Ibu hamil anak pertama pastinya sangat teruja menjalani tempoh kehamilan selama 40 minggu.
Pelbagai rasa bercampur baur; gembira, resah, bimbang, takut dan macam-macam lagi.
Bersyukurlah wahai ibu, sebagai orang Islam, kita dikurniakan Al-Quran yang boleh membantu memberi ketenangan.
Hasil kajian dari Muhammad Salim yang diterbitkan di Universiti Boston, Amerika Syarikat, juga mendapati bahawa bacaan Al-Quran dapat memaksimalkan pertumbuhan otak sang janin. Ada juga berpendapat, ibu bakal melahirkan anak yang sihat, cerdas dan soleh dengan izin Allah.
Walaupun golongan ulama menyatakan bahawa tidak ada dalam syariat yang jelas bahawa doa-doa daripada surah amalan ibu mengandung ini menjadikan anak mereka cantik, bijak dan sebagainya.
Namun ambillah pengajaran bahawa segala ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran mempunyai ‘khasiatnya’; baik, berkat dan penuh pengajaran.
Berikut ini adalah sejumlah surah dalam Al-Quran yang disarankan untuk sering dibaca oleh ibu hamil.
Artikel berkaitan: Banyakkan Baca Surah Untuk Baby Lepas Hampir 2 Tahun Kahwin, Dayah Bakar Kongsi Kini Hamil Anak Pertama
Artikel berkaitan: Genap 2 Bulan Suami Pergi, Allah Hadirkan Hadiah Paling Istimewa. Wanita Ini Disahkan Hamil Ubati Kesedihan!
Nabi Yusuf AS dikenal sebagai nabi yang paling rupawan dan berperilaku mulia. Dalam banyak riwayat disebutkan bahwa kerupawanan Nabi Yusuf membuatnya dikagumi dan mahsyur di masanya.
Disebabkan ini, apabila membaca surah Yusuf saat hamil dipercaya membuat bayi yang dikandung bisa serupawan dan memiliki akhlak mulia layaknya Nabi Yusuf AS.
Al-Fatihah yang dikenal juga dengan sebutan Ummul Kitab termasuk salah satu surah paling mulia. Membaca Al-Fatihah merupakan syarat syahnya salat.
Surah Al-Fatihah diyakini mampu menenangkan hati dan menguatkan daya ingatan. Kerana itu, surah ini dianjurkan untuk sering dibaca oleh ibu hamil.
Surah Al-Baqarah merupakan surah terpanjang dalam Al-Quran. Terdiri daripada 286 ayat. Di dalamnya banyak sekali ayat-ayat mulia yang berisikan pelajaran berharga bagi mereka yang mempelajarinya.
Salah satunya adalah ayat 128, yang banyak dianjurkan untuk sering dibaca oleh ibu hamil, iaitu:
“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau, dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang patuh terhadap engkau, dan tunjukilah kami tata cara melaksanakan ibadah dan terima lah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”
Surah Yasin merupakan surah ke-36 yang menganduni 83 ayat. Surah ini diyakini memiliki banyak keutamaan terutama jika sering dibaca oleh ibu hamil.
Membaca surah Yasin dilakukan oleh ibu yang ingin anaknya memiliki ketenangan hati dan jauh daripada godaan syaitan mengajak kepada maksiat
Surah ke-19 yang terdiri daripada 89 ayat ini sering dibaca oleh ibu hamil. Surah Maryam bercerita banyak mengenai perjuangan Siti Maryam dalam melahirkan Nabi Isa AS, bermula dari proses bersalin hingga doa-doa yang dipanjatkan.
Surah ini salah satunya diyakini memudahkan proses bersalin. Selain itu, di dalam Surah Maryam juga terdapat doa agar anak kelak akan berbakti kepada ibubapanya.
1. Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa
2. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak
3. Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati
4. Surah At-Taubah supaya bersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat
5. Baca Surah An-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah
6. Surah Al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu
7. Surah Al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik dan ayat 8-9 untuk memohon rahmat
8. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat
9. Surah Al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah SWT
10. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga akidah dan memberi hidayah kepada anak
11. Surah As-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh dan solehah dan baik
12. Surah Al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan dan menyenangkan hati ibubapa, doa untuk mendisiplinkan anak, doa untuk kebahagiaan sekeluarga
InsyaAllah jika dilakukan secara konsisten semasa dan selepas bersalin, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifat dan indah akhlaknya.
Pastinya kita sebagai ibu dan ayah berasa beruntung dan bahagia memiliki anak yang soleh dan solehah.
Sumber artikel : akuislam.com/blog
Sumber artikel : akurat.co