Memang tidak dapat dinafikan ramai golongan ibu bapa yang menganggap perbualan tentang seks adalah tidak sesuai kepada anak-anak. Pendidikan seksual telah diperkenalkan kementerian itu sejak 1989 lagi pada peringkat sekolah menengah dan diikuti sekolah rendah pada 1994.
Namun ia masih belum mencapai sasaran seperti yang diinginkan. Ikuti perkongsian Mohd Fadhli tentang cara pendidikan seksual di Syria dilaksanakan.
IBU SEKSI DI RUMAH
“Di Syria, ibu atau isteri ketika di rumah akan berdandan dan berpakaian seksi di rumah. Anak anak mereka akan melihat umi (emak) mereka pakai skirt pendek dan may be baju ketat ”
Begitu asyik sekali aku mendengar perkongsian dari Ustazah Sharifah Zahidah selepas kami ‘live’ di Tv Al Hijrah minggu lepas.
“Tak bahaya ke ustazah ? Mana tahu dalam diri anak anak itu telah di tanam dengan halwa mata melihat keseksian seorang wanita.”
Aku bertanya lagi menunjukkan minat untuk mengetahui.
BUDAYA DI SYRIA
Inilah budaya di Syria dan mungkin inilah adat budaya segelintir orang di sana. Bagaimana mereka mengajar pendidikan Seksualiti secara natural dan tidak langsung.
Ads
Menurut Ustazah, anak anak di Syria telah di biasakan dengan pemakaian seorang ibu yang seksi di rumah dengan harapan agar anak anak ini tidak terkejut ketika di luar rumah. Tapi tidaklah sampai ibu itu separuh bogel.
Tidak lengkap dengan berpakaian seksi sahaja, anak anak lelaki Syria telah di tanam dan di didik menjadi seorang lelaki yang melindungi ahli keluarganya terutam ibu, kakak atau adik perempuan.
Anak- anak lelaki mereka dididik agar menghormati para wanita dan menjaga kehormatan diri serta orang lain terutama wanita.
Inilah bezanya antara kita dan mereka. Cuba lihat diri kita. Sebagai seorang isteri bagaimana pakaian kita di rumah ? Bagaimana kita menghias diri untuk suami dan anak anak. Dan apakah terapan yang kita telah bumikan dalam diri anak- anak.
Ads
TAK PERNAH AJAR ANAK-ANAK LINDUNGI WANITA
Segelintir ibu-ibu berpakaian seksi hingga menjolok mata di hadapan anak. Tetapi tidak pernah ingin ajar anak anak mereka tentang melindungi diri seorang ibu apatah lagi seorang wanita. Agak mustahil akan hal ini kan ?
Sedikit sahaja wanita Malaysia yang berpakaian singkat di rumah. Paling kurang pun baju kelawar, berambut siput dan berbedak nyonya.
Itu yang bila anak tengok Zizi (malas tulis nama panjang), terbongkang biji mata. Itu belum suami lagi.
Maka saranan saya, esok hujung minggu, para ibu bangun awal, solat tahajud dan subuh. Setelah itu buatlah sarapan pagi dengan pakaian yang mengasyikkan. Berikan satu sinaran baru kepada ahli keluarga terutama suami dan anak.
Ads
BAPA PERLU MAIN PERANAN
Peranan suami pula adalah, membuat penegasan bahawa ini adalah ibu atau mak yang wajib kita lindungi. Didiklah anak anak kita terutama lelaki sebagai pelindung kepada para wanita.
Saya saja tulis perkara ini ketika hampir larut malam. Sebab saya pasti anak anak telah tidur. Mak mak dan ayah ayah pasti belum tidur.
Apa tunggu lagi. Esok cuba try test buat. Pasti satu keluarga terkejut. Inilah Pendidikan Seksualiti secara natural dan tidak langsung.
Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surah at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya. Hanya mereka yang mengamalkan bacaan surah ini sahaja yang tahu tentang ‘khasiat’ dua potong ayat ini.
