Ubah suai meter elektrik untuk kurangkan bil, apa hukumnya? Bil elektrik yang semakin tinggi memang terasa membebankan. Disebabkan itu ramai yang mengambil menjimatkan penggunaan tenaga sebagai langkah penjimatan tapi tak kurang juga ada yang melakukan perkara berbeza.
Sebagai contoh membuat pengubahsuaian meter termasuklah meletakkan magnet dan sebagainya demi mengurangkan bil elektrik. Dalam hal ini apakah hukumnya?
Hukumnya haram
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Irsyad Hukum Siri Ke-876, Hukum Mengubah Suai Meter Elektrik, perbuatan sebegini dilihat sebagai salah satu helah untuk menipu dan hukumnya adalah haram.
Dalam penjelasannya, mengubah suai meter elektrik adalah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini kerana ia bertujuan memperoleh sesebuah harta dengan cara yang salah iaitu tanpa keizinan daripada pemilik harta berkenaan malah mencabuli undang-undang setempat.
Secara umumnya, terdapat larangan dalam al-Quran ke atas orang beriman daripada memakan atau mengambil harta orang lain secara batil. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah :188)
Ads
Di samping itu, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن غشَّنا فليس منَّا والمكرُ والخداعُ في النَّارِ
Ads
Maksudnya: ‘Sesiapa yang melakukan penipuan maka dia bukanlah termasuk dalam kalangan kami. Balasan yang menimpa ke atas golongan yang melakukan tipu daya dan muslihat adalah ditempatkan dalam neraka.” (Riwayat Ibn Hibban)
Secara kesimpulannya sama ada memasang magnet atau mengubah suai meter elektrik bagi menjimatkan bil elektrik hukumnya adalah haram.
Masa kini, kesedaran ibu ayah tentang membuka tabung simpanan atas nama anak-anak dilihat sudah semakin meluas di mana sejak kecil, anak-anak sudah memiliki simpanan sendiri biarpun wang itu ibu yang beri atau simpankan setiap bulan.
Di sebalik simpanan yang adakalanya sudah mencecah belasan atau puluh ribu itu, namun tahukah ibu ayah bahawa wang simpanan kanak-kanak itu sebenarnya wajib dibayar zakat simpanan sebanyak 2.5 peratus dari jumlah simpanan.
Terpakai syarat sama seperti orang dewasa, wang simpanan ini wajib dibayar zakat dan ia perlu diuruskan oleh ibu bapa kerana anak-anak masih kecil.
Berikut adalah perkongsian dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkaitan zakat simpanan untuk kanak-kanak dan orang tua dalam siri Al Khafi #1564.
Assalamualaikum Sahibus Samahah Mufti. Saya ada satu persoalan, jika sekiranya orang gila atau kanak-kanak mempunyai harta, adakah wajib untuk dikeluarkan zakat daripada harta mereka tersebut? Mohon penjelasan Tuan Mufti. Terima kasih.
JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan umat Islam mengeluarkan zakat berdasarkan firman-Nya, ayat 103, surah al-Taubah:
Maksudnya:Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). (Surah al-Taubah: 103)
Para fuqaha’ telah menyenaraikan syarat-syarat yang mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat daripada hartanya. Antaranya yang disebut Imam Khatib al-Syarbini menyebutkan di dalam kitab al-Iqna’ Fi Halli alfaz Abi Syuja’ bahawa terdapat lima syarat, iaitu:
Beragama Islam, tidak wajib ke atas orang kafir
Merdeka, iaitu bukan hamba.
Pemilikan yang penuh. Tidak wajib ke atas hamba al-mukatab kerana mempunyai pemilikan yang lemah terhadap hartanya.
Cukup nisab, iaitu kadar tertentu bagi harta tertentu yang diwajibkan zakat sekiranya mencukupinya.
Sempurna haul, iaitu cukup tempoh yang menjadikan harta yang disimpan wajib untuk dikeluarkan zakat.
Digembalakan, iaitu syarat tambahan bagi zakat haiwan ternakan yang wajib dikeluarkan zakat hendaklah digembalakan di padang-padang ragut yang harus. (Rujuk al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’, 1:212-213)
Jika dilihat pada syarat wajib zakat di atas, tiada syarat baligh dan berakal seperti kebiasaannya yang ada pada ibadat-ibadat wajib yang lain seperti solat dan puasa. Walaubagaimanapun, para fuqaha’ tidak meletakkan syarat baligh dan berakal sebagai syarat wajib zakat, menunjukkan bahawa kanak-kanak dan orang gila wajib untuk menunaikan zakat jika sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah disebutkan di atas. Hal ini disebut secara jelas di dalam kitab-kitab fiqh, antaranya: Imam al-Mawardi menyebut dalam kitabnya, al-Hawi al-Kabir dengan menukilkan pandangan Imam al-Syafie:
Maksudnya:Zakat hukumnya wajib bagi setiap orang yang memiliki harta dengan pemilikan sempurna (tam al-milk), dari pemilik orang merdeka (bukan hamba), meskipun anak kecil atau orang gila atau wanita. Tidak ada perbezaan antara mereka dalam kewajiban berzakat. (Rujuk al-Hawi al-Kabir, 3:329)
Di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah pula, Syeikh Hasan al-Kaff menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Justeru, tidak termasuk dalam syarat-syarat wajib zakat, syarat baligh dan berakal. Oleh itu, wajib dikeluarkan zakat ke atas harta kanak-kanak dan orang gila. Dan yang diperintahkan untuk melaksanakan demikian bagi pihak mereka ialah wali mereka. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 397)
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kami menyatakan bahawa wajib dikeluarkan zakat ke atas harta kanak-kanak dan orang gila jika sekiranya mencukupi syarat-syarat wajib zakat yang telah disebutkan. Syarat-syarat tersebut tidak termasuk syarat baligh dan berakal, oleh sebab itu maka wajib dikeluarkan zakat ke atas harta kedua-duanya. Oleh itu, para wali yang menjaga mereka seperti ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab untuk menunaikan zakat bagi pihak kanak-kanak dan orang gila tersebut kerana mereka tidak mampu untuk memahami dan menguruskannya sendiri. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin. WaAllahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat subuh sengaja tak baca doa qunut, solat sah tak? Ini penjelasan PU Azman berkaitan bacaan doa qunut di rakaat kedua dalam solat subuh.
