Menguruskan jenazah bayi 8 bulan Allahu..Melihat wajah si bayi kecil ini mampu membuat sesiapa saja menitis air mata.. Lagi lagi mereka yang sedang menguruskan jenazah bayi syurga ini.. Dari apa yang dikongsikan oleh ibu si bayi.. Anaknya meninggal dunia kerana lemas di dalam baldi..

Kejadian berlaku ketika dirumah penjagaan kanak kanak dijalan kebun tidak jauh dari rumah si ibu.. Harapan si ibu untuk melihat bayi kesayangan membesar didepan mata musnah..

Saya katakan ini adalah disebabkan kecuaian.. Sepatutnya bayi sebesar ini perlu penjagaan rapi dari pihak pengasuh.. Si ibu adalah ibu tunggal.. Sangat tragis keadaan dan suasana tadi semasa dibilik mayat.. Tangisan tidak berhenti langsung!

Sedih saya dan rakan rakan melihat.. Itu belum lagi kejadian kakak kepada si ibu meraung seperti terkena histeria.. Menjerit jerit anak buahnya telah tiada.. Allahuakbar!!! Tersentak saya dan rakan rakan.. Tetapi itu lah.. Setiap yang berlaku allah swt telah tentukan.. Allah lebih menyangi Anak syurga ini.

View this post on Instagram

Suasana suram menyelubungi semua unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi berusia 8 bulan tadi.Rasa sayu,sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat. Apabila jenazah dibuka untuk dimandi,unit sukarelawan masing masing melihat antara satu sama lain.ada yang menahan air mata kerana melihat si ibu menangis sambil berulang kali menyebut " rayyan tunggu ibu disyurga","tunggu ibu ye nak disyurga". Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak.tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan hanya sedih! Seperti yang dimaklumkan kepada unit sukarelawan ketika ditemu bual,beliau menghantar bayi lelakinya ke tempat penjagaan berbayar kanak kanak berhampiran rumahnya dijalankan kebun shah alam. Beliau dimaklumkan oleh pihak pengasuh bayi lelakinya telah meninggal dunia kerana lemas didalam baldi dibilik air tempat anaknya diasuh dan dijaga. Hati ibu mana yang boleh menerima berita kematian sebegitu? Bagaimana anak yang sepatutnya dijaga rapi oleh pihak pengasuh boleh lemas didalam baldi dibilik air? Si ibu memberitahu pihak penjagaan rumah pengasuh kanak kanak itu menyatakan pintu bilik air tidak berkunci ketika kejadian berlaku. Ada kecuaian yang dapat dilihat sebagai punca kerana bayi berusia 8 bulan begitu perlu dijaga dengan rapi oleh pengasuh. Jika pengasuh peka dan aspek penjagaan diutamakan,bukan sahaja kematian tetapi situasi kecederaan juga tidak akan berlaku. Kes kematian bayi yang diuruskan oleh pihak unit khas van jenazah telah pun dalam siasatan pihak polis.kami sendiri berharap KEADILAN dapat ditegakkan jika berlaku faktor kecuaian dari pihak pusat penjagaan. Tindakan paling tegas wajar dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh tetapi kepada pemilik pusat penjagaan kanak kanak tempat bayi ini mati. Ini melibatkan NYAWA ANAK ANAK & KEPERCAYAAN ibu bapa lain yang mempunyai anak anak dipusat penjagaan itu.jangan hanya kerana memandang duit orang lain yang perlu menanggung kesedihan! #PRAY_4_ADIK_RAYYAN #HIDUP_DEMI_ISLAM_MATI_KERANA_ALLAH #SKUAD_FISABILLAH_VAN_JENAZAH #SPJM_UKVJ_VJPT #vanjenazah #bernamaradio #indahdihati

A post shared by SKUAD PENGURUSAN JENAZAH(SPJM) (@skuad_pengurusan_jenazah_malay) on

Tidak dapat dinafikan memang sakit kehilangan anak bagi seorang ibu namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah anak itu menghuni syurga dan diasuh Nabi Ibrahim?

Dalam satu peristiwa, Rasulullah SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam syurga.

Antara yang Baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi dikelilingi kanak-kanak.

Malaikat menerangkan kepada Nabi, maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Nabi Ibrahim dan disekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang mati pada waktu kecil).

Maka, semua yang dilahirkan pada waktu kecil mati di atas fitrah iaitu Islam dan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis riwayat al-Bukhari – 7047)

Hadis itu menunjukkan anak yang meninggal dunia pada waktu kecil adalah dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.

Anak kecil itu mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka dengan izin Allah.

Daripada Abu Hassan RA, maksudnya: “Aku bertanya kepada Abu Hurairah keadaan dua anak kecilku yang sudah meninggal dunia: ‘Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?’’

Jawab Abu Hurairah: “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka atau ibu bapa, lalu menarik bajunya atau menarik tangannya seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga.’” (Hadis riwayat Imam Muslim – 2435)

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Da’amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du’mus yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air. Mereka tidak berpisah dengannya. Maksudnya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.” (Rujuk kitab Syarh Muslim – 16/182)

Berkata Ibn al-Athir Rahimahullah: “Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (iaitu kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab apabila dengan mereka.” (Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadis wa al-Athar – 2/289)

Sumber: FB Mr wan chai official Unit khas van jenazah dan Mufti Wilayah Persekutuan

VIDEO KASHOORGA: