Ikuti kelas agama, Jasmin Suraya cari pegangan hidup. ‘Sengaja berahsia, isu melibatkan agama ini terlalu sensitif.’ Tidak semua orang terbuka untuk berbicara soal agama, apatah lagi Jasmine Suraya bukanlah beragama Islam.
Namun hidayah Allah siapa yang tahu, daripada mengikuti kelas a gama, lama-kelamaan hati pelakon ini terbuka untuk mendalami agama Islam. Jasmine Suraya mengaku dia kini mengikuti kelas agama Islam bagi mencari pegangan hidup yang sebenar.
Menurut Jasmine, dia bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut memandangkan isu agama adalah hal yang sensitif.
“Saya ada menghadiri kelas agama dan ia suatu perjalanan yang indah. Saya belajar secara berperingkat dan makin menyukainya kerana menjadi pegangan hidup.
“Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
Ads
Jasmin Suraya Cari Pegangan Hidup
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’,” katanya.
Terdahulu Jasmin meraih perhatian ramai apabila terbabit dalam majlis ilmu anjuran Neelofa, pada Ogos lalu.
Sengaja Berahsia
Menurut Jasmine, antara sebab utama dia enggan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan termasuk mengikuti majlis ilmu kerana enggan orang luar menghakimi atau membuka ruang untuk pihak lain mengkritik.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.
Ads
“Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.
“Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya.
Kashoorga : Semoga Allah kurniakan hidayah buat Jasmin Suraya, insyallah.
‘Pernah dipaksa tanggalkan hijab oleh keluarga.’ Wanita ini akui hidup lebih tenang selepas peluk Islam. Semangat ingin tahu yang kuat membuatkan wanita mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
Biarpun pengislamannya mendapat tentangan daripada keluarga hingga mereka pernah menyuruhnya menanggal hijabnya namun perkara tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya.
Pernah Dipaksa Tanggalkan Hijab
Seorang guru tuisyen yang bergelar ibu tunggal mengakui kehidupannya berubah kepada lebih tenang dan bertambah baik sejak memeluk Islam hampir lima tahun lalu berbanding dahulu.
Lew Yen Fun atau Nur Atiqah Lew Lew Fut Nean, 56, turut menjelaskan tiada paksaan untuknya bertukar agama namun lebih kepada ingin mengenali ALLAH SWT dan kehidupan selepas kematian.
“Saya terdetik untuk masuk Islam apabila perasaan takut membuak-buak setiap kali adanya berita kematian dan saya selalu tertanya-tanya kalau saya mati saya ke mana, apa akan berlaku. Pada masa itu terlalu banyak persoalan tentang kematian yang membuatkan saya sangat takut.
“Saya cuba cari kebenaran dan jawapan terhadap pelbagai persoalan dalam setiap agama tetapi yang saya dapat jawapannya dalam Islam,” katanya.
Oleh Keluarga
Malah jelas anak bongsu daripada tiga beradik ini, sebaik mengucap kalimah syahadah jam 10.32 malam pada Jun 2018 umpama segala masalah yang membelenggu dirinya hilang dan jiwanya lebih tenang.
“Jika diimbas kembali, saya ini seorang yang panas baran, suka menjerit-jerit ditambah pula dengan pelbagai masalah termasuklah rumah tangga. Anak perempuan saya pun kata saya macam ‘devil’.
“Dia juga mengaku saya berubah selepas memeluk Islam, dia kata mak macam orang lain, tak ada marah-marah macam dulu.
“Saya juga seorang yang sangat kedekut, dahulu fikir wang itu saya punya kenapa perlu beri pada orang lain tetapi selepas Islam baru saya belajar erti bersedekah, sebenarnya rezeki milik ALLAH dan kemudian kalau kita kekurangan rezeki itu ia merupakan satu ujian,” katanya.
Wanita Ini Akui Hidup
Dalam pada itu, Nur Atiqah juga tidak menafikan pada awalnya, keluarganya sukar menerima keputusannya itu sehingga diberi amaran supaya membuka hijab apabila pulang ke rumah keluarganya di Seremban.
“Ibulah orang pertama tanya saya, betul atau tidak saya sudah menukar agama kemudian bapa menangis dan memberitahu dia kehilangan seorang anak.
Lebih Tenang Selepas Peluk Islam
“Saya jelaskan, mereka tidak kehilangan saya sebaliknya akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
“Saya juga mengekalkan nama bapa dalam kad perakuan Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya bapa memahami bahawa saya tetap anaknya walaupun berbeza agama,” katanya yang sudah jatuh cinta dengan Islam sejak di bangku sekolah.
Tambahnya, ibu dan bapanya kini tinggal bersamanya di sini selepas kesihatan masing-masing merosot dan terlantar.
Kashoorga: Alhamdulillah selepas peluk Islam, wanita ini menjadi insan yang lebih baik.
