Menjadi pasangan pengantin baru yang mahu memulakan hidup sendiri memang satu momen sangat menggembirakan.
Apatah lagi jika dapat tinggal di rumah sendiri tanpa gangguan keluarga kedua belah pihak.
Inilah masanya untuk belajar hidup berdikari dan menjalani fasa kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
Namun bagi mereka yang baru berpindah masuk, ada ada perlu dilakukan agar terhindar dari anasir jahat yang mungkin menganggu keharmonian rumah didiami.
Bagi yang baru mendapat kunci kediaman baru eloklah perkara ini diamalkan sebelum berpindah masuk selain mencucinya.
Melaunkan azan ketika pertama kali masuk ke rumah baru. Ia juga baik bagi bagunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa pernghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jim yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang ddibacakan Surah Al-Bawarah.”
Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yassin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud : “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riawayat Al-Baihaqi)
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutama 7 malam pertama anda memdudui rumah atau bangunan.
Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 7 kali, ayat Kursi satu kali, di ayat yang terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Walaubagaimanapun, ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin disekeliling rumah.
– Ambil air kemudia baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Al-Nas).
– Kemudia tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
– Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.