Keadaan kematian husnul khatimah menjadi nilaian sebenar di sisi Allah yang disaksikan pada saat-saat akhir amalan seorang insan. Adalah tidak menghairankan bagi seseorang yang melakukan amalan kebaikan ketika hidupnya namun setelah kematiannya dan ketika hampir dimasukkan ke dalam syurga, tiba-tiba Allah memerintahkan dia dimasukkan ke dalam neraka kerana dia pernah beramal dengan amalan ahli neraka.

Malah sebaliknya manusia yang melakukan amalan kejahatan ketika hidupnya tetapi pada penghujungnya dia beramal dengan amalan ahli syurga dan apabila menemui ajalnya, dia diperintahkan Allah untuk dimasukkan ke dalam syurga. Sesungguhnya manusia yang menemui ajal ketika di dalam masjid, sedang melakukan solat, berada di dalam majlis ilmu, sedang mendengar khutbah dan sebagainya, merupakan di antara contoh-contoh kematian yang dicemburui.

Setiap antara kita umat Islam pastinya mengimpikan mati dalam keadaan yang mulia di sisi Allah tetapi cukupkah amalan yang kita lakukan sekarang untuk melayakkan kita memperoleh ganjaran seperti itu? Ikuti perkongsian berikut yang pastinya menyentuh hati.

*************************************************************************************************************

Nama mesra beliau Pak Osman. Kewujudannya tak disedari. Ketiadaannya kurang dicari.
Tapi setiap kali kuliah, beliau duduk paling depan. Iktikafnya lebih byk sekalipun zahir ilmunya mcm masih sederhana.

Tak henti senyum, suka mengangguk setiap kali mendengar kuliah maghrib. Umurnya pencen tapi ibadahnya belia.

Setiap kali sebelum saya tiba, dia sudahpun berteleku di sejadah saf depan. Ketika saya tiba, dia biasa hulurkan tangan layak seorang bapa berjabat dgn anaknya. Begitulah rutin beliau.

Ads

Namun..

Hari ini hari Jumaat. Beliau sedang iktikaf lebih awal. Beliau telah solat lebih awal.
Difahamkan beliau sedang berpuasa hari ini straight 10 hari, nazar kerana isterinya terpilih ke Baitullah tahun ini. Beliau sdg menunggu ketibaan penceramah tazkirah Jumaat.

Beliau sedang membantu pihak masjid utk membuka salah satu pintu masjid, tiba-tiba beliau rebah. Jantungnya terhenti.

 

Husnul Khatimah Kematian Yang Dicemburui, Meninggal Di Hari Jumaat Ketika Iktikaf Di Masjid

Ads

Setelah 40 minit pasukan bantuan memberikan pertolongan cemas, beliau disahkan meninggalkan dunia. Beliau meninggalkan kami semua jemaah di Masjid AnNur Galleria@Kotaraya.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Semoga Allah merahmati ruh Pak Osman. Beliau memuliakan banyak perkara yang dimuliakan oleh Allah, lalu Allah memuliakannya. Sedang hari ini hari Jumaat. Sedang beriktikaf. Sedang berpuasa pula. Sedang menanti di taman syurga majlis ilmu. Sedang mengimarahkan masjid membukakan pintu masjid.

Husnul Khatimah Kematian Yang Dicemburui, Meninggal Di Hari Jumaat Ketika Iktikaf Di Masjid

Ads

Seolah-olah selangkah lagi masuk ke Syurga. Tatkala detik husnul khatimah itu, Allah ambil nyawanya.

Allah..Allah..Allah.. Mulianya kematianmu. Indahnya pengakhiranmu.
Beliau dikebumikan petang ini juga sebelum mentari lenyap di ufuk barat. Saya mohon sangat-sangat agar yg membaca mesej ini supaya hadiahkan Fatihah buatnya.

له الفاتحة
– Imam Khairul –

Husnul Khatimah Kematian Yang Dicemburui, Meninggal Di Hari Jumaat Ketika Iktikaf Di Masjid

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 soleh….
Pak Osman @ abah – panggilan anak-anak di Galleria – tinggal dalam memori…

Sumber: Instagram Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI