‘Imamkan sendiri solat jenazah.’ Bakti pelajar cemerlang 11A buat ibu hingga ke liang lahad. Masyallah hebatnya anak ini, bagaimanalah didikan ibu, bapanya hingga menjadikan dia sehebat ini.
Sejuk perut ibu mengandung, bukan saja bijak malah berbudi hingga ke hujung usia ibu tercinta. Semoga dia terus kuat berdepan ujian berat ini. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.
Bakti pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi, 18, terhadap ibunya hingga ke akhir hayat selepas wanita itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat, Bachok, Kelantan.
Ibu remaja itu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia pada jam 8.20 malam, Sabtu akibat menderita angin ahmar sejak tahun 2019.
Ads
Muhammad Syahril yang juga anak bongsu daripada enam beradik tersebut bagaimanapun berlapang dada menerima berita duka mengejutkan itu selepas tiga hari menyambut kegembiraan hasil kecemerlangan yang diraih pada keputusan SPM yang diduduki.
“Tak apa, saya reda,” balasnya ringkas ketika menerima ucapan takziah dan dipeluk Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di rumahnya.
Bakti Pelajar Cemerlang 11A Buat Ibu
Sementara itu, nenek saudara remaja itu, Zainab Otman, 58, menjelaskan bahawa Muhammad Syahril berada dalam keadaan tenang walaupun bersedih dengan pemergian ibu tersayang.
“Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit.
“Mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” ujarnya.
Ads
Hingga Ke Liang Lahad
Tambah Zainab, arwah bapa Muhammad Syahril sudah lama meninggal dunia lebih 11 tahun lalu semasa pelajar itu berada di darjah satu.
“Mereka tinggal menyewa di rumah sekarang selepas rumah kayu asal di kampung yang sama, sudah usang,” katanya.
Kisah pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu mendapat perhatian umum apabila Muhammad Syahril tidak hadir untuk menerima keputusan SPM di sekolah kerana menjaga Tuan Faridah.
Muhammad Syahril menerima keputusan peperiksaan itu selepas pihak sekolah hadir ke rumahnya pada Khamis.
Ajal maut di tangan Allah taala. Tidak cepat sesaat dan tidak lewat seminit. Ia sudah tertulis di luh mahfuz lagi dan tiada siapa mampu menolak takdir ini.
Pengorbanan seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah, PBK 11 (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh, 46 yang ditimpa kemalangan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam berakhir dengan tragedi di mana mangsa lemas selepas dihanyutkan arus deras.
Biar usaha menyelamatkannya telah dilakukan, allahyarham pergi dalam keadaan mulia membantu orang dalam kesusahan pada jam 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.
“Terdapat lima jenis kematian yang dianggap syahid: iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa, kelima-lima jenis kematian ini dianggap sebagai syahid kerana mereka menghadapi maut tidak seperti manusia biasa. Seksaan yang mereka lalui lebih dari yang lain. Dengan itu mereka digelar sebagai syahid akhirat. Di dunia, jenazah mereka tetap diuruskan seperti jenazah lain, namun di akhirat mereka dikurniakan kedudukan syahid.
Dalam pada itu, kesedihan dirasai oleh anggota keluarga arwah termasuk anak-anak yang masih kecil. Di kongsi dari fb Dato Kamel Mohamad yang menyantuni keluarga ini berkongsi bagaimana anak kecil kepada anggota bomba ini bercita-cita mahu menjadi anggota bomba sama seperti arwah ayahnya. Bahkan dirinya turut meminati subjek Sains.
Walau mungkin di usianya “mungkin kurang mengerti pahitnya tragedi” ini namun sudah pasti ia satu kenangan yang sukar dilupakan buat keluarga allahyarham. Meninggalkan empat anak yang masih kecil iaitu, Daniel Hakimi, Ain, Danish Anisah dan isteri, Puan Noraidah, sudah pasti kenangan ini tersimpul kemas dan semoga Allah membalasnya dengan syurga Allah di atas semua jasanya untuk negara.
Dalam kejadian semalam, diberitakan PBK 11 (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dihanyut arus deras ketika sedang menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang memasang tali di kawasan banjir berkenaan untuk membantu penduduk kampung keluar daripada kediaman masing-masing.
Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras. Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.
Al-Fatihah untuk wira negara ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru-baru ini ramai menzahirkan rasa terkejut isu pergaulan bebas melibatkan lelaki dan perempuan semasa perasmian Riyadh Season 2021 yang menyaksikan ratusan ribu warga Arab Saudi bergembiran menikmati muzik rancak sempena pembukaan festival tersebut.
