Sebelum ini kita pernah beberapa kali melihat video tular imam rebah sewaktu mengimamkan solat jemaah. Ada juga individu yang rebah dan meninggal ketika solat berjemaah di masjid.
Biar pun ramai yang menganggap ia satu pengakhiran yang cukup indah, di masjid ketika solat namun mungkin sudah tiba juga masanya dibincangkan isu tatacara atau fiqh kecemasan ketika di masjid dan surau. Apa yang perlu dilakukan ketika ini, terus solat atau bantu jemaah yang nazak?
Perkara ini dikongsi Profesor Psikologi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr Rafidah Hanim Mokhtar .
“Saya rasa sudah sampai masanya asatizah membincangkan Fiqh Kecemasan di masjid atau surau,” komen beliau dalam satu hantaran yang memuat naik video tular sebelum ini seorang imam di sebuah masjid di Balik Papan Indonesia yang rebah ketika mengimamkan solat.
Ads
Jelas beliau ketika seorang makmum naik menggantikan imam yang tidak sedarkan diri, makmum yang lain yang terdekat boleh mufaraqah dan habiskan solat untuk memberi bantuan kecemasan seperti CPR dan segera memanggil ambulan.
“Ironinya, jika ditempat-tempat lain, kita bersungguh-sungguh mengamalkan Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa. Kita akan buat CPR, cari doktor dan cari ambulan,” katanya lagi.
Terang Prof. Dr Rafidah dalam isu ini beliau mengutarakan dua perkara yang perlu difahami ramai berdasarkan perbincangan yang dibuat.
Ads
Pertama, Fiqh Al-Muwazanat : bagaimana untuk membuat pertimbangan diantara kebaikan (maslahah) dan mafsadah (keburukan).
Kedua, dari Dr Sanusi : Dalam Islam kita ada solat khauf, kaedah solat dalam perang utk mempertahankan nyawa. Kalau ikutkan lebih baik syahid ketika solat, lebih baik mati ketika solat, tetapi Allah tetap bagi kita mempertahankan nyawa sekalipun dalam solat ketika perang.
“Saya mahu surau/masjid menjadi tempat yang selamat, dan jemaah faham akan keutamaan. Wajib bagi yang hidup dan sihat ini, “resuscitate” dan memberi bantuan kecemasan,”katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu beliau turut memberi berkongsi fakta perubatan yang perlu difahami bila mengamalkan prinsip Maqasid Syariah
Menurut AHA, setiap minit bantuan CPR lewat diberikan, peluang mangsa untuk terus hidup berkurang sebanyak 10%. Bantuan kecemasan CPR dari mereka yang terdekat boleh meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup bertambah dua atau tiga kali ganda.
Ustazah Asma’ Harun antara pendakwah yang disenangi oleh orang ramai. Nasihatnya buat kaum wanita terutama dalam bab rumahtangga menjadikan dirinya antara disenangi ramai. Semalam menerusi fbnya, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kenapa dirinya menjual kurma Ajwa dengan harga agak murah iaitu RM55 sekilo berbanding RM100-RM140 sekilo bagi kurma yang selalu disebut oleh Baginda Rasulullah akan kebaikannya.
Bacalah perkongsian dipetik dari fbnya.
Ramai yang bertanya kenapa kami meletakkan harga kurma Ajwa agak rendah dan ada pihak yang kurang senang serta persoalkan. Kenapa kami tidak menjual harga standard (biasa antara RM 100-140 /kg, adakah kurma kami tidak berkualiti, stok lama ke?.
SubhanAllah, apabila saya diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT untuk menjadi pembekal kurma dengan harga rendah, lalu saya terfikir inilah waktunya untuk berkongsi harga yang mampu dibeli bukan hanya kepada golongan kaya tetapi juga kepada golongan pertengahan supaya lebih ramai yang boleh beramal dengan saranan Nabi SAW.
Daripada Sa’ad r.a. meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda:-
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun(penyakit, wabak dll) mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga, daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:-
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwa ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” (HR Muslim)
SubhanAllah, atas asbab ini kami nekad untuk menjual dengan harga borong serendah rm 55 per/kilo, bermula serendah 5 kg sahaja dah dapat harga borong (bergantung jenis kurma dan jumlah KG).
Maka, sudah sampai masanya bagi orang Islam untuk sama-sama saling membantu agar makanan sunah ini dijadikan sebagai amalan pemakanan harian dan mampu dinikmati semua golongan.
Antara tanda-tanda akhir zaman ialah banyak kemungkaran berlaku dan tersebarnya wabak penyakit. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kaedah terbaik untuk mencegah sebagai satu usaha iaitu dengan mengamalkan pengambilan tujuh biji kurma Ajwa, namun jika tak mampu, insyaAllah mudahan beramal dengan kurma lain juga boleh.
Alhamdulillah, setakat ini lebih 5000 kg kurma telah terjual di bawah Galeri Ustazah Asma' Harun, dan kami mendapat feedback yang sangat baik, berkualiti, sedap, lembut, segar, pembungkusan yang kemas,
"Syukur kurma Safawi UAH yang sampai sangat sedap, berbeza dengan yang ada di tempat lain."
"Kurma Madjoul Palestin UAH sangat baik bungkusannya dan sesuai untuk saya jadikan sebagai buah tangan.''
"Alhamdulillah, Kurma Ajwa yang kami beli secara borong sangat berbaloi dengan harga. Buahnya pun segar, lembut serta sedap.''
