Ibu Yang Berderet Punya Anak Lelaki, Berbanggalah Kerana Anda Tetap Jadi Cinta Pertama Mereka

Share

Bagi seorang ibu yang dikurniakan berderet anak lelaki, terasa seperti permaisuri. Tak perlu kecewa atau iri hati bila tengok orang lain ada anak perempuan. Usahlah mempertikaikan pemberian daripada Allah sebaliknya bersyukurlah.

Ikuti perkongsian dari Puan Siti Maisarah Saifuddin apabila dia sering ditanya soalan “Tak Nak Anak Perempuan Ke” kerana dia sudah dikurniakan dengan lima orang hero. Semoga kita mendapat pengajaran daripada perkongsian ini.

Apabila saya kemana, ditanya dengan persoalan,
“Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?”

Saya hanya mampu tersenyum.
Sempat saya berseloroh,
“Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa.
Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha”

Org arab kata, Get what I mean?
Yes! Bukan semudah yg disangka.

Kalau yg pertama lelaki, adalah bonus bagi saya.
Anak kedua lelaki, Allah nak bagi Kawan Untuk abangnya.
Anak ketiga juga lelaki, Allah nk bagi Geng Surau ayahnya.
Yang keEmpat juga lelaki, itu tanda Allah cukup kan pengusung Jenazah saya.

Dan apabila yg ke 5 juga lelaki,
Tiada ungkapan yg terbaik melainkan syukur tak terhingga.
Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri di kalangan mereka.

Seringkali juga saya ditanya,
“Tak teringin ke anak perempuan? “
Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal.
Tapi itu kuasa Allah swt.
Bukan terletak pada kuasa saya.

Allah lebih mengetahui,
Kenapa Allah mengurniakan saya semua anak lelaki.
Kerana Allah mahu saya kuat!

Ya! Saya mesti kuat.
Untuk mereka. Untuk saya.

Wahai IBU yang punya anak semua lelaki,


Jangan sedih. Jangan merintih.
Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..

Ya Allah,
Jaga kan pahlawan muda saya.
Moga menjadi pahlawan syurga.amin.

Doakan saya moga kuat menjaga mereka..

Kesimpulannya anak lelaki atau anak perempuan kedua-duanya rezeki dan amanah daripada Allah untuk kita hargai dan jaga dengan sebaik mungkin.

Sumber Kredit: Siti Maisarah Saifuddin

Published by
Siti Zurina Mat Saman