Ibadah Korban Boleh Dilakukan Di Wilayah Persekutuan, Petugas Tidak Lebih 12 Orang

Share

Umat Islam bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha atau disebut juga Hari Haji pada 20 Julai 2021 bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah.

Masih dalam suasana pandemic Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tentunya ramai yang tertanya-tanya adakah suasana hari raya ini tahun ini tidak dapat diraikan lagi. Mungkin ramai yang sudah redha kerana dalam tempoh ini rakyat masih dihadkan pergerakan.

Namun berita baik bagi warga Wilayah Persekuan Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan media dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) , Datuk Haji Mohd Ajip Ismail memaklumkan perlaksaan ibadah korban di masjid dan surau-surau Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Perlaksaan ibadah korban dibenarkan namun proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan dilaksanakan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengikut penyelarasan JAWI melalui Pejabat-Pejabat Pentadbiran Zon.

“Pengagihan dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama yang ditetapkan, petugas barisan hadapan dan golongan sasaran.

Masa yang sama, perlaksanaan ibadah korban di kawasan lapang selain masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Ianya adalah dibenarkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), JAWI dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Had kapasiti sembelihan korban tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang. Semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi memastikan ibadah korban dapat dihayati dan kemaslahatan semua pihak sentiasa terpelihara.

Published by
almaswa Haji Che Ros