorang imam, begitu juga datuknya malah Aisyah juga mendapat pendidikan di ITM (kini UiTM) dilihat seperti gadis biasa sehinggalah pada tahun 1997 dia memaklumkan sudah menukar agama kepada Kristian. Kisahnya agak kontroversi kerana dia menukar agama pada usianya lebih 18 tahun di mana article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya.
Perjuangan bapanya tidak terhenti termasuk bertindak mengurung Aisyah di dalam rumah dan kes ini dibawa ke mahkamah di mana Aisyah dibela oleh seorang peguam CinaKristian, Lennet Teoh Hui Leong. Malah bapanya sering ditemuramah di akhbar dan tv dan setiap kali keluar berita, air mata bapanya tidak pernah henti mengalir.
- Nyonya Tahir :-
Kes Nyonya Tahir antara pernah menjadi perhatian masyarakat pada 2006. Selepas kematiannya, barulah ia menjadi kontroversi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memutuskan mayat Nyonya Tahir yang disimpan di rumah mayat diserahkan kepada keluarganya untuk disemadikan mengikut agama Buddha bukan mengikut cara Islam.
Ini selepas permohonan keluarganya yang mendakwa Nyonya Tahir mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun dan tidak pernah sekali pun mengamalkan ajaran Islam walau beragama Islam. Malah mendiang turut membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha semasa hayatnya.
Kes ini mula mendapat perhatian selepas status agama Nyonya Tahir disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.
Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.
- Siti Fatimah Abdul Karim :-
Walau nama Siti Fatimah tidak sehebat kes Aisyah Bukhari, namun kesnya turut mendapat perhatian masyarakat apabila pada usianya 20 tahun dia menukar agamanya kerana cinta. Ibu bapanya India Muslim tetapi dalam afidavitnya, Siti Fatimah mendakwa dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.
Berdasarkan kenyataan Siti Fatimah pada 2001, dia telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa dirinya seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam.
Kenapa Islam melarang umatnya murtad?

Firman Allah SWT:
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217).
Hal murtad turut dinyatakan dalam surah Al-Nahl ayat 16:106
Dan firmannya;
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Al-Nahl. 16: 106)
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI