Hukum Wanita Solat Pakai Telekung Sutera, Sah Atau Tidak

Share

SOALAN :

Saya ada mendengar satu ceramah yang menyebut bahawa perempuan yang sembahyang memakai telekung yang dibuat dari sutera adalah tidak sah kerana ia adalah najis. Mohon keterangan dari ustaz adakah benar tidak sah solat pakai sutera.

JAWAPAN :

Hukum kaum perempuan memakai sutera adalah harus samada di luar sembahyang atau di dalam sembahyang.

Ini adalah kerana telah ijmak ulamak bahawa orang perempuan halal memakai sutera dan hadith-hadith yang menyebut tentang ini tidak mengaitkan halal memakai sutera bagi perempuan dengan mana-mana tempat atau masa maka di mana sahaja dan bila sahaja perempuan memakai sutera adalah halal.

Berkata Syeikh Al-Bajuri :

و يحل للنساء لبس الحرير و افتراشه

Ertinya : “Dan halal bagi perempuan memakai sutera dan menjadikan sebagai tempat duduk.” (Hasyiah Al-Bajuri)

Ada pun perkataan tidak sah dipakai sutera dalam sembahyang sebab ia adalah najis adalah lemah kerana Nabi saw telah menghalalkannya dalam sabdanya :

حُرِّمَ لِبَاسُ الحَرِيرِ وَالذَّهَبِ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي وَأُحِلَّ لِإِنَاثِهِمْ

Ertinya : “Telah diharamkan memakai sutera dan emas atas lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi perempuan dari umatku.” (Hadith Imam Tirmizi)

Dalam hadith ini jelas Nabi saw telah menghalalkannya yakni jika sutera itu najis maka tidak akan dihalalkannya samada dalam sembahyang atau diluar sembahyang. Maka menghalalkannya itu menunjukkan atas sucinya.

KESIMPULAN

Harus orang perempuan memakai telekung untuk sembahyang yang diperbuat dari sutera dan sembahyangnya itu adalah sah.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Kashoorga: Pelbagai pilihan menarik boleh kita dapati kelengkapan solat di sini

Published by
Siti Zurina Mat Saman