Kita selalu merasakan kita betul. Justeru itu adakalanya kita susah menerima pendapat orang lain. Demi mengelak wabak COVID-19 merebak lebih ramai dijangkiti, kerajaan mengeluarkan larangan ziarah raya ketika Syawal baru ini dan tentunya berita ini mengecewakan jutaan anak-anak di perantauan yang sudah dua tahun tidak bertemu ibu bapa. Namun di sebalik larangan itu, masih ada individu yang mementingkan diri dengan melakukan ziarah raya secara bersembunyi-sembunyi.
Namun perbuatan ini ternyata membawa padah apabila ia mencetuskan kluster terbesar COVID-19 di Hulu Terengganu apabila Kluster Kg Matang telah merebak ke tiga (3) buah kampung iaitu Felcra Bukit Kepah, Kg Tengkawang dan Kg Pulau Kudat dan ianya masih aktif.
Hasil siasatan menunjukkan adanya rentas negeri sebelum raya. Ada pula ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar. Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya 2 buah keluarga. Habis raya yang bekerja masuk kerja. Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti. Akhirnya jangkitan bersambung sambung dan anda boleh sambung sendiri cerita ini…
Inilah kesalan diluahkan oleh Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus di fbnya berikutan Kluster Matang ini merupakan kluster terbesar di Hulu Terengganu kini. Dalam perkongsianya, jelas Dr Nor Azimi yang menzahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap mementingkan diri ini mengakui, kita rasa tak apa lagi kalau jangkitan dalam famili sahaja sebab pematuhan SOP dalam famili diakui sangat sukar. Namun jika melibatkan beberapa famili, jiran tetangga dan pejabat2 akhirnya merebak hingga ke beberapa buah Kg. Rasa kesal dan nak marah sangat sebenarnya….
Seramai 127 kes positif dikesan dari Kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi ke 5. Kontak rapat sahaja seramai 725 orang. Tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah kampung tadi. Masih ada 975 sample sedang menunggu keputusan.
Jika keadaan begini berterusan dan kluster baru tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster tu serentak? Jika keadaan begini berterusan mampu ke kita landaikan lekuk epid dalam masa 2 minggu ini?
Kisah kisah begini sering saya ceritakan untuk memberi iktibar kepada masyarakat bahawa jika PEMATUHAN SOP dipandang ringan dan berterusan dilanggar ini akibat yang akan kita tanggung. Jika nak buat sesuatu FIKIR ORANG LAIN. JAGA ORANG LAIN. JANGAN FIKIR DIRI KITA SAHAJA,” kongsinya.
Pagi semalam turun ke HT bermesyuarat dan meninjau aktiviti saringan bersasar yang dibuat di Felcra Bukit Kepah yang sebahagian Kluster Kg Matang.
Baru 10.30 pagi tapi panas sudah membahang. Ceruk Kg begini mana ada dewan beraircond. Petugas kesihatan berpeluh dengan muka merah merang dengan pakaian PPE. Penduduk pun sama juga peluh rejak bawah kanopi. Kanak kanak menangis dicalit hidung.
TOLONG fahami kesusahan KITA SEMUA jika pandemik COVID 19 berterusan begini. JANGAN PENTING DIRI SENDIRI akibatnya orang lain yang terkena mudaratnya.
KAWALAN KENDIRI sangat penting. Jika kita kekal DUDUK RUMAH kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. InsyaAllah. Pencegahan itu sangat lebih baik dari merawat. TOLONG dengar nasihat kami,tulisnyA.
Surah Al- Araf ayat 56 larang kita lakukan kerosakan di muka bumi
Islam mengajar hambanya melakukan perbuatan berbahaya dan memberi kemudaratan kepada orang lain khususnya kepada persekitarannya, keluarga, masyarakat mahu pun negara tanpa mengira perbezaan agama.
Malah dalam surah Al-Alaq ayat 56 menekankan manusia berbuat kerosakan di muka bumi atau mencetuskan kemudaratan kepada orang lain.
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Al-A’raf: 56) Malah larangan ini turut disebut dalam hadis yang diriwayatkan Sa’ad Ibnu Sinan al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak boleh melakukan perbuatan yang mudarat dan dan tidak boleh memudaratkan orang lain. (HR Ibnu Majah).
Jadi sikap mementingkan diri dengan melakukan ziarah raya semata-mata untuk keserokan diri amat dikesali sama sekali.
Bakat seni adalah satu anugerah tidak ternilai dari Yang Maha Esa. Ada orang dikurniakan suara yang sedap, pandai melukis da tidak kurang juga yang berbakat dalam seni tulisan tangan.
Seperti yang viral di media sosial baru-vbaru ini, seorang pengguna Twitter Ahsanul Fikri berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran tahun 2017/2018.
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Tenyata sebaik di muat naik, posting ini mendapat perhatian di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan memuji tulisan tangan berkenaan.
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...