Ibadah Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun jika tidak berada di dalam ihram Haji. Bagi mereka yang akan mengerjakan Umrah, marilah kita berusaha semoga ibadah Umrah yang akan dikerjakan diterima oleh Allah SWT dengan ibadah ‘mabrur’.
Istilah mabrur merupakan kata yang membawa maksud ibadah yang diterima Allah. Walau bagaimanapun mabrurnya ibadah umrah atau haji seseorang itu merupakan rahsia Allah. Bagi mendapatkannya, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh sepanjang melakukan ibadah agar perjuangannya tidak sia-sia.
Ikuti perkongsian seorang jemaah Umrah tentang tip bagaimana untuk mendapatkan ibadah Umrah yang mabrur.
Kepada jemaah yang PERTAMA KALI akan berangkat ke bumi haramain Makkah dan Madinah… Sedikit peringatan sampingan….semoga beroleh Umrah yang maqbul dan mabrur…
Sesampai di sana lupakan segala urusan dunia..harta benda, anak-anak, keluarga, kerjaya, business, dan lain-lain…
TUMPUKAN PERHATIAN
Tumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadah. Kosongkan minda…pandang segala kejadian hanya dengan kehendak Allah…
Kurangkn bercakap dan berbual kosong..jangan mudah marah…tinggikan sifat sabar dan reda.. perkara kecil jangan diperbesar-besarkan…
Jangan makan terlalu kenyang…mengakibatkn mengantuk dan nak tidur saja…elakkan banyak tidur di hotel…kita bayar ribu-ribu ke sana, bukan untuk habiskan masa untuk tidur..dan berlepak-lepak..
Ads
Perbanyakkan beritiqaf di masjid, perbayakkan doa, baca al-Quran seberapa banyak yang boleh dan lakukan tawaf sunat, lakukan solat-solat sunat dan qadha’….
Bila minum air zam zam, mengadaplah ke arah qiblat dan perbanyakkan berdoa… Kalau berpeluang duduk depan kaabah asyikkan memandang kaabah… pahala di situ..
BANYAKKAN BERSEDEKAH
Kalau nampak orang-orang tua yang duduk lama susah nak bangun berjalan ambilkan air zam zam hulurkan kepadanya…sebaik-baik sedekah memberi minum air…
Ads
Hulurkan sedekah kepada pekerja-pekerja dalam masjid… tak semestinya banyak…cukup berapa termampu..
Ketika di Masjid Nabawi Madinah, perbanyakkn selawat ke atas baginda, keluarga baginda dan para sahabat…..berdoa seberapa banyak..
Berkata-kata dengan Rasulullah seolah-olah baginda wujud depan kita dan menyaksikan kehadiran kita..untuk mengenang perjuangan dan jasa-jasa Rasulullah. Perbanyakkan membaca buku-buku sirah Rasulullah…contoh.. Syamaail Muhd…Hayatus Sahabah..pasti kita akan menangis sedih..dan bertambah gigih unt beramal ibadah…sebagai memenuhi tuntutan Allah dan Rasul..
Ketika melakukan ziarah elakkan bepakaian seperti melancong ke negara-negara luar seperti memakai seluar dan blaus tanpa memakai telekung… Ingatlah!!..bumi haramain bumi barakah…setiap bumi Madinah itu dilalui oleh tapak-tapak Rasulullah dan para sahabat…insan agung,, kekasih Allah….di bumi itulah Rasulullah memperhambakan dirinya demi menegakkan agama dan syariat Allah.. kerana beliau kita mengenal Islam…hatta kita terselamat dari neraka Allah..mudah-mudahan biiznillaah…
ELAK PERKARA YANG MELALAIKAN
Ads
Maka hormatilah bumi barakah ini…jangan terlalu banyk ketawa dan melakukan perkara-perkara yang ‘lagha’.
