Matahari terbit di waktu pagi dan terbenam menjelang petang. Sumber cahaya ini sangat penting dalam kehidupan manusia di bumi. Ia juga menjadi satu penanda atas makhluk mula mencari rezeki dan kembali berehat di waktu malam. Namun apa jadi jika matahari terus bersinar sepanjang 24 jam bahkan sampai tengah malam?
Tahukah fenomena ini disebut sebagai Midnight Sun atau matahari tengah malam. Namun bukanlah sepanjang tahun fenomena ini berlaku sebaliknya ada masa-masa tertentu ia terjadi iaitu jangka masa dua ke enam bulan sahaja.
Umumnya fenomena ini hanya berlaku di Garisan Artik pada bulan April hingga September saban tahun. Ketika fenomena ini terjadi, orang bebas melakukan apa saja aktiviti disukainya kerana cuaca agak terang walau di tengah malam.
Ada lima negara mengalami fenomena ini iaitu Iceland (fenomena ini terjadi bermula Mei hingga Ogos) selain Norway Utara iaitu di Helgeland, Bodo dan Salten, Lofoten dan Vesteralen, Troms, Finnmark, Svalbard, dan Hammerfest hingga ia dipromosikan dalam kalendar pelancongan negara ini (ia terjadi hanya 76 hari sahaja iaitu Mei hingga Julai).
Ia juga terjadi di Inuvik, Kanada, Sweden selain Finland di mana penduduk melakukan aktiviti memancing, mendaki gunung dan sebagainya.
Dalam pada kita teruja memikirkan tentang fenomena ini, kejadian alam ini ada disebut dalam surah Al Khafi ayat 83. Memetik perkongsian dari Imam Waleed Hakeem yang menetap di Norway dan berkongsi fenomena ini, dapat dilihat suasananya sangat indah.
“Kami baru saja selesai solat sunat tarawih,”katanya dalam videonya dan memaklumkan mahahari dilihat seolah-olah menyentuh gunung. Terlihat seperti terbenam tapi tahun ini matahari tidak terbenam,”katanya.
“Subhanallah, matahari seolah dari arah Barat tapi tidak tidak terbenam di Barat. Posisinya di utara dan terus mengelilingi langit di situ tapi tidak terbenam. Akan terus bersinar-sinar setiap hari,”katanya menambah lebih menakjubkan masa yang sama bulan juga penuh iaitu disebut bulan purnama (berlaku serentak semasa kejadian video dikongsinya), jelasnya menyebut Masya Allah atas fenomena serentak ini.
Ads
Dalam pada itu, Imam Waleed menjelaskan, fenomena ini ada disebut dalam surah Al-Khafi ketika Allah menceritakan perjalanan Iskandar Zulkarnain atau disebut Iskandar Agung yang melakukan perjalanan jauh iaitu ke arah Timur dan Barat.
Allah berfirman:
قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْرًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku akan kemukakan kisahnya kepada kamu semua sebagai peringatan” – al-Kahfi 83. Bahkan dalam ayat 84, Allah menceritakan bahawa Zulkarnain diberi kuasa pemerintahan.
Ads
Firmannya:- إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ
“Sesungguhnya Kami telah kurniakan untuknya kekuasaan ke atas dunia” – al-Kahfi 84.
Dalam pada itu, Imam Waleed menjelaskan dalam perjalanan Zulkarnain itu, Allah tidak memberikan apa pun perlindungan dari matahari itu.
“Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu (QS: Al Khafi :90).
Ads
Dalam pada itu, Imam Waleed menjelaskan walau matahari muncul, cuaca tetap sejuk dan dirinya memakai baju sejuk.
“Puasa di sini juga bagus. Alhamdulillah dengan cuaca ini susah untuk haus, Jika orang lain sudah tidur tapi di sini orang Muslim baru selesai kerjakan solat tarawih dan sebentar lagi akan bangun sahur.
“Ada orang tanya bagaimana kiraan puasa sebab sentiasa siang. Alhamdulillah para ilmuan ada buat kajian dan banyak membantu. Di sini ada 1200 orang muslim di mana kami mengikut seperti waktu di Makkah berdasarkan fatwa Imam Al Azhar.
“Kami berbuka puasa dengan matahari ada di depan mata kami. Ada kata haram tapi kami mengikut waktu seperti di Makkah waktu subuhnya, tarawih dan sebagianya. Sebelum ini ada matahari terbenam dan kami ikut waktu tempatan. Puasa juga agak panjang iaitu 22 jam,”katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ketika di zaman 90-an dulu pastinya ramai yang mengenali kumpulan Fotograf yang terkenal dengan lagu Di Alam Fana Cinta.
Selain Shamrin selaku penyanyi utama, pemain dram Ringgo juga cukup popular di kalangan peminat kumpulan ini.
Sebelum ini ramai tahu Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 55 tahun pernah ditahan di penjara di Venezuela akibat masalah Keldai Dadah.
Dia yang dikatakan dianiya dan terpaksa meringkuk dalam penjara, menceritakan pengalaman sepanjang menjadi tahanan dalam penjara yang cukup asing baginya.
Menurutnya dalam artikel di Sinar Plus ketika berada di penjara El-Rodeo II, soal makan minum menjadi ujian yang cukup memeritkan apabila dihidangkan dengan menu mengandungi daging babi dan terpaksa memakan daging kuda.
“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan. Tetapi bila bekalan habis, saya terpaksa ambil langkah darurat.
“Daging kuda pun saya makan. Kalau menunya daging babi, saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur,” ujarnya.
Bagaimanapun oleh kerana mempunyai kelebihan melukis dan bermain alat muzik, dia dihormati oleh banduan lain.
“Di dalam penjara, saya mendapat gelaran El-Chino yang membawa maksud orang Cina iaitu gelaran bagi orang Asia.
“Saya mendapat sumber kewangan RM500 dari keluarga di Malaysia dan duit itu adalah hasil royalti lagu Fotograf.
Dengan duit itu, dapatlah bertahan selama tiga bulan dan mampu mengupah banduan lain untuk membasuh pakaian saya,” katanya yang turut berkongsi detik dibebaskan.
Setelah tiga tahun berada dalam penjara, dia menjadi anak angkat kepada salah seorang keluarga banduan di sana. Langkah itu adalah salah satu syarat untuk dibebaskan dan melayakkannya memohon parol.
Selepas dibebaskan, Ringgo tinggal di sebuah hostel yang disediakan kerajaan negeri itu dan bekerja menjual lukisan.
Ringgo juga menjadi penghantar barang untuk kedai runcit milik peniaga Arab dan akhirnya bekerja sebagai pembantu peribadi kepada ahli perniagaan Pakistan.
Sudah kembali ke Malaysia, Ringgo kini meneruskan kerja sebagai pelukis di Damansara, Selangor.
Sebelum itu, Ringgo ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya pada November 2007.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah).
Bayangkan di saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali datang menghulur bantuan. Datangnya membawa bantuan yang sangat kita perlukan iaitu makanan untuk mengalas perut anak kita. Pada hal, sebelum ini kita sudah hilang punca dan bingung tidak tahu hendak berbuat apa. Setelah puas bertawakal, hanya satu jalan kita nampak iaitu “mencuri” sedikit makanan untuk mengalas perut anak kita yang sedang demam.
Barangkali, kita pernah alami situasi sebegini, bukan? Namun tanpa kita duga, datang hamba-hamba Allah menghulurkan sesuatu yang kita tak sangka dan tergamam. Tahukah dan percayakah, datangnya orang menghulurkan bantuan itu, ITULAH PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT UNTUK KITA KERANA KITA PERNAH MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN DI SEKELILING KITA SUATU MASA DAHULU.
Mungkin kita sudah lupa apa amalan kita tetapi ALLAH tidak pernah lupa. Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.
Ternyata tindakan YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal menziarahi seorang ibu tunggal yang tertangkap mencuri makanan di sebuah pasaraya menularkan rasa sebak di hati kita semua.
Jelas ACP Ezanee, dirinya terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya. Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat – ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.
Katanya lagi, sebaik mendapat laporan mengenai kes kecurian itu, beliau tampil membantu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri penyejuk demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan penyejuk demam sebab anaknya demam. "Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.
Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik ini.
Allahuakbar, moga kita juga dikurniakan hati yang baik agar dapat membantu orang susah suatu hari kelak tanpa mengira siapa. Percayalah, lagi kita mempermudahkan urusan orang maka Allah akan mempermudahkan urusan kita. Jangan kita persoalkan benar atau salah kerana Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan. Moga semakin ramai rakyat Malaysia ada jiwa seberani ini untuk berasa belas pada orang tidak berkemampuan. #SinarUntukMalaysia.
Sumber berita / gambar : Polis Daerah Petaling Jaya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Lewat atau cepat jodoh seseorang itu ia bergantung pada ketentuan Allah SAW. Menurut pendakwah bebas, Datok Hassan Mahmood al Hafiz, mereka yang belum diketemukan jodoh tidak bermakna mereka tidak bahagia dan gembira.
Bahagia atau tidak seseorang itu bukan bergantung kepada statusnya. Sebaliknya ia datang daripada diri sendiri.
Tambah beliau lagi, soal kegembiraan seseorang itu bukan ditentukan oleh perkahwinan.
BUKAN PERKARA WAJIB
“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.
“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan begitu jugalah sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia.”
Ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu. Oleh itu janganlah bersedih dan rasa terpencil daripada masyarakat.
“Ingat wanita yang masih bujang sebenarnya Allah beri peluang kepada mereka untuk mencari ilmu dan membuat lebih amalan.
CARI ILMU DAN TAMBAH AMALAN
“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal kebaikan sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Inilah hikmahnya bila Allah belum menemukan jodoh buat mereka.”
Tambahnya lagi jika kedudukan kewangan kukuh, boleh ambil anak yatim dan pelihara seperti anak sendiri. Dengan cara itu dapat menghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh tatkala usia sudah bertambah jangan sesekali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.
VIDEO KASHOORGA:
Sumber Kredit: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Fesyen seluar singkat, sampai nampak betis tapi di bahagian atas elok bertudung.Tak dinafikan ramai Muslimah hari ini yang selesa memilih mengenakan seluar. Namun menjadi...