Mimpi adalah mainan tidur. Tetapi kadangkala kita seperti mempercayai yang ia bakal berlaku.
Mimpi dibelit ular, gigi tercabut, dikejar harimau dan banyak lagi dipercayai sebagai petanda buruk. Ikuti penjelasan pejabat Mufti akan isu mimpi menakutkan yang banyak menghantui ramai ini. Pelbagai kepercayaan khurafat boleh timbul jika tidak dijelaskan.
Soalan: Saya mimpi dikejar ular dan dimakan buaya atau harimau. Adakah itu mainan tidur atau disebabkan syaitan?
Jawapan: Maaf,kami tidak mengetahui maksud mimpi dikejar ular ataupun dimakan buaya dan harimau.
Adapun jika berkenaan bertemu harimau, kami nukilkan pandangan al-Imam ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi:
“Barangsiapa yang melihat harimau dalam mimpinya, hendaklah dia beristighfar kepada Allah atas dosa-dosanya. Dalilnya adalah ia melambangkan raja-raja Parsi yang bertakwa. Harimau itu juga melambangkan kegagahan dan manusia ketakutan yang amat sangat kepadanya. Ia juga melambangkan seorang yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam pelbagai bidang”
Pada pandangan kami, ia merujuk kepada kehebatan seseorang. Justeru, istighfar itu adalah sebagai satu saranan untuk menginsafi kekurangan diri dan membuang sikap berbangga dengan diri.
Ads
Jika mimpi bertemu buaya pula, Imam ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi menyatakan:
“Melihatnya (buaya) dalam mimpi adalah simbolik kepada polis. Buaya di dalam laut merujuk kepada seseorang yang tidak boleh dipercayai, samada dianya kawan atau lawan.
Buaya juga adalah merujuk kepada peniaga yang zalim dan tidak boleh dipercaya. Sesiapa yang melihat buaya menariknya ke dalam air dan membunuhnya, sesungguhnya dia akan ditangkap polis yang akan mengambil hartanya dan membunuhnya. Sekiranya dia selamat daripadanya, maka dia terselamat.
Melihat buaya dalam mimpi juga merujuk kepada kebiadaban, dosa, perompak, pendapatan yang tidak menepati syarak, ketakutan dan tekanan.
Ia juga bermaksud meninggalnya seseorang, digambarkan dengan keadaannya yang lemas.
Melihat buaya di laut menandakan keburukan dan melihatnya di daratan menunjukkan buaya tersebut lemah dan kehinaan.
Ads
Sekiranya buaya menarik seseorang ke dalam air di dalam mimpi, ia bermakna seseorang yang berkuasa akan memaksanya melakukan sesuatu yang dia benci.
Jika seseorang melihat dirinya sendiri sedang makan daging buaya, atau sekiranya seseorang melihat dirinya menarik buaya keluar daripada air, ia bermakna dia akan berjaya mengatasi musuhnya”
Secara asasnya, Ibn Hajar al-‘Asqalani membahagikan mimpi kepada dua bentuk:
Mimpi yang benar (al-sadiqah).
Ini adalah mimpi para Nabi dan orang-orang soleh. Jarang-jarang berlaku kepada selain daripada mereka. Ia boleh berlaku secara sedar (yaqazah) bertepatan apa yang berlaku dalam mimpi.
Mimpi buruk dikenali dengan istilah al-adghath.
Ia berlaku tiba-tiba tanpa sebarang perlakuan yang membawa kepada datangnya mimpi tersebut. Ia boleh datang dalam beberapa bentuk:
Mainan syaitan untuk menyebabkan orang yang bermimpi menjadi sedih atau risau. Melihat malaikat yang mengarahkannya melakukan perkara yang diharamkan atau mustahil dilakukan.
Sesuatu yang difikir-fikirkan oleh orang semasa sedar dan ia terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Ini adalah kebiasaannya.
Sabda Nabi SAW: إِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا، فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا، وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Ketika kalian mengalami mimpi buruk, hendaknya meludah ke kiri 3 kali, dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan syaitan sebanyak 3 kali serta menukar rusuknya ke arah berlawanan (menukar posisi tidur).” (Riwayat Muslim, no. 2262)
Tidak menceritakan kepada orang lain, bangun tidur dan laksanakan solat
Sabda Nabi SAW: الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ: حَدِيثُ النَّفْسِ، وَتَخْوِيفُ الشَّيْطَانِ، وَبُشْرَى مِنَ اللَّهِ، فَمَنْ رَأَى شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلاَ يَقُصَّهُ عَلَى أَحَدٍ وَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ
Mimpi itu ada tiga jenis: “Bisikan hati, ketakutan kepada syaitan dan berita gembira daripada Allah. Barangsiapa yang melihat (di dalam mimpinya) sesuatu yang tidak disukai, usah menceritakannya kepada orang lain. Dia wajar bangun dan laksanakan solat.”
Akhir kalam, kami mencadangkan supaya rujuk kepada para ulama’ yang muktabar dan kitab yang masyhur dan diyakini.
Perihal ta’bir mimpi perlu ditanya kepada orang yang soleh agar mendapat tafsiran yang tepat dan tidak menyeleweng. Allah SWT juga menurunkan wahyu kepada Rasul dalam bentuk mimpi.
Sabda Nabi SAW: رُؤْيَا المُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ
Maksudnya: “Mimpi orang Mukmin adalah sejuzuk daripada 46 juzuk kenabian.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6987)
Sesungguhnya, mimpi orang Mukmin di akhir zaman memberi kesan yang baik kepada kehidupannya mahupun masyarakat. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberi satu penjelasan yang baik untuk kita memahami isu ini.
Bila rezeki sempit, duit sentiasa tak cukup. ‘ Kena tanya isteri mana tak kena. Selidik dulu dengan isteri di mana salahnya kewangan keluarga hingga saban bulan duit sentiasa tak cukup walaupun baru tengah bulan.
Jangan pula salahkan isteri itu dan ini, lagi-lagi menyalahkan isteri habiskan duit. Ingat ya wahai suami isteri itu punca rezeki suami. Baik layanan suami pada isteri maka murahlah rezeki suami.
Bila Rezeki Sempit
Sebenarnya tak dinafikan setiap rumah tangga struggle saban bulan untuk melunaskan segala hal. Namun percayalah dengan rezeki Allah.
Ikuti perkongsian Firdaus Syakirin dan hadam baik-baik apa yang cuba lelaki ini sampaikan:
Rezeki sempit, duit tak cukup, tanya isteri dekat mana yang tak kena…
Bukan salahkan isteri…
Isteri ini dia tak belajar tinggi pun dia tahu kawal perbelanjaan dia, jaga kewangan keluarga… Tak belajar akaun pun, dia tahu keluar masuk duit keluarga tu ke mana, untuk apa…
Kena Tanya Isteri
Maka, tanyalah dia…
Bila sudah tanya, kenalah terbuka untuk terima apa saja yang dia nak cakap, juga yang dia hendak tegur, yang dia hendak nasihat… mungkin antaranya adalah disebabkan gaya dan cara hidup kita…mungkin kita ini terlebih belanja pada perkara yang tak sepatutnya…
Mungkin kita ini tak solat, mungkin kita ni jarang sedekah, mungkin kita ini tak bayar zakat…
Mana Tak Kena
Mungkin juga kita terlepas pandang untuk menafkahi isteri sebab dia ada pendapatan sendiri setiap bulan…
Ada hak yang tak tertunai, ada amanah yang tak dijalankan, ada tanggungjawab yang diabaikan…sebab tu rezeki sempit, duit tak cukup… Walaupun sudah usaha, jangan lupa juga untuk bermuhasabah…
Semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat…
Bukanlah bermaksud kita tidak perlu menjadikan itu sebagai pilihan dalam mencari Imammu, tetapi pandang juga perkara lain, terutama tanggungjawab dia menyediakan segala keperluan zahir dan batin buat pasangannya.
Sedikit perkongsian ilmu dari Imam Muda Hassan di laman Instaram yang elok untuk kita jadikan pengajaran dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Percayalah, bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi kesetiaan dan tanggungjawabnya.
Percayalah wahai para wanita solehah sekalian, lelaki itu bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi tanggungjawab dan perhatiannya terhadapmu yang menjadikan hidup bersamanya menjadi tenang dan bahagia.
Habis tu, tak perlu ke cari suami yang handsome? Kami nak tengok muka dia tiap hari, bukan nak tengok tunggul kayu.
Ya memang Nabi SAW pun suruh cari pasangan yang cantik dan handsome, tapi itu tidak memberi jaminan yang kita akan bahagia hidup dengannya.
Kalau menurut hadith, kriteria utama untuk cari pasangan ialah yang beragama. Kenapa yang beragama? Sebab Pasangan yang beragama akan faham soal tanggungjawab, kesetian dan keadilan.
Sebab tu tak pelik bila kita lihat pasangan bagai pinang dibelah dua akhirnya kecundang di pertengahan jalan.
Dan tak pelik juga ada pasangan yang kita lihat mereka ni dengan sebelah mata je, tapi bahagianya mereka sampai ke akhir hayat.
So jangan tertipu dengan rupa cantik dan handsome.
Bak kata iklan saham dalam radio, “tak handsome takpe asal kaya”. Itu versi iklan radio yang selalu terngiang-ngiang di telinga teman ni ha . Versi teman pula, “tak hansdome takpe asal bahagia”.
Setelah hampir setahun menjalin ikatan pertunangan, akhirnya pelakon cantik Eyra Hazali, 21 tahun dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli, 21 tahun selamat diijab kabulkan dalam satu majlis penuh sederhana tetapi meriah.
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat dinikahkan pada Jumaat lalu oleh bapa pengantin perempuan dengan bersaksikan Abdul Jamel Jaafar selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Cukup istimewa majlis pernikahan yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC dengan pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.
Sebaik sah diijab kabulkan, Eyra mengucap syukur dengan kelancaran majlis berkenaan walaupun sebelum itu diuji pelbagai dugaan.
Menurut Eyra, banyak dugaan dilalui menjelang hari pernkahan termasuklah lokasi untuk bernikah. Tambahnya lagi majlis ini adalah lokasi kedua yang ditukar sebelum majlis diadakan.
Dalam majlis yang dihadiri saudara dan kenalan rapat kedua belah pihak ini, Eyra kelihatan cantik dan tampil sopan mengenakan persalinan berwarna putih hasil rekaannnya sendiri dan dijahit oleh ibunya, Puan Qhuzie Johari.
Untuk majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal Damansara Ahad nanti.
KASHOORGA: Mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia till jannah. Walaupun masih muda, tetapi diharapkan agar keduanya dapat bersama-sama mengharungi dugaan selepas ini. Apa yang penting kejujuran, sayang menyayangi dan saling bekerjasama dalam membina masjid yang baru dibina.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...