Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880).

Satu perkongsian yang tular di mana seorang lelaki menginfakkan keseluruhan duitnya ke jalan Allah. Walau itu wang terakhirnya, tapi dirinya yakin Allah akan cukupkan keperluannya di masa hadapan. Satu semangat yang sangat luar biasa dari orang yang juga luar biasa pemikirannya. Hal ini dikongsikan oleh Afiz Ayub yang aktif menjalankan kerja kebajikan dengan menyediakan van jenazah dan ambulan secara percuma untuk masyarakat di negeri Perak.

Infak Ke Jalan Allah, Lelaki Sedekah Duit Terakhir Lebih RM50,000. Yakin Allah Cukupkan Keperluannya KelakBaca perkongsian ini.

Ada sahabat ‘GILE’ saya ni tetiba wassap. Mungkin Allah buka hatinya ketika beliau sedang dengar khutbah jumaat. Tajuk hari ini pun best ‘Bile Izrail Datang memanggil’.
Dia ni sahabat baik saya dan beliau memang kuat infak pada banyak NGO. Asal dia nak infak pada TeamAA memang susah sebab kami tak ambil duit. Kalau nak kasi barangan kami tadah tapak tangan.

Ads

Baru baru ini dia belikan barangan jenazah kasi pada TeamAA Perak. Dia ni pernah sakit hingga penghujung nyawa malah bangkit dan bangun semakin sihat malah sentiasa mendahulukan Ummah Allah.

Hari ni di mereng sikit nak kasi hampir semua duit dia untuk infak ke jalan Allah. Dia tengok kita nak tambah asset MPV jenazah dia pun nak join.

Tapi kita ni duk risau kerana apabila menyumbang, pastikan kalian cukup untuk sara diri. Tapi dia ni sanggup bagi segalanya ke jalan Allah. Apa jawapan dia bile saya tanye kang duit tak cukup macam mane. Jawapan dia ’Allah kan ada’.

Ads

Teringat dalam Al quran ada sebut,

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”
(Surah Ali-Imraan ayat 92)

Tahniah sahabat!! Insyallah nanti kita sama sama cari asset untuk jariah awak. Biar awak beli dan buat sendiri baru seronok dari bagi orang tak jalan 100% jariah awak. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian.

Ads

Seperti mana kifa faham, antara fadilat bersedekah berdasarkan firman Allah SWT:-

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 265).

Sumber: FB Afiz Ayub

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI