Ibu berkorban derma hati untuk anak. ‘Begitulah kasih emak, hanya Allah mampu membalasnya.’ Jika kesakitan anak mampu dipindahkan, sudah tentu sang ibu rela menanggungnya.
Seorang ibu sanggup lakukan apa saja untuk anaknya, malah sanggup menggadaikan nyawa agar anaknya kembali sihat dan dapat meneruskan hidup seperti orang lain.
Ibu ini bersedia untuk mendermakan sebahagian hati kepada anaknya, Bazly Yusuf Mohd Barkhia yang mengalami masalah hati sejak lahir.
Malahan wanita yang dikenali dengan nama, Nur Marhaini Ismail, 31, sanggup berkorban demi memastikan Bazly, 3, dapat meneruskan hidup secara normal seperti kanak-kanak lain.
“Organ (hati) saya sesuai dengan Bazly dan pembedahan akan dilakukan bagi memindahkan sebahagian hati saya kepada Bazly.
“Pembedahan itu akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kami akan ditahan selama sebulan untuk proses rawatan dan pemantauan terlebih dahulu,” katanya.
Derma Hati Untuk Anak
Sebenarnya jelas Nur Marhaini, anak kedua daripada tiga beradik itu dilahirkan tanpa saluran hempedu selain mempunyai masalah hati dan memerlukan pembedahan segera berikutan fungsi organnya itu kini semakin merosot.
Ads
Tambahnya, sebelum ini, Bazly pernah menjalani pembedahan ketika masih bayi bagi memasukkan saluran hempedu sebelum ini.
“Kami sepatutnya dijadualkan ke HKL pada Isnin lalu untuk pembedahan kedua iaitu pemindahan hati.
“Tapi belum sempat kami berangkat ke sana, keadaan kesihatan dia (Bazly) tidak mengizinkan apabila dia mengalami sesak nafas dan kini menerima dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan,” ujarnya.
Begitulah Kasih Emak
Dalam masa yang sama, Nur Marhaini turut memberitahu, keadaan Bazly setakat ini semakin stabil dan tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Tambahnya, mereka mungkin akan berangkat ke HKL dalam masa terdekat bergantung pada keputusan pihak HTAA.
“Kami harapkan pembedahan kedua (pemindahan sebahagian hati) dapat dilakukan. Saya bimbang apabila doktor memberitahu keadaan hati dan nadi Bazli semakin merosot.
Ads
“Jadi pembedahan itu perlu dilakukan segera bagi mengelak keadaan lebih buruk terjadi,” katanya.
Hanya Allah
Di samping itu, Nur Marhaini juga meluahkan bahawa dia kini buntu memikirkan mengenai kos perbelanjaan sepanjang berada di HKL terutama untuk suami, Mohd Barkhia Yahya, 38, yang terpaksa menemani mereka berdua selama sebulan.
Ujarnya, suaminya bekerja sebagai mekanik dan memperolehi gaji secara harian, sekali gus terjejas punca pendapatannya.
Ditanya mengenai kos pembedahan, Nur Marhaini berkata, pihak hospital masih belum memaklumkan jumlah kos pembedahan atau rawatan.
Mampu Membalasnya
Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga perlu bersedia dengan kos keperluan lain untuk kami bertiga sepanjang berada di sana.
Dia memaklumkan tidak pernah memohon atau menerima sebarang bantuan dari mana-mana agensi kerajaan.
Ads
“Setakat ini, kami hanya menerima sumbangan wang tunai daripada badan bukan kerajaan (NGO) Amal Team, baru-baru ini.
“Saya tidak tahu kelayakan atau prosedur untuk memohon bantuan berkenaan namun dalam keadaan sekarang kami memang memerlukannya,” jelasnya.
Ramai mengatakan tidur adalah kematian sementara. Jika dikatakan mati sementara, lalu ke manakah ruh manusia pergi saat manusia tidur?
Dari penelitian ilmiah, hal ini belum mampu dijelaskan dengan tepat kerana ruh termasuk dalam jiwa yang berada di tubuh manusia yang masih hidup. Malah ruh sendiri tidak terbentuk dan manusia sendiri tidak mampu melihatnya.
Namun dalam surah Az- Zumar ayat 42, Allah berfirman:-
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”
Dari ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa Allah memegang jiwa-jiwa manusia ketika sedang tidur. Dalam ayat lain, iaitu surah Al-An’am ayat 60-61 menyebut:
“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya.”
Di dalam dua ayat di atas, Allah menyebutkan kata wafat (mati) sebanyak dua kali, iaitu pada kata “yatawaffakum” yang diertikan sebagai kata ‘menidurkan’ pada ayat di atas, juga pada kata “tawaffathu” yang bererti “diwafatkan”.
Hal ini adalah tentang dua keadaan wafat, iaitu wafat sementara dan wafat selamanya. Hal ini dijelaskan dalam ayat Az-Zumar ayat 42, “maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.”
