Hari ini anak menjadi raja dan ibu bapa hamba. Ini kerana ramai ibu bapa yang mengambil mudah soal mendidik anak, kurang menerapkan ilmu agama dan menyerahkan segala keputusan kepada anak kerana mungkin sudah bosan menasihati. Ditambah faktor ekonomi, rata-rata ibu bapa sibuk mencari duit hingga mengabaikan memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak khususnya anak perempuan.
Pendedahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini sebenarnya amat menakutkan dan pastinya menggerunkan golongan ibu bapa yang memiliki anak perempuan.
Satu hasil kajian yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sembilan daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di sisi agama.
Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, Pegawai Psikologi D11 sedang menyiapkan kajian berkaitan isu itu membabitkan ribuan golongan remaja wanita yang terbabit dalam kes rogol atau disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pihaknya mendapati golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.
“Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan tahun. Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.
Ads
“Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang tinggi.
“Pada awal tahun ini sahaja, pasukan D11 sudah menerima dua kes membabitkan remaja perempuan yang menawar khidmat seks. Mereka ini melakukan hubungan seks bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.
“Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih untuk melakukannya.
“Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan luar dilakukan anak mereka ini. Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka,” katanya.
Ads
Tahu perbuatan salah di sisi agama
Siti Kamsiah berkata, ketika ditemu bual, remaja perempuan terbabit mengakui dan menyedari perbuatan itu salah di sisi agama serta merosakkan masa depan.
“Bagaimanapun perbuatan ini sukar dibendung berikutan ibu bapa tidak memantau pergerakan anak perempuan masing-masing menyebabkan mereka berani melakukannya.
“Mereka tidak diajar panduan menjalani kehidupan sebagai anak dan remaja hingga akhirnya terjebak dengan kegiatan itu. Mereka ini tiada ejen sebaliknya menggunakan media sosial untuk mencari pelanggan. Mereka sanggup menawarkan diri serendah RM50 untuk melakukan hubungan terlarang itu.
Ads
“Namun hasil temu bual dilakukan, wang bukanlah perkara utama namun kepuasan dapat melakukan hubungan seks lebih menjadi keutamaan,” katanya.
Beliau berkata, kegiatan ini harus dibendung supaya tidak menular dalam komuniti masyarakat.
“Lebih menggusarkan jika ada individu mengambil kesempatan ke atas mereka. Golongan remaja ini tidak dididik secara sempurna manakala ibu bapa pula tidak mempunyai ilmu dan memberikan kefahaman agama mencukupi.
“Biasanya ibu bapa remaja ‘terbabas’ ini tidak dapat menjangkakan risiko dan ancaman di sekeliling anak-anak selain terlalu memberi kepercayaan. Ini akhirnya menyebabkan berlakunya kes rogol di mana ada dalam kalangan remaja melakukan perbuatan itu dengan kenalan media sosial baru dikenali. Di sini bermulanya masalah apabila mereka akhirnya menjadi ketagih terhadap perbuatan maksiat itu,” katanya. Sumber :- Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada kalangan kita mungkin punya masa lalu yang hitam atau mengaibkan dan perkara ini tidak mahu kita kongsi dengan sesiapa pun.
Walau cuba dielak namun ada kala perkara ini tetap ditanya oleh orang sekeliling. Agar orang tidak dipandang serong, dalam keterpaksaan kita terpaksa berbohong. Dalam hal ini adakah seseorang itu berdosa?
Menjelaskan tentang persoalan ini menurut Mufti Selangor, perbuatan menipu adalah berdosa. Namun beberapa situasi sahaja yang dibolehkan, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Kalthum binti ‘Uqbah bin Abi Mu’aith (dia temasuk muhajirat yang pertama berbaiah dengan Nabi SAW) beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : ليس الكذاب الذى يصلح بين الناس ويقول خيرا ويمنى خيرا قال ابن شهاب ولم اسمع يرخص فى شئ مما يقول الناس كذب الا فى ثلاث : الحرب والاصلاح بين الناس وحديث الرجل امرأته وحديث المرأة زرجها
Maksudnya : “Tidak termasuk pendusta orang yang mendamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu berhasil dengan baik”. Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta melainkan dalam 3 keadaan: Ketika dalam peperangan, Dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan percakapan suami kepada isterinya dan percakapan isteri kepada suaminya”. (Riwayat Muslim)
Tiada perkara yang dibolehkan untuk berbohong, melainkan yang disebutkan dalam hadis di atas sahaja. Imam Nawawi mengulas hadis ini dengan menyatakan dibolehkan berbohong sebagaimana maksud hadis di atas jika terdapat maslahah/ kepentingan.