Lepas tawaf Wada’ elakkan bershopping.. Elakkan juga terlalu asyik bergambar dan berselfie…ingatlah apa tujuan kita datang ke sana. 100% untuk memperhambakan diri kepada Allah dan memohon ampun atas segala dosa-dosa kita selama ini.. Allahu akbar!
Kalau kita bawa anak-anak bimbing mereka cara-cara melakukan ibadah umrah dan ceritakan kepada mereka tentang perjuangan dari nabi Ibrahim..nabi Ismail… pengorbanan Saidatina Hajar…hatta hinggalah ke nabi Muhammad SAW.
Semoga pulang kalian ke tanah air disirami dengan keinsafan yang hakiki… mengenal keagungan Allah yang esa… makrifatullah…. Dikurniakn Umrah yang mabrur…barakah sepanjang hayat di dunia dan di akhirat.
Aamiin.
Sumber kredit: FB: Kenangan haji & Umrah
Mudah-mudahan pemergian ke Makkah adalah panggilan (seruan) Nabi Ibrahim a.s dan lambaian Kaabah kerana Allah SWT. Pulang dengan umrah yang mabrur, In Shaa Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pada hari Jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT.
Betapa istimewanya hari Jumaat sehingga ia digelar penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam.
Ini kerana pada hari Jumaat diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.
Melalui hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadits 1411]
Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:
Maksudnya:
“Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 883]
Berdasarkan sebahagian hadis yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak viral pokok ‘snake plant’ atau lidah jin atau dikenali juga dengan nama lidah mentua ini dilaman sosial, ramai mahu menjadikan pokok ini sebagai hiasan dekorasi di ruang kediaman masing-masing.
Tidak dinafikan pokok ini sangat cantik dan menarik menjadi hiasan di ruang dekorasi. Tetapi ramai tidak tahu bahaya pokok hiasan viral ini.
Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata.
“Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor berkata terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.
“Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.
Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.
Sejak beberapa hari lepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang membolehkan orang ramai hanya duduk di rumah bagi mengelak jaringan penyebaran virus koronavirus COVID-19 ini.
Namun masih ada sesetengah pihak yang tidak ambil endah larangan ini. Masih ada yang keluar lepak minum atau makan di kedai tanpa ada rasa bersalah.
Ada juga yang marahkan pihak berkuasa Polis yang menjalankan kerja pemantauan ini. Masing-masing mengambil sikap ‘selfish’ dan tidak ambil kisah dengan larangan dikeluarkan.
Rentetan itu, hari ini kerajaan memutuskan melalui Kementerian Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu polis mulai Ahad ini bagi memantau keadaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Dalam laporan dalam Sinar Harian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu dilakukan untuk mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.
“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya sebentar tadi.
Sementara itu rata-rata warganet bersetuju dengan keputusan yang diambil ini bagi mengekang penyebaran virus merbahaya ini.
Joe BikeTerbaik. Satu tindakan yg amat baik demi kepentingan bersama. Dan mohon PDRM dan ATM ambil tindakan tegas dlm penguatkuasaan ini.
Mohd Fawzy Md Saidinilah cara yg terbaik. masyarakat dh tk heran dgn penguatkuasa polis, polis dibuat spt kwn kwn je…lngsung tdk peduli dgn arahan polis. inilah sebaiknya, tentera lebih tegas
Kekanda YanaAlhamdulilah..bagi kesedaran sikit pada yg berdegil sangat tu
Badrul Hisham Bin MansorAlhamdulillah …moga ini yg terbaikbuat semua… hargailah nyawa kalian juga insan yg tersayang
Nur DiyanaApa yang terbaik kami akan sokong..demi keselamatan kami semua..terima kasih kerana telah buat yg terbaik untuk kami rakyat Malaysia..pd tak masih x sedar lagi tolong lah kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid19 ni..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
10 Kelebihan Orang Bertaubat, Antaranya Dapat Rezeki BerkatTiada manusia yang sempurna. Malah tiada manusia yang terlepas dari berbuat dosa. Tapi sebagai hamba Allah, kita...