Ibu Mengandung Sekarang Banyak Pegang Phone Selfie Tunjuk ‘Baby Bump’. Tanpa Tahu ‘Baby Bump’ Adalah Aurat!

Share

Siapa yang tidak teruja apabila dikhabarkan mengandung setelah lama berkahwin.

Saat itu sebagai ibu muda pastilah sibuk untuk merakam momen menarik sepanjang kehamilan.

Dan rasanya ibu muda sekarang lebih banyak memegang telefon daripada membaca Al-Quran untuk diperdengarkan pada bayi yang sedang dikandung.

Ruginya jika kita tergolong seperti ini. Sepatutnya sebaik tahu hamil, terus saja amalkan bersama surah yang boleh dibaca bukan saja suami tetapi juga isteri.

Gambar sekadar hiasan.

Insya-Allah segala urusan sepanjang kehamilan akan dipermudahkaan dan bayi dikandung lahir sebagai anak yang soleh atau solehah.

Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli yang sangat memberi manfaat.

Harini berbual dengan sahabat solehah. Alhamdulillah dia berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata ketiga tahun depan, insyaAllah.

Sempat dia berkongsi nasihat ustazah yang diserap semasa kuliah Dhuha. Perbezaan bakal ibu solehah dan tidak semasa hamil.

Wanita pada zaman salafussoleh, bila mengandung ‘mengidam’ nak anak jadi imam besar, jadi ulama’, atau sekurangnya tahfiz al-quran. Belum lahir anak itu, sudah berniat nak mewakafkan anak untuk agama. Namun, bukan setakat berniat dan memasang angan, bahkan sudah mempersiapkan modul didikan terbaik supaya anak yang dilahirkan itu nanti bermanfaat untuk ummah.

Semasa mengandung, si ibu akan sangat sibuk menjaga ibadah, menjaga kata-kata, menjaga aurat dengan memakai pakaian taqwa. Al-Quran jadi temanan sejak dari sebelum kahwin hinggalah anak lahir, anak-anak dibesarkan dalam suasana melazimi tadarus dan cinta al-Quran.

MasyaAllah.

Zaman hari ini, kita ibu-ibu mengidam biasanya cuma fokus bab makan, makan puas-puas sebelum berpuasa sebulan lebih ketika berpantang. Kalau mengidam lain, setakat mengidam agar anak rupa persis arabic, korean look, rupa anak selebriti popular dan sebagainya.

Yang si ibu, lebih banyak pegang fon dari pegang al-Quran, lebih banyak baca fb dan whatsapp dari baca Al-Quran.

Gambar sekadar hiasan.

Ramai bakal ibu yang baca al-Quran semasa mengandung hanya sebab nak anak cantik, nak mudah bersalin.

Ya, memang bagus fadhilat amalan membaca surah tertentu, namun niat biarlah betul. Jangan pula sebelum mengandung dan selepas bersalin al-Quran dibiar berhabuk.

Sibuk selfie sengaja tunjukkan perut, dah elok berbaju longgar, bila bergambar sengaja pula pegang bawah perut biar nampak baby bump. Astaghfirullah. Padahal baby bump itu aurat.

Belum lahir anak itu, siang malam siapkan list tentang kelengkapan keperluan baby dan keperluan lepas bersalin semata-mata, tapi tak pernah terfikir tentang persiapan didikan anak setelah itu.

Allahuakbar.

Zuriat bukanlah sekadar rezeki, atau lambang kesuburan, atau sekadar pelengkap perkahwinan, tetapi ia adalah amanah paling berat buat pasangan suami isteri.

Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapanyalah yang mencorakkannya dengan agama Islam atau sebaliknya. Apakah kita telah menunaikan hak anak-anak untuk kenal Allah, Rasulullah SAW dan al-Quran dari ibubapanya sendiri?

Muhasabah buat saya yang menulis kembali nasihat berharga dari teman solehah. Syukran jazilan kak. Robbuna yusahhil.

#intandzulkefli
#selfreminder

Repost Oct 2017

Published by
webadmin