Ibu Hidap Penyakit Buah Pinggang Dan Saraf Mata, Adik Pula Hidap Penyakit Berkaitan Jantung, Beratnya Ujian Wanita Ini

Share

Air dicincang tak akan putus. Kasih seorang kakak mana mungkin dapat dinafikan. Bagi Roziatul Syatilla yang merupakan seorang pekerja kontrak di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menzahirkan rasa pilu di atas ujian yang telah menimpanya.

Baru-baru ini doktor telah mengesahkan adiknya iaitu Mohd Munir Ikmal Rosle, seorang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghidapi penyakit kronik yang memerlukan bantuan segera dengan kos rawatan berjumlah RM800 bagi menjalani MRI dan RM50 RIBU bagi kos pembelian alat ICD untuk dipasangkan ke dalam badan Mohd Siraj.

Nama penyakit: HYPERTROPHIC CARDIOMYOPATHY (HOCM)

Alatan yang perlu dibeli: ICD=implanted converter defribillator

Fungsi: Pace maker berfungsi untuk degupkan jantung adik rozi apabila jantungnya tiba-tiba stop berdegup.

Difahamkan bahawa kes seperti ini jarang-jarang berlaku tetapi menurut pakar terdapat rawatan dengan memasukkan ICD itu ke dalam badan pesakit untuk connect dengan jantung.

Menurut Roziatul lagi, adik beliau memerlukan rawatan segera ini kerana jantung adik Roziatul boleh berhenti berdegup secara tiba-tiba walaupun sedang berehat atau tidur yang boleh membawa kepada kematian. Perkara ini amat memberi kesan di dalam diri Roziatul  kerana itulah satu-satunya adik yang dia ada.

 

 

 

Apa yang lebih membimbangkan lagi, ibunya juga memerlukan rawatan dek kesihatan yang kurang memuaskan (urat mata saraf tertanggal) dan baru-baru ini doktor mengesahkan yang ibunya menghidapi penyakit buah pinggang.

Gaji bulanan yang diperolehi oleh Roziatul tidak cukup untuk menampung kos-kos rawatan adik dan ibunya. Ini juga melibatkan kos berulang alik dari Kuala Ketil ke Kuala Lumpur (HUKM) hampir setiap minggu untuk memantau keadaan adiknya di sana. Roziatul memohon bantuan bagi meringankan bebannya demi ibu dan adiknya.

Bantulah saudara kita. Sesungguhnya sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan. Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… dan bertambah (HR.At-tirmidzi)

Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya (HR.Muslim)

Moga Roziatul terus diberi kekuatan untuk mengharungi liku-liku kehidupan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
MAYBANK : 152189228312
(ROZIATUL SYATILLA ROSLE)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor tertera:
0135802894 – Roziatul
0134147367 – Roziatul
0174612931 – Farid

Marilah kita membantu seorang sedikit. Moga ianya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.

Sumber kredit: FB: Faid Aidh

Published by
wan erni