Umur saya dah 32 tahun, tapi baru dua tiga hari ni saya tahu hikmah ayat ini. Baru sahaja saya amalkan 7 kali selepas Solat Fardu tanpa fahami maksud pada hari pertama, pelbagai perkara positif berlaku pada saya.
Terkejut saya. Rezeki saya melimpah ruah. Aura saya jadi luar biasa. Kekuatan saya dapat juga berbeza. Badan yang sakit lenguh seminggu hilang begitu sahaja. Allahuakbar.
HATI RASA SEBAB
Setelah saya baca apa maksud ayat tersebut, saya terus sebak. Sebak yang sukar diceritakan. Sayangnya Allah pada saya. Allahuakbar.
2 ayat dari Al-Quran ni belum pernah saya jadikan amalan harian selama ini. Dah 32 tahun mencari erti hidup sementara ini, baru saya bertemu ayat ini dengan memahami terjemahannya dan merasai hikmahnya setelah sahabat saya yang juga merupakan jiran saya berkongsi ayat ini pada saya pada jam 9.05 pagi dalam whats app pada 21 Mei 2019.
Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129 yang bermaksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.
129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”
Buat sahabat yang terbaca perkongsian ini pagi ini, anggaplah ia rezeki untuk mengetahui kehebatan Ayat Al-Quran ini dan amalkanlah sepenuh hati.
Yakinlah yang segala kesulitan akan diangkat, segala bebanan akan hilang, jika berhutang In sha Allah akan keluar dari bebanan dan yang paling agung, pasti akan bertemu kebahagiaan luar biasa nanti. In sha Allah.
Apabila sudah berumah tangga, banyak perkara yang perlu diubah. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Tanggungjawab suami pula semakin berat apabila sudah bergelar ‘nahkoda’ membimbing isteri ke arah kehidupan yang diredai oleh Allah.
Maka sebab itulah apabila seorang lelaki ingin berkahwin maka dia sebenarnya telah benar-benar bersedia untuk berkorban demi rumah tangga yang bakal ‘dipimpinnya.’ Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab kepada seorang suami untuk ‘membawa’ isteri dan juga anak-anak ke syurga.
Hari Raya Aidiladha atau kita sebut hari raya korban. Sangat sinonim dengan sebuah sirah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diutus untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Daripada sejarah itulah kita belajar tentang pengorbanan seorang lelaki terhadap sesuatu yang dia sayangi.
Melalui pemerhatian dan pengalaman, kes perceraian pasangan muda khususnya zaman ini, adalah disebabkan:
KORBAN MASA BERHIBUR
Kebanyakan lelaki masih lagi tak dapat buang dan nak berhibur saja 24 jam lepas kahwin. Mungkin kerana dah biasa sejak zaman bujang atau masih bergaul dengan rakan yang masih bujang. Contoh hiburan lelaki yang payah nak buang adalah bermain game sampai tak ingat dunia, atau masih lagi lepak dengan kawan-kawan di pusat karaoke.
KORBANKAN MASA BERSUKAN
Bersukan memang bagus. Kita memang perlu bersukan. Cuma fokus isu ni adalah pada lelaki yang masih bersukan di waktu malam seperti main futsal hingga pulang ke rumah sampai 2-3 pagi. Jangan macam tu. Isteri sangat perlukan suami yang ada di rumah pada waktu malam sebab dah siang kerja, malam la masa terbaik dengan family.
KORBANKAN PEMBAZIRAN
Paling ditekankan, korbankan la habit hisap rokok. Pembaziran yang amat dasyat kalau dihitung. Vape pun membazir bro sebab nak kena beli dia punya liquid tu. Bahkan, dua-dua ini amatlah merbahaya untuk kesihatan. Duit beli rokok tu gunakanlah untuk belanja anak isteri. Melainkan, awak tu kaya, sorry to say bro.
