Seorang pelajar berusia 14 tahun tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) minggu lalu.
Bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 itu dibuat oleh Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.
Ads
Tunai Tanggungjawab
Menurut, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya yang merupakan pengasas produk pemakanan Bebycurf, dia terkejut mampu mencapai jualan sebanyak RM400,000 sejak berada di pasaran pada September tahun lalu.
“Sepanjang empat bulan, produk saya sudah mencecah jualan sebanyak itu (RM400,000),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Pelajar Tingkatan 2
Di samping itu, jelas Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya, melihat kepada nilai jualan, ibunya, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayahnya, Mustaman Che Yusof memberi nasihat supaya menunaikan tanggungjawab dengan mengeluarkan zakat.
Ujarnya, tanpa berlengah dia terus berbuat demikian dengan melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu berzakat dengan MAIK.
“Alhamdulillah, saya lega dapat berbuat demikian dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Ads
Bayar Zakat Perniagaan RM 10K
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya memberitahu, dia tidak menyangka perniagaan yang bermula di TikTok itu mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Dia berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan penuh kepada produk keluarannya itu.
Sementara itu, Bibi Hasnalinda berkata, dia terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya itu untuk berzakat.
Dalam masa yang sama, dia berharap usaha tersebut dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat.
Di saat kesedihan masih bersisa pemergian adik Rayan yang tidak mampu bertahan selepas lima hari terperangkap selepas terjatuh dalam perigi di Maghribi, hari ini hal yang sama berlaku pada adik Haider, 9 tahun juga sudah menemui Pencipta-Nya sebentar tadi.
Di saat dunia berdoa agar dirinya dapat diselamatkan selepas terjatuh dua hari lalu pada kedalaman perigi 10 meter ( 33 kaki) di Wilayah Zabul, Selatan Afghanistan, anak kecil ini masih sempat berbual dengan ayahnya pada awal kejadian mengatakan keadaannya okay. Dan Allah lebih sayang, di hari Jumaat yang mulia ini, Allah menjemputnya pergi dalam keadaan suci.
Sebelum ini tular di media sosial rakaman videonya berbual dengan bapanya di mana dirinya berjanji akan terus “berbual” dengan bapanya.
“Adakah kamu okey, anakku?
“Berbual dengan ayah dan jangan menangis. Kami akan membawa kamu keluar,” kata bapanya.
“Baiklah, saya akan terus bercakap,” jawab Haider dengan tenang dari bahagian dalam telaga.
.Sama seperti kes Rayan, di mana penggalian dilakukan untuk mengelak tanah runtuh, hal sama dilakukan pada kes adik Haider dan pasukan penyelamat turut membekalkannya makanan, minuman serta oksigen.
Usaha menyelamatkannya dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan sejak jatuh pada Selasa lalu.
Dalam pada itu, sebentar tadi, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Azzam, Haidar dalam tweetnya memaklumkan anak kecil itu sudah meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.
Menurut laporan lalu, mangsa terperangkap sedalam 10 meter (33 kaki) di dalam perigi di Wilayah Zabul, Selatan Afganistan. Anak kecil ini tersangkut ke bawah batu dan usaha mengeluarkan dijalankan sehingga berjaya keluarkan kanak-kanak tersebut hari ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berita baik untuk pasangan pengantin meraikan hari bahagia apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberikan kebenaran bernikah di seluruh masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya berkuat kuasa mulai hari ini (17 September).
Disamping kehadiran wali dan ibu bapa dari kedua belah pihak selain saksi dari JAWI, pasangan pengantin boleh membawa seorang jurugambar untuk merakam momen indah kedua mempelai disatukan di majlis berkenaan.
Bagaimana pun, kesemua 10 orang termasuk pasangan pengantin perlu memenuhi syarat ditetapkan dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 termasuk sudah lengkap divaksinasi dan perlu menunjukkan sijil vaksin berkenaan apabila diminta. Dan seandainya belum lengkap di vaksin, bakal pengantin perlu menunjukkan ujian PCR tiga hari sebelum majlis.
Bekas pesakit Covid dan telah sembuh sepenuhnya adalah DIWAJIBKAN mengemukakan surat pengesahan (discharge note) daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atau Jabatan Kesihatan Negeri. Masa yang sama, mereka bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Masa yang sama, mereka tidak bergejala dan bukan kontak rapat pesakit Covid-19.
Berikut adalah kenyataan rasmi dikeluarkan oleh JAWI:-
Alhamdulillah. Kami menetapkan perluasan kebenaran Majlis Akad Nikah di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk maslahah umat Islam berkuatkuasa 17 September 2021 (Jumaat) seperti berikut :-
Majlis akad nikah dibenarkan untuk dijalankan di semua masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Mereka yang telah mempunyai Kebenaran Berkahwin JAWI hendaklah membuat janji temu dengan pihak masjid bagi mendapatkan tarikh serta waktu akad nikah.
Kehadiran ke majlis akad nikah di masjid terhad kepada 10 orang sahaja iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua-dua ibubapa pengantin lelaki, jurunikah, dua (2) orang saksi daripada pihak JAWI/Masjid yang berkenaan dan seorang jurugambar.
Semua pihak yang dibenarkan hadir ke majlis akad nikah telah lengkap menerima vaksin dan perlu mempamerkan sijil vaksin digital.
Bagi yang masih tidak lengkap vaksin adalah diwajibkan untuk menjalani swab test PCR dalam tempoh tiga (3) hari sebelum majlis akad nikah dan keputusan ujian yang negetif hendaklah diserahkan kepada jurunikah sebagai bukti untuk membolehkan majlis akad nikah diadakan.
Bekas pesakit Covid dan telah sembuh sepenuhnya adalah diwajibkan mengemukakan surat pengesahan (discharge note) daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atau Jabatan Kesihatan Negeri.
Pasangan diberi masa 20 minit untuk majlis akad nikah semasa PPN Fasa 2 ini.
Masa yang sama, HANYA MAS KAHWIN dan dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di ruang majlis. Gambar hiasan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kos sara hidup yang makin tinggi membuatkan bukan sahaja suami perlu bekerja. Tetapi isteri juga digalakkan untuk keluar bekerja demi untuk membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.
Jadi tugas kaum wanita ini bukan sahaja di pejabat, tetapi berterusan bila balik ke rumah. Meneruskan pula tanggung jawab bukan sahaja sebagai ibu, tetapi juga doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari Arafah merupakan hari yang kesembilan dalam bulan Zulhijjah. Jemaah haji akan melakukan wukuf di padang Arafah pada ketika itu.Umat Islam digalakkan untuk berpuasa...