Bagaimanapun perkara yang berkaitan dengan aib, sebagai seorang muslim sebaiknya perkara ini hendaklah dielakkan dan tidak didedahkan kepada orang ramai.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujuraat : 12)
Cukuplah jadi orang baik. Kita tak kacau sesiapa pun. Mungkin kita pernah mendengar ayat begini. Ya bukan mudah menjadi orang baik, ia memerlukan masa. Tapi tahukah, ada beza antara menjadi orang baik (soleh) dan penyeru kebaikan (muslih).
Orang baik biasanya dikaitkan dengan istilah soleh. Orang begini ialah orang yang sentiasa melakukan kebaikan untuk dirinya sahaja sedangkan orang muslih atau penyeru kebaikan ialah orang yang sentiasa mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan orang lain.
Selalunya, orang yang baik disayangi manusia sementara orang penyeru kebaikan akan dimusuhi manusia. Pelikkan?
Dirujuk kepada perjalanan hidup Rasulullah SAW semasa menyebarkan agama Islam. Sebelum Baginda diutus sebagai Nabi, Rasulullah disenangi kaumnya kerana Baginda baik. Namun ketika Allagh mengutuskan sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya termasuk menggelaranya tukang sihir, pendusta bahkan dituduh sebagai orang gila.
Kenapa orang Muslih diuji begitu?
Jawapannya kerana orang Penyeru Kebaikan akan “mengubah” sesuatu kebiasaan (orang biasa menurut hawa nafsu) dan orang muslih ini biasanya akan berusaha memperbaikinya dari menjadi lebih rosak. Teruk. Tapi biasanya Allah akan menjaga orang begini. Sekadar diberikan satu contoh. Mungkin kita pernah ingat kes Ustaz Ebit Lew “diserang” di media sosial suatu ketika dahulu kerana dikatakan menunjuk-nunjuk dalam menyampaikan sedekahnya kerana ramai beranggapan sedekah tak perlu dihebohkan. Tapi apa yang berlaku, Allah terus menjaga Ustaz Ebit dengan memberikan limpahan rezeki malah dan perniagaan dijalankannya turut maju malah semakin ramai sayang padanya baik orang muslim mahu pun bukan muslim. Ya inilah bezanya orang Muslih dan soleh kerana orang baik hanya berbuat kebaikan untuk dirinya sahaja.
Allah Subhanahu wa ta’alaa berfirman:
“Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan..
”
Dari penjelasan di atas, hikmah yang dapat kita pelajari bahawa menjadi orang soleh tidak cukup bagi kita kerana kita hidup di dunia ini sendiri-sendiri sahaja. Maka lihatlah keadaan di sekeliling kita, Jadilah orang soleh penyeru kebaikan, jangan pernah merasa puas hanya menjadi orang baik saja. Wallahualam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Saya hendak tahu apakah dia yang dinamakan solat sunat zifaf itu ustaz?
JAWAPAN :
Solat sunat zifaf yang tuan bertanyakan itu ialah yang dinamakan solat sunat mempelai ertinya solat sunat yang dilakukan oleh pengantin selepas bernikah.
Ianya sunat dilakukan oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ketika ditemukan.
Diriwayatkan daripada Abu Said Maula Abu Usaid r.a. berkata bahawa para sahabat Nabi yang dijemput ke majlis pernikahannya telah berkata :
إذا أدخل عليك أهلك فصل عليك ركعتين ثم سل الله تعالى من خير ما دخل عليك وتعوذ به من شره ثم شأنك وشأن أهلك
Ertinya : “Apabila kamu bertemu dengan isterimu maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah doa kepada Allah dari segala kebaikkan isterimu dan mintalah perlindungan dengan Allah dari keburukkannya kemudian hal kamu dengan isteri kamu.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Berkata Syeikh Nawawi Bintan :
ومنه ركعتا الزفاف تسن هذه الصلاة لكل من الزوج والزوجة ينوي بها سنة الزفاف .
Ertinya : “Dan setengah dari solat-solat sunat itu ialah dua rakaat solat sunat zifaf. Disunatkan solat ni bagi setiap suami dan isteri yang berniat dengan solat itu akan sunat zifaf yaitu pengantin.” (Kitab Nihayah Az-Zain)
Berkata setengah ulamak solat sunat zifaf ini ialah solat sunat nikah manakala setengah ulamak berkata solat sunat nikah itu sunat dilakukan sebelum aqad manakala solat sunat zifaf ini selepas aqad dan ketika bertemu suami dan isteri.
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...