Ramai menzahirkan rasa terperanjat kerana bumi Arab dikenali sebagai bumi baroqah di mana adanya Masjidharam yang menjadi kiblat umat Islam. Begitu juga Masjid Nabawi yang menempatkan makam Rasulullah SAW tapi acara hiburan berkenaan menyaksikan iman itu tidak dapat diwarisi.
Tidak habis dengan isu Riyadh Season, nampaknya apabila berbicara soal hiburan dan keseronokan, ramai yang “hanyut” dengan petanda akhir zaman ini. Antara tanda akhir zaman berlaku sebelum kiamat ialah muzik bermaharajalela.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Tak hairanlah setiap kali acara hiburan dan keseronokan diadakan, ramai yang akan berkumpul sekaligus menyaksikan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terjadi.
Baru-baru ini timbul isu pergaulan bebas di sebuah taman tema air yang menyaksikan puluhan warga kota yang sudah lama terkurung menari keseronokan tanpa mengikut SOP ditetapkan oleh kerajaan.
Ia mendapat perhatian dari PU Amin menerusi akaun Tik Toknya, @ustazamirulamin yang secara sinis berkata, ia satu bencana untuk generasi muda kita.
Menerusi kata-katanya (berbaur sinis), PU Amin berkata, “mantap anak muda, berjoget-joget. Bersuka ria. Bagai Covid itu sudah tiada. Itu yang pertama.
“Yang kedua, bagaikan Tuhan itu tiada mata, bagaikan seksadan azab neraka itu tidak wujud selamanya. Syabas anak muda. Orang Melayu, Islam kita, hahaha.
“Esok kalau berlaku lagi, masalah-masalah yang Tuhan turunkan kepada kita, itu sebab kita punya dosa la tu. Seronok oo berjoget-joget. Suka tu.
“Ya Allah, itulah. Pihak berkuasa tolonglah ambil tindakan segera. SOP pun tak patuh, ko berjoget dalam tu ramai-ramai, main air gedebam gedebum. Ini mazhab mana nie, Ya Allah (tepuk dahi).
“Takkan tak sekolah dekat setengah tahun perangai teruk macam tu. Ini apa cerita,” katanya lagi.
Kita mungkin jarang mendengar kisah Ibrahim bin Adham. Tapi kisahnya banyak dikongsi di dalam kitab-kitab karangan Tazkirat al-Aulia susunan Imam Farid ad-Din Attar dan Raudh ar-Rayyahin oleh Imam Yafi'e serta lain-lain lagi.
Ibrahim bin Adham atau nama sebenarnya Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.
Dalam satu cerita, pernah Ibrahim bin Adham memburu. Dalam perburuan itu, dirinya terpisah dari angkatannya. Saat dia ingin memanah seekor rusa, rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”
Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Dirinya membuang baju kebesaran dirinya dan perbuatan itu disaksikan oleh semua malaikat dengan penuh kekaguman dan malaikat berkata, “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”
Selepas beliau menjadi ahli sufi, dirinya sering dijadikan rujukan orang ramai. Dalam satu pengkisahan, satu hari Ibrahim bin Adham rah melewati sebuah pasar di Kota Basra (Iraq). Ketika itu ramai mengerumuninya dan mereka bertanya kepadanya.
“Wahai Abu Ishaq, mengapa kami telah berdoa namun tidak juga dikabulkan oleh Allah. Lalu Abu Ishaq berkata, “Karana hati-hati kalian telah mati yang disebabkan oleh 10 hal’.
Mereka bertanya, “Apa itu?” Beliau menjawab:
1. Kalian mengenal Allah namun kalian tidak memberikan hak-hak Nya.
2. Kalian telah mengaku cinta Rasulullah SAW namun kalian meninggalkan jalannya.
3. Kalian membaca Al-Qur’an namun tidak beramal dengan apa yang ada di dalamnya.
4. Kalian memakan dari nikmat Allah namun kalian tidak mensyukurinya.
5.Kalian mengatakan neraka itu benar adanya namun kalian tidak lari darinya.
6. Kalian mengatakan jannah itu ada namun kalian tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kalian memakamkan orang-orang yang wafat, namun kalian tidak mengambil pelajaran dari mereka.
8. Kalian mengatakan bahawa setan itu musuh kalian namun kalian meniru amalannya.
9. Kalian mengatakan bahawa kematian itu ada namun kalian tidak menyiapkan bekal untuk menghadapinya.
10. Kalian terjaga dari tidur namun kalian sibuk dengan aib manusia (ghibah yang haram) dan meninggalkan aib kalian sendiri.
Sumber : Islam Post (Jami’ Bayanil ‘Ilmi Wa Fadhlihi) / Gambar hati : Wajib Baca
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...