Impian Sejak Mula Bertudung! Dato Siti Nurhaliza Lancar Koleksi Hijab Afiya, Inspirasi Dari Nama Anak

Share

Sekian lama mencipta nama sebagai penyanyi tersohor, memiliki produk kecantikan atas nama Simply Siti, terkini, Dato Sri Siti Nurhaliza melancarkan koleksi hijab atas jenamanya sendiri. Mendapat inspirasi dari nama anak sulungnya, Siti Aafiyah, koleksi tudung ini diberi nama Afiya.

Dalam satu perkongsian di instagramnya, @ctdk memaklumkan ini impiannya sejak memakai tudung pada tahun 2013 iaitu pada permulaan Ramadan tahun tersebut.


Memiliki jenama hijab dan muslimah modest wear sendiri merupakan impian saya sejak saya mula berhijab. Alhamdulillah, setelah beberapa siri pertemuan dan perbincangan, impian itu akhirnya telah direalisasikan apabila pereka fesyen tersohor tanah air, Dato @jmandagie sudi untuk bekerjasama bersama saya dalam menghasilkan rekaan dari kualiti material yang terbaik, design yang eksklusif dan trendy pada harga mampu milik di @afiya.my.

Dijual pada harga RM129, diperbuat dari textured satin, datang dengan dua pilihan long shawl dan square shawls ini begitu mudah dibentuk, bebas renyuk, minimum ironing, berat, lembut dan flowy bagi mereka yang sukakannya.

Ternyata, 25 tahun dalam industri seni, penyanyi tersohor ini masih lagi menjadi kesayangan peminat-peminatnya kerana dirinya jarang mencipta sebarang kontroversi.

Published by
almaswa Haji Che Ros