Ibu Kongsi Tip Berjaya Bawa Lapan Anak Tunaikan Haji Secara Serentak

Share

Umpama mimpi menjadi kenyataan, seorang ibu berjaya membawa ke semua lapan anaknya menunaikan haji secara serentak pada musim haji kali ini.  Nor Hilali Hussin, 58, mula memasang impian dan berdoa untuk membawa ke semua lapan anaknya ke Tanah Suci Mekah ketika kali pertama menunaikan haji bersama suami pada tahun 2000.

Lapan anak Nor Hilali iaitu Wan Abdullah Shahid, 33, Wan Abdullah Shakir, 30, Wan Abdullah Shahir, 28,  Wan Abdullah Shamil, 21, Wan Abdullah Shamim, 19, Wan Abdullah Shabil, 17, Wan Abdullah Sharaf, 16. dan satu-satunya anak perempuan, Wan Iman Nawwarah, 23.

Nor Hilali mengakui ‘kejayaan’ dia membawa ke semua anaknya menunaikan haji secara serentak adalah atas usaha dan iltizam yang tinggi. Tidak dapat dinafikan ia memerlukan perancangan jangka panjang. Jelas Nor Hilali, pada 2006, dia mula daftarkan semua anaknya untuk pergi menunaikan haji selepas wang dalam akaun simpanan Tabung Haji masing-masing cukup syarat iaitu minimum RM1,300.

Semua duit raya anak-anak dan bonus yang diperolehinya setiap tahun dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak-anaknya. Malah anak pertama Nor Hilali, Wan Abdullah Shahid dan yang kedua Wan Abdullah Shakir yang sudah bekerja, turut membantu menambah simpanan adik-adik mereka.

Tentunya peluang untuk ke Tanah Suci bersama anak-anak menjadi idaman ramai kaum ibu.

Berikut tip yang dikongsikan oleh  Noor Hilali Hussain:

*Kalau nak pergi satu keluarga, daftar serentak
*Yang penting, cukupkan RM1,300 dahulu
*Kumpul sikit-sikit, duit raya, duit bonus
*Jangan putus-putus berdoa, nak datang sekali lagi, bawa anak-anak
*Daftar 2006, tawaran dapat 2018

Sumber: Berita Harian

Published by
wan erni