Indahnya Ramadan, Semua Dimudahkan. Fedtri Yahya Kongsi SJKC Buka Ruang Sekolah Mudahkan Jemaah Parking Tarawih

Share

Malaysia sememangnya terkenal kerana masyarakat majmuknya iaitu terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian bangsa ciptaan Allah ini ada disebut di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang menyebut :-

ALLAH SWT berfirman: “Wahai manusia! sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Dari kehebatan ciptaan Allah inilah, sejak dari zaman nenek moyang lagi perpaduan ini telah terbentuk dan terjalin erat. Hanya sesekali tergeliat kerana perbezaan politik hingga mencetuskan kebimbangan wujudnya isu rasis.

Dan hadirnya Ramadan, bulan penuh keberkatan ini, ia membawakan seribu rahmat semua.

Dari satu perkongsian dari pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kenangan tarawih malam pertama di Surau Asy Syakirin Bandar Utama di mana imam memberitahu jemaah boleh parking dalam kawasan sekolah Cina kerana mereka memahami situasi sesak ketika Ramadan.

Ternyata, ia seindah bunga perpaduan di mana pihak pentadbiran sekolah sedia maklum ketiadaan parking dan mereka memudahkan urusan umat islam untuk solat tarawih dengan tenang tanpa perlu bimbang dengan keadaan harta benda di luar.

Ya, inilah perpaduan yang paling indah bagi rakyat Malaysia, saling tolaransi antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Ahmad Fedtri Yahya memaklumkan, dirinya sudah memulakan kerjaya baru di konti radio iaitu Buletinfm di awal Ramadan.

Tulisnya :- Hari ini dan setiap Isnin – Jumaat saya akan berbuka di konti radio.

Pengalaman dalam arena penyiaran yang berbeza. Sebuah kenangan untuk masa hadapan. Kredit : Instagram @fedtriyahya

Published by
almaswa Haji Che Ros