KORBANKAN TENAGA DAN MINDA
Bila dah berkahwin dah pikul tanggungjawab, suami perlu berusaha untuk kerah tenaga mencari rezeki kalau pendapatan tak cukup dan perlu cari jalan menuntut ilmu pengurusan kewangan dan ilmu menjana pendapatan. Zaman sekarang bukan zaman satu kerja sahaja. Cari guru dan ilmu untuk tingkatkan pendapatan. Ini penting.
KORBANKAN EGO
Dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Akan ada pertikaian, cuma, sebagai suami, kita kena belajar kurangkan ego, dan sentiasa bertolak ansur dalam hal yang remeh. Cuma, tegas dalam buat keputusan yang baik. Ego hati inilah yang banyak lelaki payah nak buang dan didik. Contoh jer yer, tak nak masuk dapur untuk masak sebab katanya pantang tok nenek masuk dapur, ni kerja perempuan. Semak balik derrr, hukum syarak suruh suami yang masak dan sediakan makan minum. Jangan ego sangat.
Moga tak kira suami atau isteri tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam rumahtangga. Sesungguhnya pengorbanan suami itu syurga dijanji Ilahi.
Kehadiran anak dianggap sebagai rezeki dari Allah yang tidak ternilai. Bergantung pada kita ibu bapanya yang mahu mencorak kehidupan mereka menjadi insan berguna.
Ketika kecil, mungkin masalah tidak begitu terasa hanya penat menguruskan keperluan makan minum serta pengurusan diri mereka.
Tetapi bila dewasa cabarannya berlainan sedikit. Ia lebih mencabar dan menduga sejauh mana kesabaran kita mendidik mereka menjadi insan berguna. Lagi-lagi jika mempunyai anak perempuan.
Gambar sekadar hiasan.
Seperti perkongsian di media sosial, nukilan seorang pengguna Facebook ini memberi ingatan dalam mendidik anak perempuan.
Bila ada anak perempuan.
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur Masa dia kecil kecik dulu Tak rasa sangat cabarannya Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya
Mak sentiasa pesan, Ada anak perempuan jangan ambil mudah.. Jangan buat tak endah Tanggungjawab nya berat Tugasnya amat besar
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi Wajib diajar anak bertudung litup Tidak cukup mengajar anak berpakaian sopan. terdedah sana sini ketat menonjol Ajarkan mereka erti malu Ajar pakai yang sopan sopan Besederhana menikmati zaman kanak kanak
Bila ada anak perempuan Tak boleh dibiar tidur sana sini Harus diajar tidur setempat di dalam bilik Bahayanya ada dimana mana Jangan percaya kepada sesiapa
Bila ada anak perempuan Ajarkan mereka sentuhan selamat Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat Jangan biarkan anak berseorangan Sentiasa temani mereka Biar kita susah hari ini Dari menangis dikemudian hari
Bila ada anak perempuan Ajarkan mereka tentang harga diri Ajar mereka untuk sayang diri sendiri Kerena diri mereka sangat berharga
Bila ada anak perempuan terangkan kepada mereka tentang haid, dan kehamilan bila mereka sudah baligh Usah malu untuk memberi ilmu Bimbang mereka cari di tempat salah
Bila ada anak perempuan Pilihlah rakan untuk mereka Kenali juga siapa kawan mereka Rakan yang baik menjadi penguat Rakan yang nakal menjadi pemusnah
Bila ada anak perempuan Selalu lah diperiksa handphone mereka Apa yang dikongsi Apa yang ditulis Ambil tahu
Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan Sentiasa ingatkan mereka Jagalah diri baik baik Jagalah maruah diri Jagalah maruah keluarga
Biarlah orang kata kita kolot Biarlah orang kata kita syadid
Bila ada anak perempuan Berdoalah, Mohon dijaga kehormatan diri mereka Mohon dijaga keselamatan mereka Moga moga Allah jaga dan lindung..
Perkongsian utk kita bersama ibu ayah
Credit Puan Farhan
Syikin Zahir Anak perempuan sorang ja
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...