Hubungan

Ikut 10 Cara Romantik Rasulullah Layan Isteri, Confirm Falling In Love Berkali-kali

Share

Percayalah, semua isteri mengimpikan suami yang romantik. Kalau tak banyak, sikit pun jadi.

Fitrah wanita, memang suka layanan dan perhatian lebih daripada suami.
Buat sang suami atau bakal nak jadi suami, ada baiknya tahu serba sedikit bagaimana caranya nak layan isteri sehebat Rasulullah SAW.

Tak sangka, rupanya nabi junjungan kita ini sangat romantik terhadap isteri. Kalau dapat diamalkan secara berterusan, InsyaAllah, isteri akan jatuh cinta berkali-kali bagai semasa zaman bercinta dahulu.

Artikel berkaitan:Walaupun Rasulullah SAW Seorang Panglima Perang, Tapi Sisi Romantik Baginda Tetap Terserlah

Gambar sekadar hiasan

Meletakkan mulut pada bekas makanan dan minuman isteri

Perkara ini diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a. Ia berkata:
“Kadangkala Rasulullah SAW diberikan sebuah bekas (cawan) minuman kepadanya, kemudian aku minum dari bekas lain sedangkan aku dalam keadaan hadi.
Lantas Rasulullah SAW mengambil bekas minuman ku dan meletakkan mulutnya di bekas tempat minumku.

Kadangkala aku mengambil tulang (yang ada sedikit dagingnya) kemudian memakan bahagian darinya, lantas Rasulullah SAW mengambilnya dan meletakkan mulutnya di bekas mulutku,” (HR Ahmad)

Mengusap air mata isteri

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, ia berkata sebagai berikut:

“Suatu ketika Shafiyah bersama Rasulullah SAW dalam perjalanan. Sedangkan hari itu adalah bahagiannya. Tetapi Shafiyah sangat lambat sekali jalannya, lantas Rasulullah SAW menghadap kepadanya sedangkan ia menangis dan berkata, “Engkau membawaku di atas unta yang lembab,” Kemudian Rasulullah SAW menghapus air mata Shafiyah dengan kedua tangannya.” (HR Nasa’i dalam As –Sunanul Kubra)

Gambar sekadar hiasan

Kucupan Mesra

Diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a bahawa dia berkata,

“Sesungguhnya nabi Muhammad SAW ketika mencium salah satu isterinya, beliau mengucup lidahnya.” (HR Maqdisi dalam Dzakhiratul Huffazh)

Mandi bersama isteri

Diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a bahawa dia berkata,

“Dahulu aku mandi junub bersama Rasulullah SAW dari satu bekas air di mana tangan kami bergantian mengambil air di dalamnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Artikel berkaitan:Kalau Nak Romantik Macam Rasulullah, Ajaklah Isteri Mandi Bersama & Bawa Isteri Jalan-Jalan

Tidur Di Pangkuan Isteri

Saidatina Aisyah meriwayatkan,

“Dahulu Rasulullah SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku kemudian membaca (Al-Quran) sedangkan aku dalam keadaan haid.”(HR Abu Dawud)

Membelai isteri

Diriwayatkan dari Urwah bin Zubair r.a, ia meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a, ia berkata:

“Hampir setiap hari Rasulullah SAW mengunjungi semua isterinya, lantas mendekatkan setiap seorang di tempatnya (rumah). Kemudian Rasulullah SAW mencium dan membelainya tanpa bersetubuh atau berpelukan.”

Aisyah berkata, “Lantas beliau menginap di rumah isteri yang mendapat gilirannya.” (HR Daruquthni)

Menyikat rambut suami

Saidatina Aisyah r.a berkata,

“Dahulu aku menyikat rambut Rasulullah SAW sedangkan aku dalam keadaan haid.” (HR Bukhari Muslim)

Mendahulukan isteri

Ladies first adalah istilah layanan optimum untuk seorang wanita, di mana suami membukakan pintu, mendahulukan, mempersilakan dan sewaktu dengannya. Hal ini turut dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada para isterinya.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, dalam sebuah hadis perjalanan pulang dari penaklukan Khaibar:

“Kami keluar menuju Madinah. Anas berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW menyiapkan tempat duduk Shafiyah di belakangnya dengan kain, kemudian ia duduk di dekat untanya dan meletakkan lututnya, lantas Shafiyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau hingga naik (ke unta).” (HR Bukhari)

Gambar sekadar hiasan

Panggilan khusus buat isteri

Rasulullah SAW suka memanggil Saidatina Aisyah dengna panggilan singkat iaitu ‘Ya Aisy’ atau ‘Ya Uwaisy’. Rasulullah SAW juga memanggil saidatina Aisyah dengan panggilan Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan.

Ibnul Atsir menyebut dalam An-Nihayah:
“Beliau (Rasulullah SAW) sering memanggilnya (Aisya) ‘Ya Humaira’ yang merupakan bentuk tasghir (panggilan singkat) dari ‘Hamra’ (merah) sedangkan yang dimaksudkan adalah putih”

Cara unik redakan kemarahan isteri

Ibnus Sunni dalam Amalul Yaum wal Lailah meriwayatkan dari saidatina Aisyah r.a:

“Ketika Aisyah marah, maka nabi SAW mencubit hidungnya dan berkata,”Wahai ‘Uwaisy (panggilan nama singkatan Aisyah), katakanlah, ‘Ya Allah, Ya Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan di hatiku dan selamatkanlah aku dari fitnah yang menyesatkan.”

Kashoorga: Romantik sungguh. Pesanan ringkas buat para suami atau bakal suami, jadilah suami seromantis Rasul junjungan kita Muhammad SAW.

Sumber artikel :id.theasianparent

Published by
webadmin