Segelintir orang memang tak hafal doa qunut sebab katanya susah, kemudian dirikan solat tanpa doa qunut. Adakah solat mereka sah dan diterima.
Ikuti perkongsian PU Azman di akaun Instagram berkaitan isu ini:
Solat Subuh Sengaja Tak Baca Doa Qunut
Polemik tentang doa qunut yang ramai bertanyakan tentang isu ini. Mudah saja.
Bacaan doa qunut adalah sunat dalam solat Subuh.
Solat Sah Tak?
Kalau terlupa qunut, disunatkan sujud sahwi. 2 kali sujud sebelum salam. (Mazhab Syafi'i). Solat tetap sah.
Sengaja tinggalkan qunut dan sengaja tak buat sujud sahwi juga tidak membatalkan solat. Kerana kembali kepada asas, semua perbuatan ini hukumnya sunat.
Ini Penjelasan PU Azman
Cuma, ia merupakan satu kekurangan mengikut disiplin mazhab syafi'i.
Bacaan sujud sahwi :
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَاَمُ وَلَا يَسْهُو
"Maha Suci Allah yang tak tidur dan tak lupa".
Kashoorga: Semoga Allah menerima segala amalan kita, amin!
‘Usaha abdikan diri pada Allah.’ Ustazah Asma’ Harun kongsi 5 tip ini agar kita terus istiqamah selepas Ramadan. Jika sebelum ini, sepanjang bualn puasa kita fokus beribadat, apa salahnya kita teruskan.
Jangan hanya jadikan satu bulan saja untuk mengejar pahala, sebaliknya masih ada bulan-bulan lain untuk kita beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun dan hadam baik-baik cadangannya agar kita semua terus kekal istiqamah.
Alhamdulillah kita syukur dan gembira menyambut kehadiran Syawal yang mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga tercinta. Namun, kita tetap perlu muhasabah diri selepas Ramadan berlalu.
Adakah kita bersungguh manfaatkan Ramadan agar membentuk diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya? Maka, mari sama-sama kita renungkan apa perkara yang boleh kita lakukan supaya istiqamah dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Tidaklah sekumpulan orang berkumpul di rumah Allah untuk membaca Al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. [HR Muslim, hadis sahih]
Alhamdulillah, seronok bila tiba bulan Ramadhan kita bersungguh dalam membaca Al-Quran dan perbaiki bacaan. Maka teruskan semangat itu walau bulan Ramadhan sudah berlalu.
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diteruskan dengan enam hari (berpuasa) di bulan Syawal, ibarat dia berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim, hadis sahih]
SubhanAllah, amat rugi bagi siapa yang tak rebut ganjaran berpuasa sepanjang tahun ini, kerana kita telah rasai cabaran berpuasa selama 30 hari berturut-turut, maka jangan sia-siakan kemudahan yang Allah SWT sediakan kepada kita di bulan Syawal ini.
Maksudnya: “Siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” [HR Tirmizi, hadis sahih]
Solat sunat ini mungkin terasa berat pada awalnya, tetapi bila sudah biasakan diri melakukannya dengan istiqamah, insyaAllah solat sunat rawatib ini akan terasa ringan.
Amalkan 5 Tip Ini
4. LAKUKAN KEBAIKAN WALAU SEDIKIT, TETAPI BERTERUSAN
Maksudnya: “Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan walaupun sedikit.” [HR Muslim, hadis sahih]
Jika di bulan Ramadhan yang lalu kita kerap bersedekah, memberi makan kepada orang ramai, membuat amal kebajikan, maka teruskan juga usaha tersebut pada bulan-bulan berikutnya.
Tak perlu amalan yang berat atau di luar kemampuan, memadai yang sedikit tapi boleh dilakukan secara berterusan.
5. BERDOA SEMOGA ALLAH BERI KEKUATAN UNTUK ISTIQAMAH
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.” (Surah Ali-Imran: 3)
Kemampuan kita untuk melaksanakan amal ibadah dengan tubuh badan kita adalah kerana dengan izin Allah SWT. Sekiranya Dia tidak mengizinkan, nescaya ibadah yang mudah pun kita tak akan mampu lakukan.
Oleh itu, banyakkan memohon kepada Allah agar diberi hidayah dan taufiq untuk melakukan amal-amal soleh.
Agar Terus Istiqamah Selepas Ramadan
Allah S.W.T sentiasa membuka peluang untuk kita beribadah untuk menggantikan masa-masa yang sudah kita sia-siakan.
Contohnya, berusaha sungguh-sungguh untuk meraih malam Lailatul Qadar, mengerjakan umrah Ramadhan yang diganjari seperti berhaji bersama Rasulullah S.A.W.
Daripada Saidatina ‘Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ Maksudnya: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” [HR Muslim, hadis sahih]
Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana dipenuhi dengan keberkatan dari Allah SWT.Pada bulan ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup...