‘Imamkan Sendiri Solat Jenazah.’ Bakti Pelajar Cemerlang 11A Buat Ibu Hingga Ke Liang Lahad

Share

‘Imamkan sendiri solat jenazah.’ Bakti pelajar cemerlang 11A buat ibu hingga ke liang lahad. Masyallah hebatnya anak ini, bagaimanalah didikan ibu, bapanya hingga menjadikan dia sehebat ini.

Sejuk perut ibu mengandung, bukan saja bijak malah berbudi hingga ke hujung usia ibu tercinta. Semoga dia terus kuat berdepan ujian berat ini. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.

Artikel Berkaitan:

Tiada Lagi Peluang Tambah Pahala Jaga Mak Sakit, Ramai Sebak Anak Hilang Syurganya

Imamkan Sendiri Solat Jenazah

Bakti pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi, 18, terhadap ibunya hingga ke akhir hayat selepas wanita itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat, Bachok, Kelantan.

Ibu remaja itu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia pada jam 8.20 malam, Sabtu akibat menderita angin ahmar sejak tahun 2019.


Muhammad Syahril yang juga anak bongsu daripada enam beradik tersebut bagaimanapun berlapang dada menerima berita duka mengejutkan itu selepas tiga hari menyambut kegembiraan hasil kecemerlangan yang diraih pada keputusan SPM yang diduduki.

“Tak apa, saya reda,” balasnya ringkas ketika menerima ucapan takziah dan dipeluk Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di rumahnya.

Bakti Pelajar Cemerlang 11A Buat Ibu

Sementara itu, nenek saudara remaja itu, Zainab Otman, 58, menjelaskan bahawa Muhammad Syahril berada dalam keadaan tenang walaupun bersedih dengan pemergian ibu tersayang.

“Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit.

“Mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” ujarnya.


Hingga Ke Liang Lahad

Tambah Zainab, arwah bapa Muhammad Syahril sudah lama meninggal dunia lebih 11 tahun lalu semasa pelajar itu berada di darjah satu.

“Mereka tinggal menyewa di rumah sekarang selepas rumah kayu asal di kampung yang sama, sudah usang,” katanya.


Kisah pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu mendapat perhatian umum apabila Muhammad Syahril tidak hadir untuk menerima keputusan SPM di sekolah kerana menjaga Tuan Faridah.

Muhammad Syahril menerima keputusan peperiksaan itu selepas pihak sekolah hadir ke rumahnya pada Khamis.

Baca Di Sini:

‘Selagi Bernafas, Mak Adalah Tanggungjawab Saya.’ Berkat Ikhlas Jaga Ibu, Lelaki Ini Dapat Tajaan Tunai Umrah

Kashoorga: Semoga Muhammad Syahril terus melakar kejayaan.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat