‘Ibadat haji beri kesan mendalam.’ 8 tahun tiada tawaran kerja, Shamsul Ghau Ghau percaya rezeki Allah. Benarlah bila kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik seperti berhijrah pasti ada ujiannya.
Bagi Shamsul Ghau Ghau, dia berusaha menjadi insan yang lebih baik selepas pulang mengerjakan ibadat haji pertama kalinya pada tahun 2012. Memang haji pertama yang dia lalui memberi impak yang besar buat kehidupannya.
Artikel Berkaitan:
Malah empunya diri turut mengakui pintu hatinya terbuka untuk memperbetulkan segala kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Namun perubahan ini tidak bermakna dia meninggalkan dunia seni.
“Sebenarnya mereka salah anggap. Bila kita berhijrah, ramai orang anggap kita berhijrah termasuklah dalam urusan kerja contohnya panggil shooting tak boleh, pergi show tak boleh.
‘Masyallah, saya bukan begitu. Saya perlu bekerja sebab saya ada anak-anak dan mempunyai hutang untuk dibayar. Tapi bila saya berhijrah, orang pun tak nak panggil saya lagi.
“Bila saya berhijrah, saya banyak lalui perkara sukar kerana tiada job. Paling sedih ada orang gelar saya ‘bekas selebriti’. Tapi saya tetap berdoa dan anggap segala yang berlaku adalah ujian selepas hijrah,’ kongsi Shamsul Ghau Ghau yang mesra disapa Paksu.
Menurut Shamsul, dia bernasib baik sepanjang diuji dia memiliki simpanan untuk digunakan. Semua yang berlaku adalah atas jasa dan nasihat almarhum Mr Os.
‘Suatu ketika dahulu, Mr Os ada remind saya dan suruh simpan duit kalau dapat duit job. Dengar nasihat Mr Os, memang saya mula menyimpan sampai saya mampu beli 3 biji rumah dan ada duit simpanan dalam bank.
‘Jadi bila kita diuji dengan tidak ada kerja. Simpanan dan rumah yang ada memang membantu. 8 tahun tiada kerja, sudahnya saya jual rumah untuk teruskan hidup. Tapi tetap yakin dengan Allah, alhamdulilah ada kerja datang, saya terima,’ terangnya lagi.
Shamsul paling teruja dalam kesempitan dia meneruskan kehidupan, dia direzekikan untuk belajar Al-Quran dan akhirnya mendapat tauliah untuk mengajar mengaji di negeri Selangor.
Semuanya gara-gara tiada tawaran kerja, dirinya mempunyai banyak masa untuk pengajian Al-Quran. Shamsul aktif sebagai guru al-Quran selepas menjadi artis pertama menerima pentauliahan mengajar kitab itu daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Mac 2018.
Baca Di Sini:
Teringin Nak Dapat Jadi Tetamu Allah, Amalkan Tip Yang Dikongsi Oleh Wanita Ini
Ikuti kisah haji Shamsul Ghau Ghau dalam Tetamu Haramain Episod 5:
Kashoorga: Berubah menjadi lebih baik tidak bermakna kita meninggalkan segala-galanya.
Sumber: Tetamu Haramain Episod 5
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.