Pelbagai jenis kurma yang turut dijual juga adalah kurma Ajwa Jumbo, Ajwa Large, Ajwa Medium, Mabroom, Madjoul Palestin, Mariami, Rabia, Rotab, Safawi, Sagei, Sukari dan Baroqah Tangkai.
Allahuakbar. Saya sangat berbesar hati dan menghargai pembelian sahabat semua yang sentiasa menyokong setiap produk di bawah Galeri Ustazah Asma’ Harun. Insya-Allah, segala pembelian yang dilakukan akan digunakan untuk kegiatan dakwah dan kerja kebajikan yang saya jalankan.
Sempena Ramadan yang mulia, mari nikmati kurma pelbagai pilihan, murah dan berkualiti tinggi di bawah Galeri UAH sebagai bekalan sahur dan berbuka puasa serta sepanjang hidup kita. Juga boleh dijadikan hadiah.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada sebarang perkara yang boleh membawa keburukan dan mudarat.
Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Peregerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak membataskan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Jika sebelum ini ada yang menggunakan cara kaedah online untuk majlis akad nikah terutama untuk pasangan di Lembah Klang.
Dan terbaru pasangan yang berada di Negeri Kedah juga diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri kursus perkahwinan. Sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temuduga ringkas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya di sini.
Jadi kepada pasangan menetap di negeri Jelapang Padi ini boleh mengambil kesempatan berbuat demikian dan hanya menjalankan acara wajib sahaja seperti akad nikah.
Apa gunanya ada anak jika sebagai ibu dan ayah awal-awal lagi kita sudah derhaka terhadap mereka? Ibu ayah derhaka adalah mereka yang gagal memegang amanah dan mencurahkan kasih sayang tanpa syarat kepada anak-anak?
Ada pasangan yang suda lama berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata. Maka alangkah bertuahnya kita yang dikurnikan anak tanpa perlu menunggu lama atau terpkasa menjalani sebarang siri rawatan kesuburan.
Justeru itu, wajib sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab melunaskan hak-hak anak agar mereka membesar dengan baik; menjadi anak soleh dan solehah.
Sekiranya telah dikurniakan anak, tetapi memiliki sikap dan sifat keji ini maka sewajarnya anda tidak dikurniakan anak langsung bagi mengelakkan menjadi ibu ayah derhaka.
Jika tidak mahu digelar sebagai ibu ayah derhaka, maka elakkan daripada 4 sikap buruk ini.
1. Menghina Dan Memaki Anak
Perbuatan ini memang sering kita saksikan walaupun di tempat awam sekalipun. Kawal lah emosi atau amarah diri.
Niatnya mungkin ingin sang anak berubah, namun jika sering kali dihina dan dimaki, ia akan menyebabkan keyakinan diri anak merudum.
Seorang lelaki pernah datang kepada Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar lalu memanggil putera orang tua itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya. Tidak lama kemudian anak itu berkata,
“Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?” “Betul,” jawab Umar. “Apakah hak sang anak?” “Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur’an,” jawab Umar. “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; ia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,” kata anak itu. Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau telah derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.”
2. Tidak Adil Dan Pilih Kasih
Sama ada sengaja atau tidak, perbuatan tidak berlaku adil dan pilih kasih ini memang terjadi. Ramai ibu ayah lebih menyayangi anak yang satu dibandingkan yang lain.
Penyebabnya mungkin anak yang lain tidak lebih cerdas, cantik atau comel dan sebagainya. Perbuatan ini sebanarnya satu bentuk penderhakaan orang tua terhadap anak.
Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku –’Amrah binti Rawahah—kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah SAW sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku.
Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?” Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah SAW. berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu” Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadis: 3055)
Perbuatan ini juga dianggap sebagai salah satu perbuatan zalim orang tua kepada anak. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Rahimallahu waalidan a’aana waladahu ‘ala birrihi”. Semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya di atas kebaikan.” (HR. Ibnu Hibban)
3. Mendoakan Keburukan Bagi Anak
Diriwayatkan Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah: 1828)
Doa adalah bentuk permintaan terindah yang boleh kita lakukan kepada Allah SWT, bukti kita memerlukan pertolongan Allah SWT.
Namun apa jadinya apabila orang tua mendoakan hal buruk menimpa anaknya, padahal sejatinya doa orang tua adalah doa yang dikabulkan oleh Allah SWT? Ini merupakan bentuk kejahatan lisan orang tua kepada anaknya.
4. Tidak Memberikan Pendidikan
Ibu ayah yang derhaka adalah bilamana tidak memberikan didikan agama kepada anak mahupun ilmu pengetahuan sosial padahal kita mampu memberikannya.
Memberi pendidikan merupakan bentuk perhatian orang tua yang paling tertinggi. Oleh kerana itu, ibuayah yang tidak memberikan pendidikan sebenarnya melakukan kejahatan tahap tinggi terhadap anaknya.
Perintah untuk memberikan pendidikan kepada anak diberikan langsung oleh Allah SWT. Dalam firmannya:
“Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6)
Rasulullah SAW. bersabda, “Ajarilah anak-anakmu solat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan solat) pada usia sepuluh tahun.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Shalah, hadis 372).
Sebaik – baik pemberian daripada orang tua adalah memberikan anak pendidikan yang layak dia dapatkan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tak ada yang lebih utama yang diberikan orang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadis 1875. Tirmidzi berkata, “Ini hadis mursal.”)
Hubungan orang tua dan anak haruslah terikat dan dinaungi ilmu-ilmu agama dan psikologi yang penuh rahmat Allah SWT. Jangan lah sampai tahap kita sebagai ibu bapa melakukan kezaliman atau kejahatan terhadap anak-anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...