Kerana itulah, ketika kita tidur, menurut sunnah dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu : Bahawasanya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tempat tidurnya, kemudian kembali lagi, hendaklah ia mengibas-ngibaskan kainnya tiga kali (sebelum tibur pada tempat tidurnya). Sesungguhnya ia tidak mengetahui apa yang terjadi saat ia meninggalkannya. Dan apabila berbaring, hendaklah ia membaca : ‘Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, Rabb-ku, aku meletakkan perutku (tidur), dan dengan-Mu pula aku mengangkatnya (bangun). Apabila Engkau menahan diriku (mati), sayangilah aku. Namun bila Engkau melepaskannya (hidup), peliharalah ia sebagaimana Engkau telah pelihara dengannya hamba-hamba-Mu yang shalih”.
Tulisan ini adalah dari terjemahan Ibn Katsir Rahimahullah. Justeru itu, apabila hendak tidur berwudhu’ lah dan bacalah do’a agar terhindar dari segala macam bahaya dan penyakit. Sumber: sumatracyber.blogspot
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
DaripadaNya kita datang dan daripadaNya juga kita kembali. Setelah hampir beberapa bulan bertarung nyawa, akhirnya anak kedua pelakon serta pelawak popular Ali Puteh, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah dijemput menemui Tuhannya jam 11.30 pagi tadi.
Si kecil ini yang baru berusia 3 bulan disahkan menghidap masalah injap jantung terbalik dan telah menjalani pembedahan kerana masalah berkenaan.
Ternyata catatan ringkas Ali Puteh ini juga turut mengundang sebak apabila meminta anak syurganya itu tidur sepuasnya dan menunggu dia dan isterinya di sana.
Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini..tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar…
Tambah Ali, apa yang menyentuh hatinya ialah semangat Ainul untuk meneruskan hidup.
“Sepatutnya doktor cabut mesin bantuan pernafasan pada Jumaat lepas tetapi Ainul buka mata, aktif dan memberikan reaksi positif.
“Doktor pun dah mula gembira, tetapi apabila mesin dicabut Ainul tidak bernafas. Paru-parunya hanya berfungsi 20 peratus.
“Dan satu lagi pembedahan dilakukan dan doktor beritahu hari Isnin mesin akan ditanggalkan dan memintan saya serta isteri redha dengan apa jua kemungkinan.
“Ainul mahu bersama kami walaupun hanya dua bulan…,” katanya kepada Astro Gempak menahan sebak.
fakhrulunic Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..sabar n tabah li..berilah kekuatan buat keluarga ini ya Allah. Gantikan mereka yg terbaik disisiMu. Pandanglah mereka dgn rahmat kasihMu. Sesungguhnya bagi Allah apa yg dia beri dan dia ambil..takziah sahabat @aliputeh89@abam_bocik
KASHOORGA: Mengucapkan salam takziah untuk keluarga Ali Puteh dan semoga bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah. Semoga mereka sekeluarga akan bertemu semula kelak di jannatul firdausi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kecantikan itu sebenarnya sangatlah subjektif. Ada yang hanya tampil sederhana, tetapi tetap kelihatan cantik.
Dan kemanisan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajah atau pada kemanjaannya. Ia terletak pada akhlak dan budi pekertinya.
Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para Muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.
Bukan dan tidak sama sekali tetapi daya tarikannya terletak pada iman dan taqwanya kepada Allah S.W.T.
Di manakah kecantikan wanita solehah sebenarnya? Terdapat 8 keistimewaan wanita solehah yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita yang lain. Wanita solehah akan memiliki kecantikan yang sebenar.
1. Menundukkan Pandangan, Nescaya Hati Semakin Jernih
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (Surah an-Nur ayat 30-31)
Daripada Abdullah bin Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya:
“Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut shiddiq. Sedang dusta mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi).
Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabi pun yang tidak beristighfar. Malah selalu mengajak umatnya untuk beristighfar.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Barangsiapa mengucapkan ‘Astaghfirullahal adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi’ akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
5. Sentiasa Menjaga Kehormatan Diri & Menutup Aurat
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)
6. Sentiasa Bersifat Tawaduk & Membina Rasa Ukhuwah
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
“Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Abu Hurairah r.a pun ada menyebut, ketika turun ayat al-Mula’anah (tentang suami isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan serong), Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Siapapun perempuan yang menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia tidak akan memperoleh apapun dari Allah S.W.T dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga.”
Hadis di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah sehingga boleh menjerumuskan pada fitnah yang lebih besar.
Semoga semua para wanita sentiasa menjaga kesucian diri mereka. Elakkan segala bentuk fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya.
8. Sentiasa Berwuduk, Nescaya Wajah Bercahaya Di Hari Akhirat
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
“Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhu.”
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...