Kes dua wanita yang dikenakan hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas percubaan melakukan hubungan sejenis (musahaqah) mendapat liputan yang cukup meluas. Pasangan yang berusia 32 dan 22 tahun itu dihukum enam sebatan di hadapan lebih 150 orang awam dalam Dewan Bicara 2, mahkamah berkenaan selain turut didenda sebanyak RM3,300 setiap seorang.

https://www.instagram.com/p/BnQp6sqlRSi/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/BnSzGO0lyil/?utm_source=ig_web_copy_link

Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui tentang hukuman sebat terbabit:

1. Hukuman sebat yang dikenakan adalah berlandaskan undang-undang negeri Terengganu
Kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

2. Pesalah diminta untuk membuat rayuan terlebih dahulu sebelum dikenakan hukuman
Kedua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Ads

3. Kaedah sebatan adalah mengikut kaedah Islam yang tidak menyakitkan

Di bawah adalah ringkasan dalam bentuk grafik hukuman sebat yang dikenakan ke atas ke dua-dua tertuduh:

Hukuman Sebat Bukan Untuk Menyakitkan Tetapi Untuk Mendidik Dan Memberi Pengajaran

Ads
Hukuman Sebat Bukan Untuk Menyakitkan Tetapi Untuk Mendidik Dan Memberi Pengajaran
Ini pula perbezaan hukuman sebat Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Di samping itu, pegawai perubatan turut berada dalam kawasan mahkamah untuk mengesahkan tahap kesihatan tertuduh sekiranya berlaku sebarang kecederaan terhadap tertuduh.

4. Hukuman tersebut telah disaksikan oleh 100 orang awam
Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Selain itu, turut menyaksikan hukuman itu adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.

Hukuman Sebat Bukan Untuk Menyakitkan Tetapi Untuk Mendidik Dan Memberi Pengajaran5. Hukuman itu bukan untuk menyakitkan pesalah tetapi untuk mendidik dan memberi pengajaran. Sebelum perbicaraan, hakim telah menyatakan bahawa hukuman itu bukan untuk menyakitkan pesalah tetapi ia lebih kepada untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat awam supaya tidak melakukan kesalahan jenayah berkenaan.

Ads

Hakim menasihatkan orang awam supaya tidak memandang hina terhadap pesalah dan menasihatkan mereka yang terbabit insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, setiap individu akan diadili mengikut proses dan saluran yang sama sebaik sahaja sesuatu tangkapan itu dilakukan, sama ada individu terbabit adalah dari golongan lesbian, gay atau sebagainya.

“Kepada masyarakat, semua ini tentu dibuat untuk kebaikan. Orang Islam khususnya, sudah tahu mana-mana perkara yang dilarang dan sepatutnya mengambil hal ini sebagai pengajaran. Hukuman dalam Islam bukan untuk menyakitkan tetapi lebih kepada pengajaran kepada yang lain-lain supaya kembali kepada fitrah.”

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Malaysiakini dan Bernama.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI