Dalam zaman di mana kos sara hidup makin tinggi yang menuntut kita suami isteri perlu bekerja untuk mengukuhkan kewangan keluarga.
Namun begitu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak pastinya berdepan cabaran untuk meninggalkan mereka sama ada di rumah bersama orang gaji atau di pusat asuhan untuk mencari rezeki.
Bimbang sekiranya anak-anak ini akan terdedah dengan pelbagai ancaman terutama dari segi keselamatan diri.
Walau bagaimanapun dalam Islam ada diajar beberapa doa tertentu sebagai perlindungan buat anak-anak sebagaimana yang diajar oleh Nabi sendiri.
Ads
Dalam perkongsian Imam Muda Asyraf turut berkongsi doa yang boleh diamalkan untuk menjaga keselamatan ana-anak apabila ditinggalkan bersama orang lain.
Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh. Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur. .
Ads
Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak. إن أباكم كان يعود بها اسماعيل واسحاق: “Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة A’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Adakah kena ulang semula kalau orang perempuan tidak sedar rambutnya terkeluar dari tudung ketika dia solat dan selepas solat baru sedar?
Gambar sekadar hiasan.
JAWAPAN :
Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut.
Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.
Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani :
قول المتن: (ما سوى الوجه والكفين) أي حتى شعر رأسها وباطن قدميها ويكفي ستره بالأرض في حال الوقوف فإن ظهر منه شئ عند سجودها أو ظهر عقبها عند ركوعها أو سجودها بطلت صلاتها
Ertinya : “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri. Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.” Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah :
وقال الشافعي تبطل لانه حكم تعلق بالعورة فاستوى قليله وكثيره كالنظرة
Ertinya : “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.” wallahua’lam
Kadang-kadang hidup jadi tertekan kenangkan dosa silam, zikirlah supaya diampunkan dosa. Lumrah manusia, menyesali setiap perbuatan dosa-dosa lalu yang telah mereka lakukan.
Namun setiap penyesalan perlulah datang dengan usaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Paling penting bertaubat dan lakukan sesuatu agar Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Ikuti perkongsian Dai Hamidah tentang bagaimana caranya untuk memadam dosa-dosa silam.
Jadi setiap hari pasti kita akan fikirkan apakah cara untuk kita lakukan supaya Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu.
Ingin dikongsikan di sini, Nabi Muhammad telah pun hadiahkan kepada kita satu amalan supaya Allah ampunkan salah silap kita yang lalu.
Kata Nabi Muhammad s.a.w,
Kredit: Ana Suhana
‘Siapa yang menyebut Subhanallah Wabihamdih setiap hari sebanyak 100 kali maka rasulullah memberi jaminan bahawa Allah akan ampunkan segala kesalahannya.
“Wa in kanat misla zaba dil bahri.’
Maksudnya, sekalipun dosa-dosanya sebanyak buih di lautan.’
Amal Zikir Ini
Subhanallah, ini merupakan satu berita gembira daripada nabi kita Muhammad s.a.w untuk menggalakkan kita supaya melakukan kebaikan.
Dalam masa yang sama Nabi Muhammad jamin Allah akan ampunkan dosa kita dengan jika kita baca zikir ini sebanyak 100 kali pada setiap hari.
Oleh itu, jangan lupa untuk ulang zikir tersebut, apatah lagi hadis ini merupakan daripada kitab Riyadhus Solihin iaitu hadis yang sahih.
Marilah kita sama-sama amalkan dan mudah-mudahan berkat kita berterusan dengan amalan ini.
Supaya Diampunkan Dosa
Ayuh amalkan setiap hari tanpa culas dan secara tak langsung menjadi tanda kita betul-betul minta pada Allah ampunkan dosa serta kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan selama ini.
Seterusnya menjadi asbab Allah kasihan pada kita ketika mana Allah ampunkan dosa silap kita dan akhirnya kita akan dijemput Allah SWT dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, mudah-mudahan kita dihadiahkan oleh Allah husnul khotimah. Amin.
‘Saya terima takdir allah penuh kesyukuran.’ Empat beranak kerdil, tidak kekok dengan jelingan orang. Maklum sajalah sekali pandang empat beranak ini kelihatan sebaya, comel pun iya!
Pasti orang yang tak kenal atau biasa akan memandang mereka dua kali kerana keunikan yang ada pada keluarga “comel’ ini. Siapa sangka keempat-empat meraka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU), Kerdil.
“Saya anggap kehidupan ini adalah anugerah istimewa kerana dihadiahkan Allah SWT kepada saya sekeluarga berikutan saya, isteri dan dua anak semuanya kerdil,” kata Mohd Afiq Fikri Firdaus Ibrahim dari Kampung Losong Masjid, Kuala Terengganu, Terengganu.
Menurut Mohd Afiq, 38, jodoh bersama isteri, Farihah Abd Ghani, 38, yang bekerja sebagai kakitangan awam dilihat satu aturan yang sudah ditetapkan Yang Maha Esa dalam kehidupannya.
Katanya, selain isteri yang sama dikategori orang kurang upaya (OKU) kerdil, dua anaknya, Aufa Fakhriya, 8, dan Muhammad Arfan, 13, turut dikategori yang sama berikutan tahap tumbesaran tidak seperti insan normal.
Setiap makhluk Allah adalah mulia di sisi-Nya.
Penuh Kesyukuran
“Walaupun fizikal kami tidak seperti orang lain, namun alhamdulillah buat masa ini Allah SWT memberikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga yang juga adalah satu anugerah dan nikmat daripadanya.
“Tidak dinafikan kehidupan sebagai OKU fizikal ini tidak terlepas daripada cemuhan, ejekan dan persepsi masyarakat, namun dalam menanganinya mental perlu kuat.
“Kehidupan ini boleh dikatakan ‘keras’ untuk melaluinya perlu kecekalan dan ketabahan ditambah pula saya sekeluarga dikategori sebagai OKU,” katanya yang juga bekas atlet bola sepak paralimpik negara.
Dia yang berasal dari Bachok, Kelantan menjelaskan dirinya sudah lali dengan ejekan, namun dia tidak mengambil sikap mengabaikan kata-kata ejekan itu kerana baginya tiada yang sempurna melainkan Allah SWT.
Katanya, sejak kecil dia didedahkan dengan pergaulan bermasyarakat membuatkannya tidak kekok untuk berkawan dan bekerja dan konsep itu diterapkan kepada anak-anak.
Tambah Mohd Afiq, ibu bapa yang mempunyai anak OKU sebolehnya tidak mengongkong anak mereka sebaliknya perlu memberi ruang kepada anak atau ahli keluarga untuk bergaul bersama masyarakat.
“Secara tidak langsung, anak atau ahli keluarga akan mudah menyesuaikan diri dalam masyarakat dan tidak berasakan diri mereka tersisih.
“Justeru, bagi saya yang memiliki keluarga istimewa ini sentiasa perlu berfikiran positif terutama apabila keluar beriadah bersama keluarga kerana tidak akan terlepas daripada ‘jelingan’ umum,” katanya.
Tidak Kekok
Dalam masa yang sama, kongsi Mohd Afiq, dia menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual peralatan memancing di lokasi pertandingan memancing di sekitar negeri ini.
Katanya, isterinya pula bertugas sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan manakala anak sulungnya kini menuntut di sebuah mahad tahfiz di daerah ini dan anak bongsunya kini bersekolah di tahun dua.
Dengan Jelingan Orang
Menurutnya, kerdil hanya pada fizikal dan jangan jadikan alasan kekurangan ini untuk kita malu berhadapan dengan masyarakat sedangkan Allah SWT masih memberikan kita akal fikiran yang waras.
“Kalau kami berempat duduk, paras ketinggian kami hampir sama dan ini membuatkan kami sering dilihat orang ramai apabila kami keluar bersama.
“Saya menerima takdir Allah SWT ini dengan penuh kesyukuran kerana setiap manusia mempunyai jalan hidup dan ujian berbeza-beza justeru sekiranya melihat insan-insan OKU diharap janganlah diejek atau dihina,” katanya.
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...