Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, seperti mana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:-
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk: 2)
Salah satu tanda kematian dalam husnul khatimah ialah meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.
مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ، خُتِمَ لَهُ بهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ “
Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”Hadith riwayat Ahmad: (2337.
.
.
Ternyata orang baik, pengakhirannya juga akan baik.
Pemergian Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tuan Haji Shukri Sulaiman yang dijemput Allah semalam sangat indah pengakhirannya.
Arwah diberitakan meninggal dalam keadaan sujud ketika melakukan solat sunat Dhuha yang sentiasa menjadi amalannya sejak dulu lagi. Awalnya arwah mendapat cuti sakit kerana demam.
Dari perkongsian dari rakan-rakann yang mengenalinya, selain suka berinfaq bulanan ke sebuah maahad tahfiz, arwah cukup dikenali sebagai insan yang ramah dan sentiasa baik hati.
.
.
.
Bahkan semasa hidupnya, dirinya dikenali sebagai sahabat yang sangat baik, bersopan santun serta memiliki adab yang terpuji. Dari satu perkongsian sahabat lain yang mengenalinya, arwah dikatakan seorang bos, abang dan sahabat yang sangat ceria, senang didekati an tegas bila hal kerja.
Dan sebagai hamba Allah, arwah tidak pernah tinggal puasa sunat Isnin- Khamis, solat dhuha setiap hari dan juga merupakan seorang ahli surau.
Pergi dalam keadaan menghadap Illahi dalam wuduk, semasa sedang solat, sujud kepada Pencipta dan siht tanpa ada sebarang penyakit dan ianya sangat indah , kongsi seorang dari rakan arwah, Nassar Sanusi di fbnya.
Semoga setiap dari kita dijemput Allah dalam keadaan dimuliakan, Aamiin.